NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Saturday, April 28, 2012

SuSaHNyA BiLa DaH XciDeNt Ni

Okey.. meh aku citer sambungan pasal xcident tu hari.. aku xcident 17hb april (selasa) jam 8 - 8.30 malam mcm tu.. asalnya mamat cina tu ckp kat aku dia mintak settle luar dan dia nak tanggung semua kos baik pulih kete aku.. katanya..!!

So di sbbkan dia kata dia nak tanggung segala mak nenek bil, aku pun hari berikutnya (rabu) pi sekolah hantar anak2 aku mcm biasa walaupun baru lps xcident.. alaaa, bumper je yg teruk kan, kete still boleh gerak lg.. maka ke sekolah lah kita..

Dah lps hantar anak2 pi sekolah, aku terus menuju ke sri gombak dgn ica.. aku pi bengkel kete yg encik hubby arahkan utk check berapa jumlah kos kerosakkan yg akan di bayar oleh mamat cina tu nanti..

Owner bengkel tu cakap total around RM1k.. tu semua utk keje2 ketuk balik bumper yg kemek dan touch up balik yg sopak2.. nak tukar bumper baru boleh aje, tp kos mahal sikit la kan.. kang ternganga mamat tu nak byr lak kang..

Tp aku tak tinggal kete terus la kan.. kalo tinggal kang camne aku nak balik umah lak.. aku gi situ hanya utk tau jumlah kasar bil baik pulih aje..

Lepas dah tau anggaran kasar bil, aku call mamat cina tu dan bgtau dia jumlah yg dia kene sediakan.. bila aku bgtau je jumlah yg dia kena tanggung terus terdiam mamat tu.. dia kata dia tak mampu nak bayar pulak..

Aku pun cakap laaaaaaaaaaaa.. macam tu pulakkkkk.. kata boleh aje bayar berapa yg kena pun kannn.. tu pun sib baik aku tak mintak tukar bumper baru.. aku pun tanya la berapa yg dia sanggup bayar.. dia cakap dlm rm300 je.. itu pun dah kira mahal gak tu katanya.. huhuhu.. nanges...

Terus call hubby ngadu2 jap lepas dapat jawapan mamat cina tu.. hubby aku cakap kalau mamat tu bayar separuh dari kos baik pulih tu pun kira okeylah.. yang lain kitorang bayar sendiri.. tp bila aku bgtau mamat cina tu dia cakap dia tak mampu..

Aku nak buat macam mana kann, dah dia betul2 tak mampu sbb dia kata kete dia sendiri kena dlm rm5k.. aku memang kesian jugak kat dia.. tulah, sape suruh langgar belakang kete aku kan.. len kali bawak le hati2 sikit.. lorong perlahan pun nak bawak laju2.. haihhh..

Bila dah jadi mcm ni sape yg susah, aku pun susah gak.. last2 dia cakap dia suruh aku pi buat report polis aje utk claim dia punya insurans.. cehhhh.. masa xcident tu bkn main lagi ko cakap nak settle luar.. sudahnyeeee... huhuhu..

Dia cakap kalo report polis aku leh mintak ganti bumper baru terus.. lg puas hati.. yeeee.. memang le puas hati.. masalahnya aku tak berpengalaman nak pi report polis molis ni.. pastu pulak, balai polis yg aku kena pi buat report tu harammm aku tak tau jalannya..

Cakap kat hubby yg aku tak dapat nak ambik budak2 sbb macam tak sempat je nak pi balai polis kalo tunggu budak2 abis kelas.. sebabnya masa tu dah nak kol 4 petang.. pastu pulak aku cuma ada masa 4 jam je lg sebelum kol 8 malam sbb report tentang sesuatu kemalangan kena di buat dalam masa 24 jam..!!

Dah le aku tak tau jalan lak tu.. gps memang la ada.. cuma yg jd masalahnya skrg ni gps aku tak leh nak cas sbb pengecas dlm kete tu rosak lak.. time2 gini lah nak rosak punnnn.. tp aku gi sana guna gps gak tu pun berbekalkan bateri yg tinggal berapa persen je lg.. huhuhu..

