NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Monday, October 29, 2012

NiGhT SaFaRi @ Zoo SiNgaPoRe

Ni aktiviti kami petang semalam.. memandangkan takde aktiviti menarik yg dapat di buat sepanjang cuti raya, makanya encik suami decide ajak turun singapore jap bawak bebudak pi zoo..
 
Tetiba rajin lak encik suami nak pegi zoo padahal zoo kat kl tu punyalah liat nak ajak kitorang pegi.. cettt.. kekekke..
 
Yang aku pun setuju jelah sbb bkn jauh mana pun nak masuk singapore tu dari kulai.. atleast ada something yg boleh menghiburkan bebudak sepanjang cuti 4 hari ni..
 
Memandai je cuti 4 hari kannn, padahal cuti 3 hari je.. saje extend lg sehari.. kihkihkih.. perjalanan nak ke zoo singapore adalah dgn menaiki limousine yg di sewa siap2 sbb encik suami tak reti nak drive sendiri ke zoo tersebut..
 
Kami bertolak awal ke zoo atas nasihat org tertentu sbb katanya better pegi awal sbb boleh tgk mcm2 show yg ada kat sana.. yelah yelahhh, kami ikut jelahh..
 
 
Ica bantai membuta sepanjang perjalanan otw ke sana..
 
Carseat tu kami request dgn syarikat kete limousine yg kami sewa.. request seketul je utk ica.. sewa utk seketul carseat adalah SGD20 bersamaan RM50 duit kita..
 

Jeng jeng jenggg.. dah sampai pun zoo singapore..
 

Bkn main lajuuu lagi diorang ni berjalan..
 
 
Dari depan pintu masuk mcm tak berapa nak ramai sgt org kat situ.. padahallll ramai giler woo semalam..
 


Encik suami mendengar penerangan sblm beli tiket masuk.. 
 
Ada pakej tiket masuk zoo + flyer sekali, tapi kami tak ambik pakej tu memandangkan mcm tak sempat je nak naik flyer singapore.. lenkali jelah kot..
 

Dah sampai pun ica masih bantai membuta.. ngantuk sungguh dak kecik ni..
 

Posing 3 beradik berbaju putih..
 


Encik suami tanya aku sama ada nak berjalan aje ke tgk binatang2 atau pun nak naik tram..
 
Aku pilih nak naik tram je memandangkan hari dah beransur gelap.. tak kose aku nak menapak dlm gelap.. hehehe.. maka beraturlah kami panjang2 bersama tourist2 yg lain.. mcm2 bangsa kita dpt tgk masa ni..
 


Ramai sungguh yg berbaris..
 
Masa ni kol 6.30 ptg.. kat sebelah tempat kami berbaris ni ada pertunjukkan org api.. encik suami ajak tgk persembahan tu tapi aku takmo sbb kang nanti org potong Q barisan kitorang lak kang.. dah la beratur sikit punya panjang wooo..
 

Snap gmbr sekeping cukup laa.. alaaa persembahan telan2 api pastu sembur2 minyak kuar dari mulut aje pun.. hehehehe.. saje nak sedapkan hati sbb tak dpt nak tgk dekat2.. hahahha..
 
Tapi kannn, mujur gak tak pi tgk dekat2.. seksi betul org api tu.. lelaki tapi pakai skirt koyak kiri kanan.. uishhhh.. kang kalo tengok kang tak pasal2 mata aku ketumbit lak kang.. baik toksah tengok.. kikiki..
 
Gambar naik tram ada snap, tapi sbb tak berapa nak cun sbb gmbr gegarr makanya takyah le aku letak kat sini.. korang imagine jelah sendiri rupa tram tu.. kuikuikui..
 
Yang bagusnya service kat sini adalah, kita tak perlu tggu giliran nak naik tram tu lama2 sgt sbb byk tram yg di sediakan.. tup2 je dah sampai giliran kita.. takdelah sampai berlengas nak menunggu..
 
Sepanjang 40 minit ride itu tram, kami tak snap gmbr pun sbb tak cun kot ambik gmbr tanpa flash.. gmbr dgn flash adalah di larang sama sekali sbb akan menganggu ketenteraman haiwan2 tersebut..
 
Anak2 aku memang seronok betul masa ni.. diorang enjoy giler tgk binatang tu ini.. pastu byk gak binatang yg diorang tak kenal.. hahhaha.. nmpk sgt kena bwk pegi zoo lagi pasni..
 
Paling kelakar ialah apis.. dia paling excited tgk segala binatang yg dia nampak kat situ.. aku dgn encik suami gelak tak menahan gara2 gelagat apis.. kahkahkah..
 
Ada satu part di mana apis nampak hyppo sedang lepak2 kunyah rumput, apis yg teruja pun cakap kuat2
 
" badak tu kunyah rumput sampai boncit.. hahhahaha"
 
Terus kami bantai gelak berjemaah.. ekekkeke.. kelakar betul dengar ayat apis.. hepi sungguh bila tgk bebudak ni hepi..
 
Yang paling tak boleh blah, dlm byk2 haiwan yg ada kat situ, si apis ni boleh pi cari binatang lain lak.. dia tanya kat abah dia
 
" kat sini ada tak seekor siput..? "
 
Kahkahkah.. dlm byk2 binatang dia boleh nak carik seekor siput.. ekekkeke.. apisss apisss... memacam hal la budak ni.. kikiki
 

Lepas abis jenjalan naik tram, kami pi singgah cafe yg jual cendol dgn eskrem..
 
Nak makan mcm2 kat situ tak konfiden lak sbb tak tau status halal ke tak.. so better mkn makanan yg tak di ragui..
 
 
Bergambar sebelum balik.. cissss, malap gmbr aku.. hahhaha
 
Lepas tu perjalanan pulang di teruskan.. sekian liputan aku tentang zoo.. the end.. hehehe..


4 comments:

Ujang9897 said...


lepas ni tepi umah akak tu dah boleh buat mini zoo kak...sila la bela seekor gajah atau seekor harimau..tak dilupa seekor siput ok..=)

Amalblogbiz said...

Yang penting anak2 happy..

my techage said...

hahaha,,,klaka la apiss ni, siput gak dicarinye...

JESS said...

Hi ADMIN. Terima kasih sudi share pengalaman. (Kelakar anak awak bab dia kata badak makan rumput & cari siput hehe) BTW..Jika sesiapa minat nak lawat Night Safari Singapore, boleh la hubung kami untuk dapatkan tiket promosi.. :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/ SINGAPORE ZOO/ GARDEN BY THE BAY/ SEA AQUARIUM/ NIGHT SAFARI/ RIVER SAFARI/ ADVENTURE COVE WATERPARK/ CABLE CAR dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket Night Safari SG MYR 141 per adult sahaja (est SGD44) termasuk FREE Unlimited Tram Service worth SGD5 // Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
.
Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
JESSICA, LOVE TRAVEL
(whatsapp: +6012-7760219)
Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...