NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Wednesday, December 07, 2011

SaJe SuKa2 MaiN MaSaK2

Sejak kebelakangan dan kedepanan ini, aku terlebih rajin lak abiskan masa kat dapur.. suka sgt mencuba mcm2 resepi.. pastu aku kongsikan resepi2 tu kat sini pulak utk korang cuba..

Masih ada beberapa resepi yg kawan2 mintak utk share kat sini.. tp belum ada masa nak mengarangnya.. pelan2 ye sbb rutin harian aku sgt sibuk..

Arini aku frust gile sbb unifi membengongkan dirinye sejak mlm semalam sampailah kol 10 mlm td baru ok.. lebih kurang 24 jam aku terputus hubungan internet..

Mati kutu betul rasanya.. yg ada pun 3g kat hp dgn ipad.. tp gmbr2 semua dlm laptop.. so takleh gak nak apdet blog.. hanya dpt apdet status kat fb je..

Anak2 aku si ica dgn ain tak sihat.. tetiba diorang kena tonsil rupanya.. pestaim diorang kena tonsil.. merengek gak le tiap kali nak telan air dan mknn.. huhuhu.. ain la paling teruk bengkaknya.. sian dia..

Ica lak sibuk suruh aku garukan tekak dia.. aku gosok2 jelah pipi dia.. abis tu takkan nak garu tekak betul2 lak kan.. hehehe..

Opss.. lari tajuk lak.. geram punya psl lah ni sbb seharian tak dpt blogging.. kat dlm entry ni saje je nak abadikan menu2 yg aku masak.. walaupun masih tahap amatur, tp aku suka mencuba jugak..


Atas permintaan apis, aku tunaikan jugak hasrat dia nak apam angry bird hijau.. gigih aku lukis tau.. dah le pestaim buat apam ni.. nak2 pulak kena lukis angry bird.. haihh..


Hasil lps di kukus.. wakakakka.. boleh la kannn.. masuk perut jd bhn kumuhan gak nanti... muehehhe


Pastu hari berikutnya ain lak mintak apam ladybird dgn angry bird kaler biru.. tp aku terbuat kaler merah lak.. hilang ingatan kejap agaknya masa nak buat tu.. tu yg terbuat kaler merah tu.. kekeke.. sorry ain..


Mulut burung ini adalah kurang jelas sbb kaler tu terkurang agaknye.. lantak le kan.. asalkan anak2 aku suka sgt bila tgk apam2 ni sudah..!!


apam ladybird yg hudus sket.. maklumlah.. aku bkn pakar.. kaler hitam takde, jdnya aku campurkan kaler biru dgn merah utk dptkan kaler gelap2 menyerupai kaler hitam..


Ni lak dessert semalam.. hari2 aku akan buat dessert yg berlainan utk encik suami.. anak2 aku tak mkn sgt dessert2 ni.. yg kat atas ni ialah puding karamel lapis coklat..

Terlebih rajin lak sbb buat berlapis2.. utk resepi puding karamel ni, korang boleh jenguk kat SINI..


Hasil selepas di potong dan di tabur hiasan.. bg menarik sket bila nak mkn.. mkn sejuk2 sedap wehhh..


Dan ini lak dessert utk arini.. aku buat lps asar.. kek kukus cokelat..

Biasanya aku suka buat dessert slps waktu asar.. kadang2 aku main masak tgh2 mlm atau tgh2 pg buta time semua dah lena membuta.. aku mmg jenis tido lewat.. kol 3 pg kang baru tido.. hehe




Monday, December 05, 2011

YaNg SiMpLe2 Je MeNu MaLaM Ni

Di sebabkan encik suami takmau mkn nasik ini malammm, makanya aku buat menu yg simple2 je tp biar yg mengenyangkan..

Makanya inilah yg aku buat dan masak ptg td sejak lepas asar.. gigih masak sorang2 kat dapur dgn anak2 yg kejap dtg menempel kat celah2 kaki..

Lg2 si ica tu.. jap2 sibuk nak mintak nyusu.. hehe.. takpe, cabaran yg biasa dah aku lalui tiap kali aku masak2 kat dapur..