Budak2 sekolah hubby yg ambik dan bawak ke opis.. hubby tak dpt nak teman aku pi balai polis sbb dia bz sgt masa ni.. aku cuma bawak ica dan adik pompuan aku sbg teman aku pi balai.. ica lak kejap2 melalak sbb dia sgt bosan terikat kat belakang sorang2..

Jalan petang tu agak jammed teruk.. satu di sbbkan hujan ribut yg lebat sampaikan jalan raya pun leh banjir macam sungai, byk kete yg tersadai sbb arus air dlm dan deras.. mujur aku dok lane paling kanan..

Pastu jalan masuk kl bertambah jammed di sbbkan kemalangan maut.. aku betul2 nampak mayat tu sebelah aku masa melalui jalan tempat kemalangan tu.. huhuhu.. sedih + seram sejuk pun ada.. masa makin pantas berlalu.. tp aku masih tak sampai2 lg kat balai polis yg di tuju..

Dalam hati tak henti2 doa agar gps aku tak mati sblm sampai balai polis.. kalau la gps aku mati, mcm mana aku nak pi sana kan.. kiranya hilang arah tujuan la kan.. huhu..


Sekalinya lagi 8km dah nak sampai tetiba gps aku gelap...

Halamakkkkk... bateri kong la pulak.. aku cuba gak on balik tp pastu terpadam balik.. menggelabah terus aku tau.. maunya tak menggelabah.. dah le jalan masa ni banyak susur keluar sana sini.. mana satu aku nak ikut pun aku tak tau..

Aku jalannn je ikut signboard yg arah ke kl.. aku memang serius tak tau kat mana balai polis tu.. balai polis yg aku kena pegi ialah balai polis tun h.s lee... yg aku tau org kata tempatnya terceruk kat celah2 bgnn area chowkit, area2 pasar seni katanya.. huhuhu, mana lah aku tau kann..

Makanya jalan punya jalan punya jalan jelah.. call hubby cakap gps mati dan aku total lost dah masa ni.. tak tau nak tuju mana sbb aku asyik berpusing2 sekitar jalan bukit bintang, hubby pun terus bg direction suruh ikut google maps.. okey.. masih ada cara lg rupanya..


Dari gambaran google maps ni nampak macam mudah je kan.. tp bg aku yg jarang guna dan jarang masuk kawasan kl yg sesak2 ni memang sgt susah lorr..

Kl jgn buat main2 woo.. silap jalan terus harung jemmmm.. dan itu yg aku dapat.. aku tersalah masuk jalan.. aku termasuk jalan p.ramlee kot yg berhampiran kl tower dan bangunan kfc tu.. mak aihhhh.. bapak gile jem.. jem tak bergerak okeyyy..!!

Ica melalak tak benti2.. mujur ada adik pompuan aku yg leh layan ica.. dia riba ica jap sbb budak tu dah penat sorang2 dok belakang.. tambahan lak dia kelaparan masa ni.. dlm kete lak takde bekalan makanan selain gula2.. so sumbat ica mkn gula2 jelah.. huhuhu.. sian ica..

Sabar mengharung jalan yg penuh sesak.. sebenarnya hilang sabar gak benonye.. patutnya dah lama sampai kalau gps tu masih hidup lg.. sbb gps mati aku melilau2 sekitar kl berjam-jam.. dari kol 4 ptg aku bertolak dr damansara, dah hampir kol 7 malam aku masih tak sampai2 destinasi lg.. huhuhu.. gile tak gile kannn..

Pastu aku berdepan lg dgn satu masalah besar.. dlm tengah tersangkut kat traffic jammed tu, aku rasa sgt2 nak terkucil.. sebenarnya dah stgh jam gak aku menahan sbb cuaca sejuk gara2 hujan kan.. pastu jalan jammed lak, stesyen minyak pun tak kelihatan.. kete lak bergerak sikittt je.. benti paling lama.. kete bergerak 2km/j je tau.. camne nak sampai kalo mcm tu.. laju lg org berjalan..

