OREO CHEESECAKE
Resepi Asal: Jthorge
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Rujukan aku : Kak Azlita Aziz
Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengahnya) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan. (aku cairkan guna mikrowave selama 10 saat)
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) (500 gm) cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream - aku ganti dgn yogurt asli
2 biji telor - buang tali pusatnya
1 cawan oreo yang dicincang halus
Cara Menyediakan:-
Base :-
gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.
Filling:-
~ Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati.
~ Masukkan sour cream dan pukul sebati.
~ Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati.
~ Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata.
~ Bakar secara "steam bake" dgn auhu 170 celsius (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak.
~ Tutup permukaan ciskek dengan aluminium foil untuk mengelakkan permukaan terlebih kuning.. letak pd rak bawah sekali dlm oven..
~ Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam. Hiaskan dengan jem kegemaran atau buah2an seperti peach/strawberi
Kat bawah ni pulak cara aku buat.. memandangkan kat kedai runcit yg aku pegi tu kehabisan biskut oreo, makanya aku rembat jelah biskut yg menyerupai oreo ni.. aku guna biskut cremeo..
Aku gunakan 30 keping biskut di atas.. buang inti tgh2 tu.. hancurkan/kisar..
Cara2nya :
Lupa lak nak snap gmbr satu cawan lg biskut yg korang kena cincang.. yg 30 keping biskut kat atas ni hanya utk buat base dia.. lg secawan biskut korang cincang2 utk di campur dlm adunan kek nanti.. paham tak..?
Hasil biskut yg dah di kisar.. pastu korang ambik butter yg dah di cairkan td dan campurkan dlm biskut tersebut..
Seelok2nya gunakan loyang spring foam mcm kat atas ni bg memudahkan proses mengeluarkan kek.. tekan2 biskut tu sampai menutupi semua dasar loyang.. dasar tak tau di untung..!! hahahha
Dlm bekas lain, sila campurkan cream cheese, gula halus dan esen vanila.. putar dgn kelajuan sederhana dulu pastu baru tingkatkan kelajuan..
Putar sampai adunan sebati.. alamak, gmbr terkuning lak.. mesti sakit mata korang tgk kan.. hehehe..
Bila adunan dah sebati, masukkan yogurt asli td.. putar lg.. saya putar halimmm..!!
Pastu masukkan pulak telor ayam satu persatu.. masukkan sebiji dulu.. putar.. pastu masukkan lg sebijik..
Bila dah sebati kesemua bhn2 td, barulah campurkan biskut oreo yg di cincang.. ni le biskut yg di cincang yg aku maksudkan tu..
Hasil adunan selepas di campurkan dgn biskut cincang.. pastu apa lg, tuang le adunan ni masuk ke dlm loyang td..
Yg kaler coklat2 tu aku tiru cara kak ita.. aku ambik satu senduk kecik adunan plain tu kemudian aku campurkan dgn serbuk koko yg dah di jadikan paste ( 1 sudu serbuk koko + sedikit air panas )
Kemudian bakar le secara water bath/ steam bake.. aku tak rendam itu loyang, tp bawah loyang tu aku taruk air panas..
Kalau korang rendam, make sure keliling loyang tu korang balut dgn aluminium foil dgn kemas tau.. elak air termasuk dlm loyang.. paling penting air yg di tuang tu ialah air panas ye dan bukan air sejuk..
Apa2 hal, oven mestilah di panaskan terlebih dahulu.. suhu membakar adalah 170 celsius.. guna api atas bawah.. loyang di letak di bahagian paling bawah..
Slps 45 minit sila gunakan api bawah je dan permukaan atas loyang di tutup dgn aluminium foil utk mengelakkan adunan terlebih kuning.. bakar lg dlm 15 minit..
Bila dah masak, jgn keluarkan terus itu loyang.. biarkan je dlm oven dulu dlm keadaan pintu oven sedikit renggang.. biarkan stgh jam gitu baru leh kuakan.. ni petua utk elak kek tu mengecut/mendap tetiba..