Menu pertama : bihun singapore + cili jeruk


Menu kedua : Laichikang..


Menu ketiga : Puding sagu Gula Melaka.. belum di tuang santan dan sirap gula melaka lg nih..


Persembahan agak kurang menarik sbb comot2 lak rupanya.. tp takpe, yg penting rasa dia tetap dpt pujian dr encik suami.. terbaikkk.. hehehe


Menu keempat : Waffle Gardenia + aiskrim coklat + sos coklat hershey's..

Tu jelah yg mampu aku sediakan selama 3 jam aku kat dapur.. pastu tetiba dgr apis panggil2 aku bgtau ica tidoooo.. alololoooo.. cian ica.. baru cdg nak suapkan dia mkn nasik.. sekalinya tertido dpn tv daaaa..

Kat bwh ni ada video yg sempat aku record kejap.. record kejap je utk buat kenang2an.. kang record lama2 kang ada yg kata aku kejam lak biar dia tersengguk2 mcm tu.. hehehe






Wednesday, January 12, 2011

MeNu SaRaPaN RiNgKaS

Jd surirumah ni mcm2 nak kena pikir.. hari2 dlm kepala dok pikir menu apa nak masak kan.. kikiki.. arini aku buat yg simple2 je.. nak buat goreng2 mcm kuetiau @ mee malas lak sbb dinner malam td dah wat kuetiau goreng..

So ni lah hasilnya menu yg simple pg ni..

Roti bakar + telor separuh masak utk hubby..

Sblm mkn tabur dgn serbuk lada putih.. ala2 mcm kat kopitiam gitu.. tp kopitiam punya lg terbaikkk.. aku ni biasa2 je.. sob sob sob..


Tak lawa kan aku buat... tp sib baik licin gak hubby aku mkn.. ^_^


Ni utk anak2 aku.. roti telor.. ain siap bawak bekal lg kongsi dgn kawan2 dia mkn..

Skrg tgh tggu nasik masak.. pastu leh la suap dorang nasik pulak.. harap2 arini tak kelam kabut lg mcm semalam.. fuhhhh..

Arini konon2 nak jalan2 kat kawasan umah sewa lama yg kami dah duduk selama 5 thn dulu.. memori terindah.. tempat susah senang kami bersama..



Wednesday, January 05, 2011

SaRaPaN aNaK2 aKu PaGi Ni

Malam td lg aku dah pikir nak masak apa utk diorang bekfes.. hahaha.. pening tau asyik dok cari menu yg best2.. nak buat lg best tp bahan lak tak cukup.. so ini jelah yg terhasil tadi..


Ni namanya nasi goreng ikan bilis berplanta + telor dadar


Ni pulak roti telor berplanta..Ain dgn apis asyik puji sedappp je.. yelah, masak dgn planta kan mmg rasa sedapp.. hehe


Air milo


Buah cherry.. sedappp.. beli kat MBG


Ni la muka budak2 yg lom mandi pg lagi..

ica lom bgn lg skrg ni.. aku bg chance kat dia sampai 11.30 kang.. kalo tak bgn gak aku akan suruh budak 2 org ni buat bising sampai dia terjaga.. kekeke

Budak2 ni sume aku kerah tido seawal kol 10 mlm.. tp kol 11 baru diorang betul2 tido.. dah biasa tido lewat diorang ni.. ica lak mlm td tido kol 12.30 tgh mlm sbb kan dia dah tido ptg, so ada energy terlebih di situ.. hehehe

Apis dgn Ain bgn pg kol 9 pg tadi.. tgh abah diorang siap2 nak pi keje diorang pun bgn gak.. elok la tu.. takyah nak susah2 kejutkan pun.. bgn tak melalak dah kira bagus sgt la tu..

Okeylah.. nak sarapan gak.. jap gi dah sibuk nak bersiap2 gi sekolah..



Thursday, December 23, 2010

MeNu DiNNeR MaLaM Ni

Namanya Cioppino Seafood.. komfem tak masin.. hehe

Okey.. jemput makan sume.. jap gi nak sambung kemas umah tingkat atas lak.. kebulur yg amat ni pas cuci kete td.. anak2 sume dah pengsan setelah penat mandi kat kolam menan..