Makin lama aku makin tak mampu nak tahan rasa nak buang air kecik.. kalo buang air besar boleh lg kalo nak tahan.. ni tahan kencing sampai senak perut aku .. aku ckp le kat adik aku camne nih.. huhuhu.. tandas pun tak nampak.. jalan tak bergerak2.. last2 aku terpaksa pinjam pampers spare yg aku bawak utk ica.. pampers mamypoko.. hahahha..

Malas aku nak citer detail.. paham2 jelah kan kalo dah terpaksa pakai pampers ica tu.. darurat okeyyy..!! huhuhu.. memang pengalaman yg aku takkan dpt lupakan lah.. sob sob sob.. perjalanan mencari balai polis masih di teruskan sbb tempoh 24 jam dah nak abis..

Sekalinya lg sekali aku di uji.. hp aku mati lak.. bateri abissss... uwaaaaaaaaaa... aku hilang arah lg sekali.. hp adik aku takde google maps pulak.. maka aku sekali lg berpusing2 dlm kl tu.. merayap sampai menara maybank, pastu pusing punya pusing boleh pulak termasuk ke bangunan parlimen.. bapak jauh aku tersesat.. pusing balik tuju ke kl..

Jam dah kol 8 lebih dah masa ni.. dah abis tempoh 24 jam.. tp aku tetap tak putus asa.. aku ada sms kat hubby sblm bateri hp aku mati.. aku bgtau kat hubby yg aku masih sesat.. rupanya mesej tu tak sampai pun kat hubby.. huhuhu..

Mujur tergerak hati aku suruh adik aku sms hubby lg sekali bgtau kami masih sesat.. terus hubby call hp adik aku.. hubby aku mengucap panjang sbb dia mati2 ingat aku dah selamat sampai kat balai polis buat laporan.. rupanya masih sesat.. syukur sgt2 sbb ada adik aku dan hp dia masih leh di gunakan.. kalau tak memang aku bertambah hilang arah.. dah la kelaparan..

Last2 hubby aku suruh aku tunggu kat satu tempat yg dia boleh carik aku dan guide aku pi balai polis.. hubby aku ni kannnn, cubalah dr petang tu buat mcm tu kan senang.. takdelah aku ni sesat barat.. uwaaaa...

Aku pun tunggu encik suami kat dpn the mall.. aku benti depan bus stop.. 15 minit kemudian encik suami sampai dgn di temani kwn dia.. anak aku yg lg 2 org tu pun ada sekali.. ica menjerit kesukaan dpt jumpa kakak dia.. dia punya suka mcm la setahun berpisah.. padahalll.. hehehe..

Aku suruh hubby aku drive kete aku sbb aku dah keletihan memandu dlm jem.. kete hubby kawan dia pandu.. kami bergerak sama2 gi ke balai polis.. kwn hubby tunjuk jalan.. last2 sampai gak ke destinasi yg di tuju.. zass aku terus masuk dlm kawasan balai polis tu sorang2 sementara hubby aku pi cari parking.. kawasan situ memang susah carik parking.. sesak gile..

Aku yg pestaim gi balai tu terpinga2 nak buat camne dan masuk mana.. pi jap kat pondok pengawal.. tanya polis yg jaga kat situ kat mana nak buat report.. dia punya jawapan mcm nak taknak je.. aku tanya elok2 tu jawab la baik2 dan berhemah sikit kan.. grrrr..

Terus aku masuk dlm bangunan tempat buat report.. lg sekali aku terpinga2 nak buat camne.. time ni ada satu polis ni berdiri kat satu sudut.. aku tanya dia camne ehh nak buat report kemalangan.. alhamdulillah, beliau sudi bantu aku.. pas tulis maklumat kat borang report, terus ambik nombor dan tggu giliran..


