NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Friday, August 13, 2010

HuKuMaN GaNtuNg Bg KeS BuaNg BaYi



2010/08/12

KUALA LUMPUR: Kabinet bersetuju kes pembuangan bayi tidak lagi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak, sebaliknya mengikut Seksyen 302 dan 304, Kanun Keseksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata perkara itu diputuskan mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam

Sementara itu, dalam satu kenyataan kementerian berkenaan, kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan membunuh atau sekiranya dengan niat sebagai kes bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung.

"Jemaah Menteri telah bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes berkenaan kerana kejadian pembuangan bayi masih berleluasa walaupun kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menanganinya," katanya.

Sehubungan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diminta untuk menyiasat kes itu sebagai kes percubaan membunuh dan kes bunuh.

"Kerajaan tiada pilihan lain berhubung perkara ini memandangkan kes-kes pembuangan bayi sesungguhnya adalah kes pembunuhan bayi," katanya.

Sebagai tindakan susulan, pihak PDRM juga diminta untuk menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa itu.

Sumber : Berita Harian

*
*
*
*
*
*

" AKU SOKONG 100 %... MEMANG PATUT HUKUM GANTUNG PUN.. TAKDE PERIKEMANUSIAAN LANGSUNG... HUH..!! KAN DAH EMOSI DAH AKU.. "


11 comments:

Lia said...

memang sokong sgt2...
sesuka hati aja nak buang baby comey tu kat merata2 tempat.. org lain nak anak smpi berabis ribu riban nak dptkan anak.. yg senang dpt anak ni senang aja buang2..haa.. kan lia dah berleter.. hehe

Ammi Sara said...

betul tu! tergamak betul diaorg ni kan, dahlah dosa besar berzina then + lg membunuh! mmg patut hukum bunuh both sekali, haa aku pun dah emosi. tak boleh lah tgk gambar bby camtu, keluar terus air mata...;(

ani said...

sokong gak...makin teruk ye skrg hari2 ada je kes buang bayi..sungguh menakutkan....

Ana Suzana said...

Lia,
itulah kan.. Camne diorg leh tergamak buang mcm tu je.. Agaknye boleh tdo lena ke diorg ni pas buat sume tu.. Gerammm sgt2..

Ana Suzana said...

Ammi sara..
Mmg patut dua2 hukum gantung pun.. Ana lg sampai hati tgk diorg di hukum mcm tu drpd tgk baby di buang sesuka hati.. Huhuhu

Ana Suzana said...

Ani,
tulah kan.. Dah makin kritikal betul skrg ni.. Makin menjadi2 lak kannn

sLeepIng beuty said...

jom kita pakat2 sokong ...
kes nie dah semakin menjadi2.. huh!

sLeepIng beuty said...

jom kita pakat2 sokong ...
kes nie dah semakin menjadi2.. huh!

nikzairfan said...

nak je aku jadi hantu.kaco dorang ni sampai mati.suka hati je buang nyawa.buat pandai tanggung nya tak pandai...sorry ana...i emo gak ni...

Ana Suzana said...

SB..
mmg makin serius dan menjadi2 pun.. setiap hari adaaa je kes buang bayi di laporkan..

Ana Suzana said...

nikzairfan..
huishh.. sampai nak jd hantu tu.. kikiki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...