Wednesday, December 22, 2010

MeNu DiNNeR : SaLmoN SteaK

Ni menu dinner utk malam ni.. simple je.. utk hubby jelah.. aku dgn anak2 tetap melantak nasik yg aku masak tghari tadi.. ngeh ngeh ngeh.. enggak kenyang sehh mkn ikan sajaaa..!!



Ikan dgn bahan2 sampingan sedang di perap.. tggu hubby dah nak sampai umah baru aku grill.. sos dia black pepper aje.. sekian..


Tuesday, October 19, 2010

PaSaL LaKSa LaGi

Smlm ptg pas aku tidokan alisya, gigih laa aku kat dapur ketang ketung nak buat laksa.. time tu mertua aku tgh tido gak.. ain dgn hafiz sibuk main sambil gaduh2.. standart arr bebudak dua org tu.. hehehe..

Ohye, berbalik pd tajuk.. kan aku cite smlm aku gi mini market kan, aku cari ikan kembung punyalah payahhh.. ada satu mini market tu cuma ada 3 ekor je ikan kembong.. apa kesss kalo 3 ekor je kann..

So aku gi lah satu lg mini market kat area2 yg sama gak.. lglah parah sbb ada sekor je ikan kembong.. huk alohhhh, sume pakat2 nak masak laksa ke smlm..?? huhuhu..

Last2 tokey india muslim tu ckp " u nak bikin laksa kannn.. u angkat la ini ikan mata besarrrr.. ni pun boleh bikin laksa " pestaim aku dgr nama ikan mata besar.. kee aku je yg tak tau.. kikiki..


Ni la ikan tu.. ikan apa ekk nama dia sbnrnya.. sape tau meh kasitau aku yg tak tau ni.. hehehe


Memang besar sungguh mata dia.. aku tak tau lah sama ada ikan ni baru lps nanges sbb mata dia merah2 ataupun beliau kena sakit mata.. hehehehe..


Memula aku rebus dulu ikan2 ni dgn asam keping..


Sauk sekor2 dan kuarkan dr dlm air rebusan tu.. part paling leceh ialah asingkan isi2 dgn tulang..


Laksa basah yg dah siap di rebus..


Bahan2 sampingan yg dah siap sedia..


Kuah laksa yg dah siap di masak..

Gambar laksa dlm mangkuk aku malas nak snap.. hahaha.. mkn lg best dr snap2 ni. kikiki..


** okeylah, aku nak gi bwk alisya ke klinik jap gi, byk kahak sungguh dia time batuk..



Monday, October 18, 2010

LakSa UnTuK MeRtuA

Ni laksa basah..

Tadi tghari gigih aku gi mini market kat Alam Budiman.. sbb barang dapur kehabisan daaa.. ada mertua ni kenalah masak yg best2 sket walaupun aku masak takdelah best mana pun kannn..

Segan gak sbb mak mertua aku terrer masakk.. huhuhu.. tp aku masak gak dgn cara aku.. sedap tak sedap blkg cite kannn.. hehehe

Utk mkn tghari td aku masak ikan bawal goreng bersambal, sayur campur, ayam goreng berempah.. dan jap gi aku nak masak laksa penang.. sbb mertua aku suka mkn laksa.. hehe..

Sementara mak mertua ada kat umah ni mungkin aku kurang ngadap laptop.. lani aku apdet blog pun sbb mertua aku tgh tido ptg.. curik2 masa jap.. hihihi..

Oklah, nak pi rebus ikan dulu...tataaaa..

** terserempak dgn kak Hanim pembaca blog aku lak td masa kat mini market.. hehehe



Monday, October 11, 2010

LauK aKu HaRi Ni

Mlm td lg aku dah set kat pale otak ni nak masak apa arini.. hehehe.. memandangkan aku dgn anak2 aku je yg mkn nasi, maka aku masak 2 lauk utk aku, 2 lauk utk anak aku.. tp lauk anak2 aku tu kira lauk aku gak.. hehehe..

Lauk anak2 aku cuma sup ayam dan jugak ayam goreng.. hafiz tu sokmo nak ayam gorengg je.. ikan goreng dia kureng sket nak mkn.. kalo ayammm, lajuuu je hadap..