Ko tengok jam tu dah pukul berapa.. dah kol 9:04 minit kannn.. huhuhu.. mampos akuu kena sound nih..!!

Masa ni tetiba hubby aku dtg teman aku buat laporan.. sambil2 menanti giliran tiba kami berdua sembang2.. hubby aku cakap macam manalah boleh sesat mcm tu sekali kann.. 4 jam lebih aku sesat..

Kalau nak ikutkan dah boleh sampai johor dah mcm tu kata hubby aku.. cehhh.. macam le aku ni pakar jalan dlm kl ni.. kan keje aku cuma hari2 gi sekolah - giant - jusco - rumah.. tu pasal aku sesat.. kalau la pengecas dlm kete tu tak rosak komfem aku tak sesat sbb gps masih leh di gunakan.. huhuhu..

Sampai je giliran terus buat laporan.. encik hubby tolong taip kat komputer sbb dia menaip lg laju dr aku.. hihihi.. lps siap laporan berkomputer, terus di arahkan naik tingkat 1 bilik C utk jumpa sarjan berkaitan..

Masa ni pun hubby aku teman sekali.. bila ngadap je sarjan tu aku dah tau sarjan ni macam garang.. dia tanya kenapa aku lewat buat laporan dr waktu 24 jam yg di tetapkan.. dia cakap aku boleh di kenakan saman rm300 sbb kesalahan lewat melaporkan.. pulakkk..

Terus aku merayu mintak jgn le saman aku sbb aku tak tau pun leh kena saman kalo lewat.. aku dah bersusah payah okey nak sampai kat tempat ni utk buat laporan elok je nak saman aku kan.. mcm2 yg aku hadapi tau tak.. huhu.. mujur sarjan tu tak jadi saman.. dia bg chance la kiranya kan.. heheh..

Ada perdebatan sket masa ni dgn sarjan sbb dia tak terima alasan aku sibuk.. sbb malas nak berdebat panjang lebar dan penat tak hilang2 lg.. aku terima jelah sarjan tu punya penerangan.. yelah.. aku salah..

Geram pun ada gak masa ni sbb kesalahan org lain buat org lain mcm aku ni jadi susah.. takpelah, ni ujian buat aku.. redha jelah.. Pesan aku kat korang, kalau hadapi kemalangan dan apabila org yg melanggar korang tu mintak settle luar, korang jgn layan... teruskan je buat report polis.. senang..

Jgn jd mcm aku yg terima bulat2 ckp mamat tu sedangkan dia dah pi buat report dulu rupanya dr aku.. cehhhh.. hampeh betul..


Ni borang report yg aku tulis..

Okey.. masa ni dgn konfidennye aku letak plat mamat tu BGM.. lepas settle mengadap sarjan tu terus turun bawah lak utk uruskan ambik gambar kete..

Haaa yg ni aku nak komplen sikit.. tolonggggg lah layan orang dgn berhemah sikit ye pada yg tukang ambik gambar tu.. aku punyalah senyum dan tanya baik2.. yg ko bercakap mcm nak marah org tu kenapa.. aku bukannya penjenayah pun.. tak manis sgtkah senyuman aku nih..

Kalau taknak balas senyuman pun tp bg muka yg mesra alam sket pun apa salahnya.. ni buat muka mencuka dan jawab pun garang2 watpe kann.. tau la ko penat tp please la jaga adab sikit kan.. terus aku pun buat muka meluat.. malas nak senyum dgn org2 cenggini..

Settle je ambik gambar terus berambus balik.. balik opis hubby dulu sbb nak hantar kwn hubby yg temankan kitorang td.. pastu baru balik umah.. hubby aku bawak balik apis, aku bawak anak2 aku yg lain sbb aku nak pi singgah kedai mknn jap tapau mknn.. lapar sgt masa ni..

