NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Monday, September 20, 2010

ReSePi : PuDiNg KaRaMeL LaPiS CoKLaT


Entry pembukaan setelah lama bercuti dari apdet blog.. hehehe.. gambar raya nanti2 dulu ekk.. nak filter2 gambo dulu.. sementara tu aku nak kasi resepi yg sgt mudah kat pembaca blog yg bernama Fatihah..

Sian dia sbb lama dah mintak resepi, tp br skrg aku ada masa nak apdet.. hehehe..


Puding karamel lapis coklat

Bg aku puding ni sgt sedap.. mkn suam2 pun sedap.. sejuk pun sedap.. resepi aku dpt dr myresepi.. thanks pada tuan punya resepi -------> tak ingat nama dia..huhu

Bahan:-

(A)

1 tin susu cair ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila


(B)

1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko + 1 sudu kecil pes coklat (yg mcm esen vanila tu tp perasa coklat)


(C)

2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu


Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci ..

Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.

Kukus selama 5 minit atau hingga masak.

Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.

Ulang A dan B berselang seli hinga habis.
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

13 comments:

ani said...

wah nampak sedap je..nak try la juga... best la baca blog ana ni cool & sempoi je..sgt tak memboringkan...

Ain said...

ana, pes coklat tu coklat yang dicairkan ke?

hehehe..... segan akak nak tanya tau...

nampak sedap ni, boleh akak cuba nanti....

Ayu said...

sedapnya..tq akak tempek resepi..nk try nnti..

Fatihah said...

kak ana thanks ye ^_^

aNa SuZaNa said...

Ani..
try la.. sbnrnya karemel tu berlapis2 lg tau.. tp sbb loyang ana besar so ana dpt 2 lapis je.. kekeke

aNa SuZaNa said...

Kak Ain,
pes coklat tu yg mcm esen vanila yg dlm botol tu.. ambik yg perasa coklat.. hehe

aNa SuZaNa said...

Ayu..
sama2.. akak suka resepi mudah2 ni.. hahaha

aNa SuZaNa said...

Fatihah..
sama2 kasih.. kalo tak tau cara atau tak fhm tanya je ye..=)

Mama Kimi and Tsya said...

hmmm, looks yummey. tq sbb kongsi resepi. kalo free2 nnt bole la cuba:)

aNa SuZaNa said...

mama,
cubalah try bebila free k.. =)

dianaibrahimali said...

sdpnya... nak try lah.....

mama_aizarah said...

dah ketinggalan..tapi nak minta ana post gambo cara2 nak masak..terutama gula hangus tu..takut jadi gula hangit jer.....almaklumlah chef pencen ni setahun sekali je tunjuk skill :)

hidayah zahari said...

pes coklat tu sama je kan dengan choc emulco....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...