Yang kat bwh ni lauk2 aku je yg aku snap.. malas pulak nak snap lauk sup dgn ayam goreng tu.. ekekeke..


Lauk pertama : sambal udang petai.. sedapnyeee..


Lauk kedua : ikan masin tenggiri .. perghhh.. lg sodap..!!

Aku kalo ada lauk ikan masin je dah cukup.. aku sukaa sgt2 ikan masin.. tp takdelah hari2 mkn kannn.. tak elok wooo.. darah tinggi kang.. malas nak goreng2 dgn bwg sebab dah tak sabar nak ngap dah td.. kikiki

Ohye, cite psl masak2 ni kan, hari sabtu lps aku cuti dr memasak sbb ada open house bg penduduk2 Villa Suria.. dan aku letak la kat wall status FB aku pasal aku cuti masak..

Sekalinya kwn satu kolej aku ni kondem pulak.. nak tau apa dia tulis.. hehe.. sila klik utk besarkan.. aku tak reti nak besarkan image.. hehehe..


Ni status aku sabtu lps..


Tu yg kwn2 aku komen.. hampeh kann.. hahaha.. sesuka je tau hang kata lagu tu.. ciss..!!


Ni lg.. Ooo..ko nak humban kat kandang rimau ye.. !!

Ini kalo persatuan isteri2 nampak ni abeslah korangg.. kekeke.. bila cuti masak je kata pemalas ye.. suka sukaaaa je ko kata camtu ekk.. dush dush dush..




Wednesday, October 06, 2010

iNfO MeNu OpeN HoUsE

Salam semua.. ececehhh.. okey, memandangkan ramai yg puji sedap menu2 open house aritu, dan ramai jugak yg email, msg, inbox kat fb tanya itu ini tentang diorang, meh aku share sapekah mereka2 semua di sebalik kelazatan mknn yg di hidang hari tu.. ewahhh..

1. Kambing Golek tp tak tergolek..

Harga : RM850 seekor

Sos black pepper + sos mint + salad + kentang bakar

Contact No : Encik Khir 012 - 261 5045

---------------------------------------------------------

2. Briyani Gam JohoR

RM16/seorang

nasi + briyani kambing + ayam masak merah + acar rampai + dalca + buah2an 2 jenis + air ais boleh pilih sendiri + teh tarik kalau mau.. boleh nego lg ikut pilihan yg kita nak..


Ni briyani Gam yg mabeles tu..


Set Nasi Ayam RM6/seorang
Termasuk air 2 jenis + buah2an

Contact No : Pakcik Adam Dalha 016 - 270 8986

----------------------------------------------------------

3. Otak Otak Kempas Yang Sedappppp...

RM0.40 (mentah) atau RM0.60 (diorang tlg masakkan)

Contact No : Ahmad Raqib 019 - 422 5535

---------------------------------------------------------

4. Air Tebu & Dadih

Ni kawan FB aku yg bernama Suriza.. dia yg tlg hantar air tebu aritu dan dia jugaklah yg buat dadih..


RM3.50/jug
Ni dia air tebu yg sedapppp.. manissss....


RM0.50 sebekas
Dadih pelbagai perisa yg lazattt..

Contact No : Suriza 012 - 367 3585

---------------------------------------------------------

5. Dessert2 yg sedapppp...

50 biji = RM35

Yang lain2 dessert leh jenguk blog Maklang Azie kalo mau order

---------------------------------------------------------

6. Dessert2 lagi, sedap2 sume.. ^__^

Ni budak bernama Pieza.. dia yg buat semua tu..


Ni contoh yg dia buat utk aku aritu.. sebijik RM30

Contact No : Pieza 012 - 544 2482

----------------------------------------------------------

7. Aiskrim King

Sewa freezer + kos pengangkutan = RM400


Minimum order 10 bekas aiskrim.. satu bekas RM25
RM25 x 10 = RM250
Total semua ( sewa + pengangkutan + aiskrim) = RM650

Contact No : Encik Helmy 012 - 320 7830


Harap dapat membantu kawan2 di luar sana yg tercari2 menu utk sebarang majlis...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...