Malam tu aku tak leh nak tido sbb seakan2 mcm ada tak kena je dgn laporan polis tu.. terus aku check2 balik apa yg tak kena.. rupa2nya aku tersalah bg nombor plat kete mamat cina tu.. ahhh sudahhhhh...

Terus aku call balai polis tu even masa tu dah kol 1 pg.. diorang ckp aku kena buat laporan baru.. hurmmm, nak taknak aku kena buat report baru..

Pg hari khamis tu aku pi balai polis dlm kol 11 pg dr umah.. kali ni gps dah cas awal2 dah sbb maklumlah dlm kete aku kan takleh nak cas.. anak2 aku terpaksa tinggal kat umah sbb diorang demam panas la pulak.. mungkin sbb terkena hujan smlm kot.. mujur ada adik pompuan aku tu tolong jagakan kat umah..

Lega sikit sbb gps ada.. harap2 tak sesat lg lah kan.. tp kan gps ni memang buat aku geram laaa.. ada ke patut gps tu bawak aku jenjalan pusing2 depan sunway piramid lak.. huwarggghhh.. geram gile.. merayau2 aku sekitar puchong lepas tu.. mana punya jalan daaa gps ni bg.. geram aku..

Sejam stgh gak le baru aku sampai ke balai polis.. hampeh betul gps ni tau.. mujur sampai gak sblm waktu urusan kat balai polis tu tamat sbb aku nak ambik surat laporan terus masa tu..

Kali ni aku dah terer sikit cara2 buat laporan.. aku terus cakap aku nak buat pembetulan nombor plat org yg melanggar tu.. sbnrnya bukan BGM.. yg sebenarnya BGN.. salah satu huruf aje pun.. tp kalo tak betulkan aku tak dpt nak claim insurans kang..


Selepas pembetulan.. huhuhu..

Aku ingat lepas buat pembetulan kat kaunter tu terus la dpt surat laporan kan.. rupa2nya aku kena jugak pi mengadap sarjan yg sama.. mujur mood sarjan siang tu elok.. boleh pulak dia sembang2 gelak2 dgn aku.. hehehe.. nasib baik tak kena bebel.. hilang sket sakit hati pada anggota yg kerek2.. =p

Settle je jumpa sarjan aku boleh tggu giliran utk ambik surat salinan laporan polis.. sembang2 jap dgn yg tukang bagi salinan laporan tu.. pas dpt salinan terus je balik dgn senang hati sbb boleh terus berjumpa dgn org insurans utk tunjuk surat laporan polis tu..

Sekalinya kannnnn, org tu salah print laporan.. dia bg aku laporan asal yg salah, laporan yg aku buat mula2 tu lah.. aku perasan pun lepas org insurans tu komfemkan dgn aku betul ke kete yg melanggar tu plat dia BGM bla bla bla.. aikkk.. bkn ke aku dah betulkan laporan.. tak pasal2 aku kena pi balai polis lg sekali esoknya..

Maknanya 3 hari berturut2 la aku kena pi balai polis.. hiarghhhhh... pasang khemah jelah kot kat situ senang kan.. takyah ulang alih betulkan laporan.. huhuhu..


Dan hari jumaat aku pegi lg.. sob sob sob..

Kali ni urusan cepat sikit sbb ambik surat laporan aje kann.. pastu terus balik umah jap ambik anak2 yg demam.. bawak diorang sekali pi jumpa org insurans kete..

Settle je serah borang tu ini terus balik umah.. letih gile 3 hari berturut2 uruskan hal kete.. tp sampai sekarang kete lom pulih lg sbb tggu stok bumper baru sampai..

Haihh.. payah betul rupanya ehh.. takpe, pasni dah tau dah apa yg nak di buat kalau berdepan dgn situasi mcm ni.. sorry la kalau panjang lebar lak citer kali ni.. hehehhe


22 comments:

amal said...

adehhhh... kalo saya jadi akak kan, saya sure dah tension tahap guling2 atas lantai huhuhu.. sabarla kan.. benda dah jadi huhu

umialya/k.tini said...

susahnya.....

