NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Monday, July 23, 2012

ReSePi : SoSeJ RoLL

Kali ni aku nak kongsikan resepi yg aku ambik dr blog CMG..

Ni lah hasil sosej roll aku selepas di potong dua..

Encik suami suka.. kalau ada keju cheesedale dah lama aku letak sekali.. tapi stok dlm peti ais kehabisan la pulak.. so tak dapat nak menderhaka resepi.. kikiki..

Thanks CMG sbb berjaya buat aku tergoda dgn resepi yg beliau letak beberapa hari yg lepas.. sib baik bahan2 memang dah ada .. tu yg terus buat je tu.. hihihi.. Aku copy paste je balik resepi dari blog beliau kat sini ye..

Rujukan : blog CMG

BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)


CARA MEMBUATNYA :

1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti.

Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.


Semalam aku masak 2 peket sosej ayamas (ayam + daging).. masak byk sbb ramai yg tumpang berbuka kat umah aku..


Roti gardenia yg dah di buang kulit tepi dan dah di canai..


Putih telor..


Bread crumbs atau pun serbuk roti warna kuning..


Bg yg tak tau apa itu serbuk roti, korang boleh carik kat pasaraya atau kedai2 yg ada jual.. dia ada 2 jenis tau (putih dan kuning ).. ambik yg kaler kuning..


Sosej yg dah di balut dgn roti di gam dgn kuning telor kemudian di celup dlm putih telor pastu di golek2 atas serbuk roti.. aku golek 2 kali seperti dlm resepi..


Hasilnya.. diorang tengah bersiap sedia utk mandi minyak panas.. hehehe


Goreng dlm minyak yg banyak dan api sederhana ye.. takyah masak lama2, mende ni kejap je dah masak..

Masa korang goreng sosej ni, korang kena fokus kat beliau aje tau.. jgn nak ngengada nak basuh pinggan ke hape ke.. tampo kang tgn tu.. kang hangit kang baru tau.. so sila fokus..


Ni selepas di goreng dan sesudah di belah 2.. hebat takkkk.. hehehe..

Selamat mencuba..!!

15 comments:

ibh_sue said...

Tau tak apa yg bestnya ana ni..Ana kalau letak resepi siap ada tutorial bergambo lagi...Terbaik lah ana..Hehehhee..betul jg kan, manalah tau kot2 ada yg memang tak paham nak baca resepi saja..Ngeeee

syalinda johari said...

terbaekkk punya resepi..hehehehe..selamat berpuasa...

Puteri Satu said...

petang nanti ni ada kat umah tu makan sosej gak nih.... weekekkek...

Allene said...

great idea untuk berbuka ni ana... thanks :)

Mizz Waa said...

kak, kadang2 saye tukar serbuk roti tu dengan biskut kering.tumbuk2 bagi halus. sedap jugak ;)

Nina Johari said...

baru tahu ada serbuk roti kuning tu... :)

Thanks for sharing!
let be frens! follow me~
http://websitenina.blogspot.com/

lovelygift....everything u need are here said...

best ana...serbuk roti tu tukar dgn oat pun ok gak

lovelygift....everything u need are here said...

best ana...serbuk roti tu tukar dgn oat pun ok gak

mekchu said...

ana, pinjam gmbr yg last tu utk entry kat blog.. dun worry, ada kredit di situ :)

disebabkan gmbr last tu lah mekchu tergoda nak buat dan seterusnya dpt menggoda readers yg lain juga.. hehehehe..

Ana Suzana said...

silakan2.. ana izinkan.. hehe

Anna Ashikin Mazlan said...

Ana semua resepi awak yg saya cuba en. suami suka.. ni copy yg ni lak ek. Blog awak ada tutorial mudah nak faham coz ada gambar. sesuai untuk cam saya ni yg nak baru belajar masak. dah tua2 baru nak belajar...malu...TQ Ana

Hayra hdh said...

klu x pakai serbuk roti jd x?

Leciaty Tity said...

Boleh campur sedikit sayuran juga. Lagi sedap

Norazia Abd Razak said...

Pki nestum pun blh kan?gntikan serbuk roti.

Norazia Abd Razak said...

Pki nestum pun blh kan?gntikan serbuk roti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...