NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Friday, May 25, 2012

BaGi PeTuA MeRaWaT KeTuMbiT

Ini budak kecik dah 2 minggu kena ketumbit..

Memula dulu kena kat bahagian kelopak mata kanan aje.. tup2 beberapa hari kemudian kena kat bahagian bawah mata kanan lak... haih laa..

Setau aku kalo kena ketumbit ni memang ambik masa nak elok balik.. tp tulah kan.. takkan nak biar aje pulak..

Solution pertama yg aku buat ialah bawak pi klinik.. aku bawak pi klinik kat sri damansara yg berhampiran skul ain dan apis.. doktor tu kata bukan ketumbit.. dia cakap kuman je.. so dia cuma bg aku antibiotik suruh ica telan 3 hari berturut2..

Ubat sapu tak perlu dia kata.. haih laaa.. aku bkn apa, ica ni jenis payah gile nak mkn ubat.. aku kalo bg ica ni mkn ubat, aku kena bedung tgn dia ketat2 kasi dia kurang melawan masa nak suapkan ubat..

Tp atlast ubat tu tak masuk gak kat mulut dia sbb dia reti sembur balik.. bkn tu aje, abis jari aku dia gigit kuat2 sebagai tanda balas dendam agaknya.... uwaaaa.. sakit tauuu...!! trauma aku kalo nak bg dia ni mkn ubat..

Terus cancel bg ubat antibiotik.. beberapa hari kemudian pastu aku bawak pulak ke klinik pakar kanak2 Serena tempat yg biasa aku rujuk kalo anak2 aku tak sihat..

Doktor Serena kata komfem ketumbit.. dan dia kasi aku gel sapu mata serta antibiotik.. tp kali ni antibiotik kena telan 5 hari berturut2 dan 3 kali sehari.. humang aihhhh.. lagi haruuuuu..

Sudahnya aku sapu gel mata je dulu.. antibiotik tak kasi2 lg sebab kalo dah kena suap sekali aku kena teruskan sampai hari kelima.. antibiotik takleh skip2 ambik wooo.. tu yg aku risau tu.. risau nak bertarung bg mkn ubat 5 hari berturut2.. grrrrrr..

So kalau korang ada pengalaman handle anak2 kena ketumbit atau ada petua2 yg korang pernah dengar dan tau sila share dgn aku ye.. setakat ni yg share dgn aku ada 3 cara :

1. titiskan air susu ibu..
~yg ni aku tak leh buat sbb ica dah benti nyusu dah 2 bln yg lalu.. kecualilah aku nak pi merayu kat jiran aku yg dlm pantang tu.. ekekekke

2. sapu dgn bawang putih..
~ yg ni mcm scary gak nak buat sbb pedih kan.. lg2 kat bahagian mata..

3. Daun sireh di bakar sikit pada hujung tangkai/batang.. sapu kat ketumbit
~ yg ni aku tunggu abg aku dari kampung hantar daun sireh..

Tu je yg aku tau.. yg lain2 nak tunggu dari korang pulak.. hehehhe..

13 comments:

BoBo said...

kak ana, penah dgr org tua2 cakap.. klau kena ketumbit, celik je mata dari bangun tdo, letak sikit ayaq liuq kt ketumbit tu.. so far, penah buat n alhamdulilah ok..tp before gosok gigi laaa

mama maman aka yana said...

siannyer la... Moga2 cepat sembuh ye....

Cik Puan Izan❤ said...

xde pengalaman anak2 kena ketumbit...huhu.. tapi, anak2 saya semua sng mkn ubat...

meera said...

antibiotic tu pun penting gak ana.. Cuba bg cmpur dgn apa saje other foods. mcm vitagen ke.. bg sjuk2. Insyaallah she will accept.

cahaya said...

salam akak,try letak shampoo johnson baby yg xpedih mata tu.sy biasa ltk shampoo ni.

LiAnA said...

cer try geselkn 2 batang sudu pastu letak sudu tu kat ketumbit

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

haha.. ada ke mil kata ila letak taik,hidung haha

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal ketumbit… sharing is caring :) - Radang Punca Ketumbit

wsnorzehan said...

cuba try doa pula...
http://wsnorzehan.blogspot.com/2011/06/doa-untuk-bisul.html

takpun sapu ubat sapu je..beli kat klinik..dulu an pun slalu kena ketumbit gak(tk penah ngendap yee..haha)

zh-ena said...

salam kenal..dulu masa ena kecik dulu.

mak bangun tidor perkara pertama yg di buat, sebelum gosok gigi, letak ibu jari atas lelangit pastu selawat letak kat ketumbit..Insyaallah akan hilang

Bitt (double IS) said...

good info..

hi datang dari kak eynda :)

Zhafri Zanuddian said...

ak gna bawang putih..like the pain..lolx.

chah said...

Sy sapu kapur sirih kat area bngkak tur...untk mngecutkan bngkak ketumbit..Insyaallah..dia akan surut sndrinya..sy bgtahu ni sbb naik ketumbit lar nir..sapu kapur sikit..rasa kurang sakit tur..gatal pun kurang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...