OneSimpleMother said...

baca pun dah penat.. :)

mama maman aka yana said...

dpt bayangkan betapa stressnyer mengadap benda tuh 2-3kali.. aduhai.. sabor je la

Mokteh said...

ana, kereta baru eh? sabar yer. pengalaman nih.

Iza Rohaiza said...

fuhhh...baca pun dah cukup stress. haha, sabo yer...
zana, kalau free.... ziarah blog kite yer..
http://abidami.blogspot.com/

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

memang penipu cina tue kan? kita kesian kat dia, dia buat mcm tue.mmg jadi pengajaran jgn nak kesian dgn org yg pestime kita kenal. ila akan ingat citer ana ne..

eila said...

sian akak sabar jer ler..

HaLiMaTuN SaAdIaH said...

membacanya pon dah dapat bayang betapa susah payah kak ana.. jap, kira claim dgn insuran akak ke? bulan claim insuran orang yang melanggar?

pnsusu said...

fuhhh mmg stress...

Time su su dlu sebulan kete tersadai..nk claim insuran lm toii nk tgg

IdaShazana said...

dah macam mimpi ngeri...berulang-alik ke sana

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

mmm... teman pun sama jugak... 10 April hari tuu... keta teman pun kena sodok kat pintu kiri oleh bas Rapid KL... teruk betul, dah laa keta aku tak berjalan waktu tu... sangkut kat jem federal highway tu... tetiba, bas tu dari bus stop, nak masuk balik jalan utama, terus sondol keta aku yg tak berjalan nie... geram... tapi, nak buat macam manakan... benda dah jadi...

Actually, laporan polis kalau eksiden... boleh dibuat kat mana-mana balai trafik, teman pun baru jer tau...

:: Riri-Fatieha ::~ said...

huh, kesiannye kak ana...
temberang betul cina tu.. kata nak settle laur alih2 dia pun dh buat report... sabar je la kak...

asterisk said...
This comment has been removed by the author.
suhailas said...

Hadoi ciannya ana.....geram pon ada ngan mangkuk cina tuuu...takpa...sabar jeee....

http://crvminsue-mylifemyjourneymyway.blogspot.com/

blog lama da lingkup.....niii baru ....huwwaaaaaa

Ana Suzana said...

Izni hafiz..
Ana ada tanya gak takkan tak boleh report kat mana2 balai terdekat kann.. Tp sarjan tu jawab apa tau, boleh je tp still pastu akan di arahkan buat report seterusnya kat balai trafik kawasan kejadian.. Maksudnya buat report kat balai2 lain tu utk report temporary aje sbb takut kita tak sempat kejar masa dlm tempoh 24 jam.. Ntah mana satu yg betul pun tatau.. Grrrr...

Ana Suzana said...

Izni hafiz..
Ana ada tanya gak takkan tak boleh report kat mana2 balai terdekat kann.. Tp sarjan tu jawab apa tau, boleh je tp still pastu akan di arahkan buat report seterusnya kat balai trafik kawasan kejadian.. Maksudnya buat report kat balai2 lain tu utk report temporary aje sbb takut kita tak sempat kejar masa dlm tempoh 24 jam.. Ntah mana satu yg betul pun tatau.. Grrrr...

lily lotus said...

fuhhh penuh pancaroba betul, seb baik berbaloi2 sebab leh dapat bumper baru :D

Cik Puan Izan❤ said...

fuuhh... baca pun dah letih, apa lg org yg harunginya... sabar banyak2 yer ana...

Jiejah @ Iza said...

ahahha akak yg baca pun ikut penat ana , mmg anergy ana terbaekkkk ..

Pupel Liyana said...

ish. laen kali buat report awal2. tak leh setel tepi2 je. rugi kita nanti

mama_aizarah said...

X dpt byangkan camne la ana pakai pampers lam jam tu..heheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...