NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Showing posts with label puding karamel lapis coklat. Show all posts
Showing posts with label puding karamel lapis coklat. Show all posts

Wednesday, December 07, 2011

SaJe SuKa2 MaiN MaSaK2

Sejak kebelakangan dan kedepanan ini, aku terlebih rajin lak abiskan masa kat dapur.. suka sgt mencuba mcm2 resepi.. pastu aku kongsikan resepi2 tu kat sini pulak utk korang cuba..

Masih ada beberapa resepi yg kawan2 mintak utk share kat sini.. tp belum ada masa nak mengarangnya.. pelan2 ye sbb rutin harian aku sgt sibuk..

Arini aku frust gile sbb unifi membengongkan dirinye sejak mlm semalam sampailah kol 10 mlm td baru ok.. lebih kurang 24 jam aku terputus hubungan internet..

Mati kutu betul rasanya.. yg ada pun 3g kat hp dgn ipad.. tp gmbr2 semua dlm laptop.. so takleh gak nak apdet blog.. hanya dpt apdet status kat fb je..

Anak2 aku si ica dgn ain tak sihat.. tetiba diorang kena tonsil rupanya.. pestaim diorang kena tonsil.. merengek gak le tiap kali nak telan air dan mknn.. huhuhu.. ain la paling teruk bengkaknya.. sian dia..

Ica lak sibuk suruh aku garukan tekak dia.. aku gosok2 jelah pipi dia.. abis tu takkan nak garu tekak betul2 lak kan.. hehehe..

Opss.. lari tajuk lak.. geram punya psl lah ni sbb seharian tak dpt blogging.. kat dlm entry ni saje je nak abadikan menu2 yg aku masak.. walaupun masih tahap amatur, tp aku suka mencuba jugak..


Atas permintaan apis, aku tunaikan jugak hasrat dia nak apam angry bird hijau.. gigih aku lukis tau.. dah le pestaim buat apam ni.. nak2 pulak kena lukis angry bird.. haihh..


Hasil lps di kukus.. wakakakka.. boleh la kannn.. masuk perut jd bhn kumuhan gak nanti... muehehhe


Pastu hari berikutnya ain lak mintak apam ladybird dgn angry bird kaler biru.. tp aku terbuat kaler merah lak.. hilang ingatan kejap agaknya masa nak buat tu.. tu yg terbuat kaler merah tu.. kekeke.. sorry ain..


Mulut burung ini adalah kurang jelas sbb kaler tu terkurang agaknye.. lantak le kan.. asalkan anak2 aku suka sgt bila tgk apam2 ni sudah..!!


apam ladybird yg hudus sket.. maklumlah.. aku bkn pakar.. kaler hitam takde, jdnya aku campurkan kaler biru dgn merah utk dptkan kaler gelap2 menyerupai kaler hitam..


Ni lak dessert semalam.. hari2 aku akan buat dessert yg berlainan utk encik suami.. anak2 aku tak mkn sgt dessert2 ni.. yg kat atas ni ialah puding karamel lapis coklat..

Terlebih rajin lak sbb buat berlapis2.. utk resepi puding karamel ni, korang boleh jenguk kat SINI..


Hasil selepas di potong dan di tabur hiasan.. bg menarik sket bila nak mkn.. mkn sejuk2 sedap wehhh..


Dan ini lak dessert utk arini.. aku buat lps asar.. kek kukus cokelat..

Biasanya aku suka buat dessert slps waktu asar.. kadang2 aku main masak tgh2 mlm atau tgh2 pg buta time semua dah lena membuta.. aku mmg jenis tido lewat.. kol 3 pg kang baru tido.. hehe




Monday, September 20, 2010

ReSePi : PuDiNg KaRaMeL LaPiS CoKLaT


Entry pembukaan setelah lama bercuti dari apdet blog.. hehehe.. gambar raya nanti2 dulu ekk.. nak filter2 gambo dulu.. sementara tu aku nak kasi resepi yg sgt mudah kat pembaca blog yg bernama Fatihah..

Sian dia sbb lama dah mintak resepi, tp br skrg aku ada masa nak apdet.. hehehe..


Puding karamel lapis coklat

Bg aku puding ni sgt sedap.. mkn suam2 pun sedap.. sejuk pun sedap.. resepi aku dpt dr myresepi.. thanks pada tuan punya resepi -------> tak ingat nama dia..huhu

Bahan:-

(A)

1 tin susu cair ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila


(B)

1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko + 1 sudu kecil pes coklat (yg mcm esen vanila tu tp perasa coklat)


(C)

2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu


Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci ..

Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.

Kukus selama 5 minit atau hingga masak.

Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.

Ulang A dan B berselang seli hinga habis.
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...