NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Showing posts with label siakap stim limau. Show all posts
Showing posts with label siakap stim limau. Show all posts

Monday, January 21, 2013

ReSePi : SiaKaP StiM LiMaU SeMpoi

Baru ada kesempatan nak apdet resepi .. macam biasa, aku akan bg resepi yg paling sempoi.. bkn saje sempoi malah cepat dan mudah.. hehehhe.. nak tiru silakan.. taknak sudahhh.. ** majuk sambil hentak2 dahi kat bantal


Ni dia ikan siakap stim limau yg dah siap.. aku suka kuah yg byk sebab boleh hirup2.. sedapp... ewahhhh..

Meh tengok bahan2 sempoi yg aku gunakan :

~ 2 labu bawang besar di hiris besar2.. bawang tau bkn labu.. sape bubuh labu aku sekeh kang..

~ 2 biji tomato di belah2.. nak taruk 3 biji pun boleh

~ 2 batang cili merah di hiris2

~ 5-6 biji cili api di hiris2.. kalau nak pedas taruk la lebih

~ 3cm Halia di hiris kasar.. halus2 sgt kang terkunyah halia lak..

~ 5-6 biji limau kasturi di ambik jus nya sahaja. . Biji takmo..

~ garam dan serbuk knorr pasti sedap secukup rasa.. takde serbuk knorr pun takpe.. hehehe

~ air secukupnya


Ni semestinya kena ada.. kalau takde ikan acaner nak masak kang.. ikan bawal pun boleh..


Cara2nya

** aku guna kuali besar je.. malas nak guna pengukus walaupun ada.. kata nak cara mudah kannn..


Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak.. aku guna minyak jagung..


Bila minyak dah panas, masukkan bwg2 dgn halia.. kacau2 sampai sedikit layu..


Kemudian masukkan air ikut byk mana kuah yg korang nak.. aku masukan 2 cawan je..


Masukkan cili merah, cili api..


Pastu lak masukkan ikan..


Tuang jus limau.. Kacau sebati dan siram2 ikan tu dgn kuah dalam kuali tu.. jgn ganas2 kang hancur ikan tu kang..


Masukkan tomato yg di belah2 tadi.. korang jgn blah ke mana2 lak.. lempang kang.. Jaga je ikan tu elok2.. api sedang2 je jgn kuat sgt.


Last sekali masukkan garam dan perasa serbuk knorr pasti sedap.. jgn lupa balik2kan ikan tu ye.. kang belah atas tu mentah lak kang..


Biar merenih... agak2 isi ikan tu dah masak tutup la api.. siap utk di hidangkan..


Jeng jeng jengggg.. selamat mencuba




Wednesday, August 24, 2011

ReSePi SiaKaP StiM LiMaU

Ni lauk yg aku masak smlm.. tp bkn lauk ni aje yg aku masak.. ada la lauk2 lain jugak.. cuma lauk ni ada kengkawan kat fb yg mintak resepi.. so aku kongsi la resepi mudah cara aku..


Ni rupa ikan siakap stim limau aku..


BAHAN2 :

~ watak utama : ikan siakap


BAHAN2 KISAR :

~ Bawang besar 2 bijik ( tp kalo saiz bwg melampau punya besar korang guna sebijik je.. hehehe)

~ bawang putih 3 ulas

~ halia 2 inci ( sukat le sendiri.. kekeke)

~ serai 3 batang


BAHAN HIASAN :

~ Sebiji tomato di belah 4 @ 6

~ sedikit karot di potong style btg mancis

~ sebiji cili merah di hiris2 ikut style yg korang nak

~ daun limau purut 3 helai ( kalo ada.. kalo takde pun takpe)

~ daun sup ( kalau ada.. takde pun takpe)

~ cili api 5 bijik di ketuk aje.. nak pedas kasi taruk lebih le


BAHAN PERASA :

~ garam

~ jus limau nipis/limau kasturi 3 bijik

~ sedikit serbuk black pepper

~ sos tiram 1 sudu kecik

~ secawan air


CARA2NYA :

1. Letak ikan dlm bekas khas

2. Lumurkan ikan dgn garam dan sos tiram serbuk black pepper..

3. masukkan bhn2 kisar ke atas ikan td.. lumur rata2 pada keseluruhan ikan

4. tambahkan secawan air atau lebih, ikut nak byk mana kuah dia yg korang nak

5. Masukkan semua bahan2 hiasan atas ikan..

6. tambahkan garam sket.. kang tawar lak kang..

7. kukus sampai masak.. anggaran dlm 25-30 minit mcm tu la kot..

8. Bila dah masak baru tuang jus limau tadi kat ikan tu.. gaul rata.. siappp...!!


** cara aku td tak pakai pengukus, malas nak kuarkan pengukus.. cara aku senang je.. aku ambik kuali besar.. taruk atas dapur gas.. masukkan ikan yg dah di lumur garam, sos tiram dan black pepper td dlm kuali..

Pastu aku masukkan bhn2 kisar, secawan air, garam, serbuk knorr secukup rasa (sbb aku tak guna ajinomoto), pastu tabur bahan2 hiasan sume sekali..

Masak sampai mendidih.. jgn lupa terbalikkan ikan tu kat sebelah bahagian lg, kang sblh je yg masak kang.. hehehe.. terbalikkan dgn berhati2 takut hancur lak kang ikan tu.. dah mendidih aku tuang terus jus limau.. siapppp...!!


Paham tak aku ajar ni.. ehehhe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...