Ini budak sesuka hati je tido kat mana2.. yg ni tido selepas mkn nasi jugak.. mujur sempat abis mkn nasi.. tup2 masa aku panggil nama dia utk mandi dia tak menyahut lak.. aikkkk.. biasanya cepatt je dia jawab..
Rupa2nya dah tetido.. penat main kat playground la tu kot.. dah le belum mandi.. badan pun berlengas.. aku lak yg tak selesa menengoknye..
Beliau nampaknya tido dgn jayanya di sebalik meja..
Aku panggil2 nama beliau pun dah takde respon.. komfem lena sungguh la tu..
Lalu aku pun angkat beliau naik ke tingkat atas.. bawak masuk bilik.. tanggalkan pakaian beliau dan pampers lalu usung ke bilik air.. dan siram beliau dgn air bersuhu suam.. hehehe
Lantas beliau melalak2 kerana tak leh sambung tido.. nak tido camne kan kalo dah kena siram.. kekeke.. kemudian beliau aku balut dgn tuala, lap laju2, pakaikan losyen baby, pampers dan baju melayu..
Beliau still melalak lagi.. tapi takpe, aku sumbat mulut beliau dgn sebotol susu.. lalu beliau pun senyap.. aku berharap beliau sambung tido semula.. tp jgn harap..!! beliau menyusu sambil layan cite pocoyo kat ipad.. cehhh..!!
Abis dah cite aku ttg beliau.. sekiannnn..
2 comments:
senangnya dia tido
senangnya si hafiz neh tdo.....
Post a Comment