NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Friday, September 27, 2013

MeLePaK LuaR RuMaH

Semalam petang tatau nak watpe.. nak dok memerap kat bilik pun bosan.. kang kejenye asyik nak tidooo je kang..

Kesian lak kat apis dgn ica yang dok hadap tv dgn ipad je kejenye.. so aku ajak la lepak kat laman umah bila cuaca elok..

Sebab kekadang cuaca macam nak hujan tapi tak hujan2 lak.. bila cuaca elok kekadang aku malas nak lepak luar lak.. tido lg best.. hehehe..

Tapi kalo lepak laman anak2 memang suka la kan sbb dapat main buih sabun dan kasi ikan makan..

Nak ajak pi playground depan umah sorry le.. takkan nak angkut nureen lak.. kata dlm pantang kan, so lepak jelah sekitar umah..  hihihi


Tengoklah.. gembira betul dapat main bubble sambil lari2 atas rumput palsu..



Main la ye.. asalkan hepi sudah..







Sebut pasal rumput palsu, meh sini aku kongsi info dengan sape kami berurusan masa pemasangan rumput sintetik ni..

Mamat ni memang dari pihak Royal Grass.. kalau nak tengok jenis rumput sintetik korang kena gi opis dia sendiri..

Nanti kat sana korang leh pilih dan byk info boleh dapat.. harga adalah bergantung pada pemilihan rumput dan kualiti yg korang pilih..

Mcm rumput yg kami pilih ni ada warranty 8 thn.. lepas tu rumput ni takyah risau kemek ke hape ke kalo pijak2.. 

Kalau hujan pun takyah risau, takde bertakungnya air atas tu sbb rumput ni ada cara pemasangannya.. takde bau hapak pun kalo hujan.. 

Yg penting dah takyah pening2 nak upah org mesin rumput setiap bln dah.. jimat kos di situ.. ada cahaya matahari ke takde ke pun takyah risau sbb rumput sintetik tetap nampak subur.. hehehe..

Kalau nak tgk website korang leh klik kat sini :


Kat dlm website ni ada alamat utk korang terjah.. better pegi sana utk lebih puas hati kann..

Dan ini contact number org yg berurusan dgn kami.. tapi terus terang cakap dia ni sangat bz sbb maklumlah job lebat.. tapi nak try contact tak salah pun..

Encik Amir : 012-2946994





13 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ana, bestnya beriadah depan rumah dengan anak-anak ye. hehe. rumput sintetik ni awesome la. nampak hijau gila, nampak fresh :)

MsBabble said...

rumput tu buat suasana nampak fresh je

FIZA said...

canteknye halaman luar rumah..

Aidah said...

assalamualaikum ana...
tahniah atas kelahiran baby girl yg baru.. =)

MOMMYLIN said...

cantinya laman... klu cmni, dalam pantang nak kuar umaah pun tak kan rasa bersalah... ihihih

Ana Suzana said...

Kannn.. setakat jejak kaki kat keliling umah tak di kira langgar pantang kott.. muehehhe

Chekgu Azrine said...

Lawa sgt laman u

syalinda johari said...

cantiknyaaaaa lamann tuuuu...
suka sungguh budak2 tu main kat laman..heheheh

Unknown said...

Cantik laman sejuk mata memandang, akk dh simen laman klu x blh boh rumput palsu tu

Unknown said...

ana..berapa sekaki rumput tu..minat gak nak pasang..tp takut mahal..

hh said...

salam ana.... suka sgt tgk laman rumah ana ni. blh tak saya nak amik gambar then masuk dlm blog saya. rumah sy under construction. insyaallah lagi setahun baru siap. jadi nanti senang la nak refer kan.... kalau ana bg permission nanti sy masukkan link page ana yer...

Ana Suzana said...

Nur honey.. boleh je.. ana izinkan..

*∽ IZAN ∽* said...

wahhh thanks for sharingg!! rumput pelesuuu rupanya patut la cantekk semacammmmm... mesti harga pun cantekk lain macam ni hihihih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...