NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Showing posts with label daging bakar. Show all posts
Showing posts with label daging bakar. Show all posts

Monday, October 22, 2012

TaK TaU NaK KaSi TaJuK

Aku tak tau nak letak tajuk apa.. sbb dlm ni entry campur2.. sepatutnya aku apdet utk weekend, tapi memandangkan aku bz sgt2 weekend td, makanya tu yg jd entry carca marba ni.. hahaha.. hantam jelah ye..
 
Aku cerita bg setiap gambar jelah ye.. tak reti nak cerita dari mana sbnrnya.. agak2 kalo pening nak baca takyah baca.. kang korang marah aku lak sbb bg korang pening.. hehehe..
 
 
Ni gmbr ikan.. aku bela ikan dalam periuk.. hehhe..
 
Ikan ni dlm proses nak di rebus utk di jadikan bahan membuat kuah laksa penang.. dah lama giler kot aku tak buat laksa penang..
 
Memandangkan mertua aku ada kat umah, makanya aku masak le best2 sikit utk beliau.. bkn selalu mak mertua aku dok dgn kitorang..
 
Hari2 aku dok pikir sok nak masak pe, sok nak bekfes apa.. sukee sbb bertambah lg sorang testimoni tiap masakan yg aku masak.. muehehehe..
 
 
Part ni yg leceh sikit.. part mengasingkan tulang temulang.. gambar dah siap di hidangkan lupa nak snap.. so korang imagine jelah sendiri ye.. kikiki
 
 
Ohh siapakah gadis iteww.. kesian kat beliau.. =P
 
Ni lak gambar hari jumaat lepas.. ontheway nak ke sekolah sebenarnya.. dah la lewat kuar dari umah.. tup2 baru perasan angin tayar kurang..
 
Kurang yg melampau2 lak tu.. agaknya sbb dah lama tak drive sejak pegi bercuti kot.. tu psl angin kurang.. naik angin aku di buatnya..
 
Terus le drive ke stesyen minyak berdekatan utk pam tayar.. hebat tak aku pam tayar.. hebat kannn.. kihkihkih.. sape2 nak belajar cara pam tayar leh emel kat aku.. ekekkeke..
 
 
Yang ni menu aku masak di tengah2 pagi buta...
 
Pukul 1.20 pg kalo tak silap.. ni gmbr lom siap lagi ni.. aku masak kari hayam utk di makan dgn ketupat nasi pada pagi sabtu lepas.. nak buat roti jala sgtlah malas..
 
Selesai memasak pukul 2.30 pg.. terus laju2 naik tingkat atas sbb nak masuk bilik tido.. badan memang dah letih sgt kot sbb byk guna tenaga..
 
 
Tapiiii, aku tak terus tido.. sebaliknya aku bedal sandwich.. kahkahkah..
 
Sebelum aku masuk bilik tido, aku dah angkut makanan siap2 termasuk sebotol air masak.. masa tu bilik dah gelap gelita.. lampu tido pun dah tutup.. berjalanlah aku dlm keadaan yg samar2..
 
Aku panjat katil dgn senyap2 sbb takmo encik suami dan ica terkejut dan terjaga lak kang.. dgn menggunakan cahaya henpon, aku merangkak panjat katil selow2.. pinggan berisi sandwich dah letak siap2 kat tepi katil..
 
Tengah aku merangkak panjat katil tu, encik suami terjaga.. pastu boleh lak dia bantai terperanjat tengok aku merangkak selow2 gitu.. wakakakka..
 
Ker dia ingat aku ni hantu ju-on kot.. cisssss.. mcm le tak biasa tgk bini tu merangkak bawak makanan.. padahal boleh di katakan tetiap malam kot aku mkn tgh2 malam dlm bilik atas katil tu... kahkahkah..
 
Aku pun tak tau kenapa, asal tgh pg buta je mesti kelaparan.. miahahaha.. hairan sungguh.. bini sapo la tu kann..
 
 
Pagi sabtu lepas bekfes, aku dah prepare utk memasak mknn tghari siap2..
 
