NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Showing posts with label puding karamel gula hangus. Show all posts
Showing posts with label puding karamel gula hangus. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

ReSePi : KReP PeRaNCiS + PuDiNg KaRaMeL

Kali ni punya resepi aku tak dapat nak tunjuk step by step sbb masa aku buat ni adalah dlm situasi sgt kelam kabut..

Maklumlah masa tu lg beberapa minit dah nak azan maghrib.. org dah get ready duduk kat meja mkn nak bukak puasa tapi aku masih bersilat kat dapur.. kekekke


Aku ambik resepi krep perancis ni dari blog mat gebu..

Manakala puding karamel tu korang leh rujuk kat resepi puding karamel gula hangus yg sblm ni..

Bezanya aku buat dlm bekas dadih yg kecik tu.. tu yg jadi comel2 mcm tu.. hehehe


Meh lihat apa bahan2 dan cara2 nak buat krep perancis ni..


Aku copy paste balik ayat2 dlm blog CMG tu ye.. sbb aku ikut arahan sebijik mcm yg beliau taip kat blog tu.. senang aje..

Krep perancis ni ala2 penkek tapi versi nipis la.. ala2 lempeng pun ada gak.. so korang leh try dan hidang le ikut citarasa korang..

Nak mkn dgn eskrem pun boleh.. aku gabungkan dgn puding karamel, whipping krim dan buah2an segar aje..


Resepi : Krep Perancis
Sumber rujukan : Blog CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam

Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

2.Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis.

Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.

3.Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..

Monday, July 23, 2012

ReSePi : PuDiNg KaRaMeL GuLa HaNguS

Dalam byk2 resepi puding karamel, aku hanya suka gunakan resepi yang ni je sbb tak menggunakan banyak sgt telor.. resepi ni aku ambik dr website myresepi.. link dah tak ingat..

Tapi pada empunya resepi di ucapkan terima kasih ye sbb sudi berkongsi ilmu.. ni aku nak share dgn kengkawan kat sini lak..


Ni puding karamel aku smlm..


Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara2 membuat karamel

Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecik.. kalo api besar kang hangus lak.. kacau2 guna sudu bg rata..

Bila dah bertukar kaler keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi.. make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..


Ni dia hasilnya.. karamel yg sungguh cun dan tak hangus.. ecewahhhh.. puji diri sendiri nampakkk.. kehkehkeh

Jom kita buat langkah seterusnya pulak..

Dalam mangkuk atau bekas, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker..

Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut.. Jgn pukul beriya2 lak mcm nak buat telor dadar lak.. just gaul selow2 sudahh..


Ni hasil selepas gula dan telor di satukan.. dah sah dah ikatan diorang.. tahniah.. ekekekke.. ape yg aku merepek lak ni.. hahahhaha..


Langkah seterusnya, masukkan susu dlm periuk.. campurkan esen vanila.. masak atas api sederhana..

Takyah masak lama2.. just kasi susu tu suam2 kuku aje.. jgn masak sampai mendidih lak tau.. paham kan.. tak paham tanya..!!


Kemudian tuang susu td ke dalam adunan telor.. tuang sikit demi sikit sambil tgn kanan kacau adunan tersebut..


Lastly.. tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..

Sila TAPIS ye adunan tu sblm tuang .. dalam gmbr ni aku tak snap penapis lak sbb tak cukup tgn nak pegang..

Tgn kiri dah pegang adunan, tgn kanan pegang kamera.. takkan nak guna kaki lak utk pegang penapis lak kan.. huhuhu..

Kena tapis sbb dalam adunan tu mesti ada putih telor yg berketul2.. kalau tak caya sila korang tapis gak.. kalau korang taknak tapis lantak korang lah ye.. hehehe


Tutup loyang guna aluminium foil semasa proses pengukusan..

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu.. biasanya aku memang panaskan periuk kukusan dulu kemudian baru aku sibuk prepare adunan lak..

Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan.. kukus lagi sampai puding betul2 masak..

Kalau yg takde periuk pengukus boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kenalah letak loyang adunan ke dalam loyang yg berisi air panas ( kaedah steam bake).. bakar dgn suhu 150 celsius selama 40-45 minit..


Hasil selepas di kukus.. sejukkan dalam peti ais sebelum di keluarkan dari loyang..


Hiaslah ikut kreativiti anda.. siapppp...!! ni kalau aku jual kat bazar ramadhan ni mesti org berebut2 nak beli stoberi je ni kang.. ekekeke..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...