Semalam tak berkesempatan nak apdet.. letih giler kot.. ni pun aku apdet pendek2 je ni.. taruk banyak gambar je sbb tatau nak story apa.. maklumlah, bln puasa ni kita asyik bertukar2 idea utk menu berbuka puasa..
Setiap malam mesti dah set kat kepala hotak ni sok nak masak apa.. pastu nak beli apa.. setiap hari wooo.. pening gak tu..
Setakat ke hari ni aku masih berjaya pertahankan rekod tidak jejak bazar ramadhan.. hehehe.. tapi jejak ke giant, cold storage, pasar basah memang tetiap hari la kot aku.. adaaa je barang tak cukup bila tiap kali nak masak.. ish ish ish..
Semalam encik suami taknak mkn nasi.. beberapa hari ni dia memang tak makan nasi time berbuka.. tapiiii aku tetap masak nasik gak sbb aku memang kena mkn nasi.. anak2 aku pun makan nasik gak..
Semalam aku masak nasi hayam je.. gambar malas nak snap.. sampai ke sahur aku bedal nasi hayam.. hehehe.. utk suami dia just ratah2 lauk je time sahur..
Ni menu semalam..
Aku letak meatball brand ayamas, hirisan bawang besar, baby tomato, mini sosej.. ni pun aku bakar dlm oven..
Tu je menu semalam.. utk 2 hari lepas aku masak lagiii simple.. malas sgt dah masa tu sbb balik dari sekolah pun dah kelam kabut..
Aku just masak kari ayam + kentang.. hubby makan ni dgn roti jala..
Gmbr roti jala tak sempat nak snap sbb semua jala2 tersebut dah koyak masuk dlm perut.. kahkahkah..
Tomyam seafood.. makan dgn nasik dan telor dadar.. settle..
Gmbr roti jala tak sempat nak snap sbb semua jala2 tersebut dah koyak masuk dlm perut.. kahkahkah..
Lawa tak bekas tempat aku rendam badak tu..?? tu bekas akuarium sebenarnya tu.. bekas kaca tu lom pernah pakai lagi.. dari tak pakai baik aku guna jd bekas makanan.. hahahha.. adeh laaa..
Yang nak resepi badak berendam ni aku apdet kemudian ye.. masa sgt terhad la kawan2.. letiih wooo...
Okey.. aku nak masak utk berbuka utk arini lak.. tataaa..