NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Thursday, September 05, 2013

RuMpuT SiNteTiK @ PaLSu

Kali ni aku nak berkongsi info tentang landskap rumah pulak.. sbb ramai yg emel dan bertanya pasal rumput sintetik yg kami pasang bln 6 yg lalu.. 

Eh ye ke bln 6.. ingat2 lupa dah.. hehehe.. landskap umah kitorang ni dah byk kali gak le ubah suai terutama bahagian rumput..

Mula2 dulu masa pindah kitorang tanam rumput philippine.. pastu sbb ada yg mati dek kerana tak cukup cahaya matahari dan kurang penjagaan rapi, kitorang tukar lak dgn rumput mutiara..

Beberapa bln pastu kitorang tukar balik rumput philippine sbb nampak tak berapa cantek.. ish3x.. mungkin akan cantek kalau kami laki bini pandai jaga kot..

Masalahnya memasing bz kan, so jaga pun ala2 kadar je.. hehehe.. cumanya tetiap bln kitorang akan upah tukang potong rumput kasi landskap dalam dan luar rumah nampak cantek dan kemas..

Idea untuk tukar rumput sintetik baru je lg tahun ni.. tu pun selepas pikir2 kos upah org kemas laman umah tetiap bln agak tinggi.. 

Dah le rumput ni kejap beno panjangnya.. di tambah lak dgn rumput2 liar yg tumbuh sama.. namun aku nak duduk kat laman sambil cabut rumput liar idak lerr.. takde masa kott.. huhuhu

Last2 kitorang laki bini decide utk tukar je rumput sedia ada kepada rumput sintetik.. tetiap hari dok google psl rumput dan buat kira2 mana yg murah tp berkualiti..

Nak yg murah sgt melambak je.. cumanya kualiti tu kurenggg sikit la.. so dah alang2 nak tukar ni cari yg berbaloi sikit..

Setelah gigih mencari info dr google dan dari kwn2, makanya kami sepakat memilih kompeni dari



Segala keje ukur mengukur dan memasang rumput diorang yg lakukan..

Korang boleh terus dapatkan maklumat dari diorang utk segala info psl rumput yg diorang buat sbb ada pelbagai jenis rumput tau..

Depend la kat kita nak type apa, made in mana pastu berapa kos yg kita ada.. so pandai2 la buat pilihan yg bijak..


Ni hasil sesudah siap pemasangan di buat.. cantek giler kaler.. hijauu je.. dah takyah pening2 nak siram atau potong rumput bagai dah..

Pastu rumput yg di pijak pun tak penyek.. hehehe.. nak bersihkan just sapu atau vakum pun boleh..

Kalau hujan pun takyah risau sbb takde bau hapak ke hape ke.. warranty pun ada selama 8 tahun..

So bg sesiapa yg berminat leh terus contact kompeni berkenaan.. sample rumput percuma pun diorang bagi gak rasanya..

Ok.. tu je info nak di kongsi.. 




36 comments:

IdaShazana said...

ana dah update....cepat serbuuuu

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ana. perghh mahal tak harganya? waranti lama tu. bagus2. heheee

Allene said...

sedap mata memandang ijau dia... =)

Ain Syima said...
This comment has been removed by the author.
yana aina said...

cantik !! best nya ada rumah ^^

JunAina said...

Qualiti bagus harga berpatutan. Buat apa pun meti banyak pertimbangan, berbaloi dengan duit yg kita keluarkan.

beta kupu said...

cantiknyer...ni yg mcm style kat stadium bola eh akak?

Nurzakiah Hanum said...

cantik

Irfa said...

cantiknya..sy pun ada tanah tepi rumah so rumput tumbuh sndiri..sebulan sekali kena potong kalau tak, lalang dan kemuncup lak yg menumpang sekali

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

bagus jugak idea tu... tapi teman dah cover semua tanah yg ada dgn pable wash...

aida said...

cantik sgt akak,best kn tgok hijau je..

Rai Ourkizuna said...

ni macam rumput kat padang bola ke..? hehehe..

qasehimanie said...

wahh,cantik rumah akak..

Zaidalifah Hussin said...

KU LIHAT HIJAU...

:: Cik Viva :: said...

Cantiknya laman..dalam rumah mesti lagi cantik kan..

miss shuwa said...

cantiknya rumah akk.. ttibe rase nk berangan ada umah sendiri

Azwanie Hisham said...

lawa..... :D

Ietams said...

bertambah-tambah cantiknya laman tu ana..

Cik Puan Diksu said...

berapa buat ni?mahal ke?

irmafittaputri said...

ana cantiknye..yang ni yg jenis mana satu ye kt royalgrass tuh

Azie said...

As salam. Bolehkah saya dapatkan contact number pembekal rumput ini.

Salam

Azie Kitchen

norlina jusoh said...

cantiknye ana.. nak tau la.. kalau pijak rasa lembut cam rumput biasa ke camne?

CeqGu said...

Akak masih tertanya2 tentang kucing melepas hajat, hari tu ana ada cakap suh kucing tu basuh sndiri. Kalau kucing tu xmo basuh camno???

meera said...

Ana, cemana dgn keadaan tanah bawah rumput tu? X tumbuh lalang ke? Pelik eh

Yoho Iti said...

Kak tu hama2nya semua macam na la tu ekk?? Tapi best juga tidak payah siram2.heheheh

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

selamat berkenalan sis .. wahhh rumput.. mesti sejuk mata memandang tgok rumput tu .. hijauuuu je ..sejuk (^_^)

norafeah abd rahim said...

Cantiknya sis,:-)

notti netti said...

tq, mmg tengah mencari pun syarikat yg uruskan rumput ni.

Nazrul Faiz said...

mane nak cari rumput yg jual skit skit ye???

Rasshidi Co said...

apa no tel company yg psg rumput ni?

Haizizul Sulaiman said...

Rumput tu memang buat cantik rumah la

Ed_dE said...

hai kak.. boleh pos ke rumput to eak :))

NOR AZILA said...

Assalam...bole bg no contact company yg pasang tu?...

NOR AZILA said...

Assalam...bole bg no contact company yg pasang tu?...

ease elias said...

nor azila..




Exteneo Sdn Bhd – Asia

Authorized Dealer in Malaysia



Mr. Chris Kooijman

t: +60 (0) 12 218 6994

e: chris.kooijman@royalgrass.com

sabrinamoni said...

bape harga sekaki rumput karpet tiruan dr syrkt tu yew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...