Menu pada hari sabtu tu ialah Nasi Daging.. resepi aku dah kongsikan pada entry2 terdahulu.. boleh rujuk kat bahagian labels kat sebelah kanan tu ye..
 
 
Ni hasil masakan yg dah siap sedia utk di hidangkan.. Set Nasi daging dan lauk2nya..
 
 
Ni daging salai/bakar namanya.. resepi ada kat labels jugak..
 
 
Nasi daging..
 
 
Kuah Air Asam.. ni memang best.. kitorang suka sgt dgn kuah air asam ni...letak tomato yg di hiris byk2 lagiii best.. pastu tabur daun ketumbar.. resepi pun ada kat labels..
 
 
Pastu hari minggu memang tak ke mana2.. bz siapkan tempahan lasagna dan krep durian..
 
 
Menarik takk.. hehehhe..
 
 
Krep durian.. saje wat kaler hijau.. muehehhe
 
Dahh.. tu je nak citer.. aku nak berehat jap layan masterchef.. tataaaa..


 


Tuesday, July 24, 2012

ReSePi : DaGiNg BaKaR + AiR aSaM

Sorry lambat apdet.. aku bz sgt wehhh bila anak2 sekolah ni.. pg2 pun kelam kabut gak..

Ni pun aku sambil masak ni sambil mengapdet tau.. kalau hangit lauk aku masak siap la korang.. kekekke..

Resepi Daging Bakar :

Memula korang beli daging kat giant atau cold storage atau mana2 pasar basah.. aku beli kat cold storage je semalam.. aku beli seperti yg dalam gmbr..

Bahan2 blend bersama :
~ 1 labu bawang besar
~ 4 biji bawang merah
~ 4 ulas bawang putih
~ 3 inci halia
~ 3 inci lengkuas
~ 3 batang serai
~ satu sudu teh ketumbar ( kalau takde takpe )

Bahan perasa :
~ garam
~ 1 sudu besar madu ( kalau xde pun takpe )


Cara2nya :
~ daging di lumur dgn garam dan madu.. lepas tu masukkan ke dalam plastik mcm gmbr di atas.. masuk dlm bekas/mangkuk pun boleh..

~ kemudian campurkan bahan2 kisar td ke atas daging.. perap paling kurang setengah jam..


Panaskan oven terlebih dahulu dgn suhu 180 celsius.. api atas bawah..

Panggang daging dgn meletakkan rak di di tengah2.. Dulang tu aku taruk minyak sikit sblm letak daging..

Panggang sampai masak ye.. bg yg takde oven boleh bakar di atas non stick pan.. masak atas dapur gas je..

Berapa lama masa yg di ambik utk masak daging bergantung pada jenis daging korang ( nipis atau tebal ) dan bergantung pada jenis oven jugak..

So selalu2 lah jenguk oven check2 itu daging ye.. jgn lupa terbalik2an daging tu..


Bila dah masak boleh lah di hiris2 daging tu ye..

Yelah, takkan nak gigit besar2 lak kan.. dah hiris2 kan senang nak di makan.. ish3x.. itu pun nak di ajar ehh.. hehehhe..


Resepi Air Asam

Bahan2 di hiris :
~ 2 biji tomato.. di buang biji dalamnya kemudian di hiris atau di dadu.. ikut suka korang le..
~ 2 bawang merah di hiris nipis
~ daun ketumbar di racik2 halus/ kasar.. ikut suka korang
~ cili api kalau nak tambah lebih pedas..

Bahan di kisar :
~ 300 ml air asam jawa ( asam jawa aku ambik 2 sudu besar di gaul dgn air.. ambik air dia sahaja.. biji2 dan sampah sarap dia buang ye.. hehehe)
~ 1 sudu besar sos cili
~ 1 sudu besar sos tomato
~ 1 sudu kecik gula
~ secubit garam
~ 2 biji cili merah
~ 5 biji cili api.. kalau nak pedas tambah le lg

Cara2nya :
~ blend je semua bahan kisar tersebut.. lepas tu tuang dlm mangkuk.. campurkan dgn semua bhn2 yg di hiris tadi.. siapppp..!! mudah je kannn...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...