Sebenarnya korang jugak leh google resepi2 lain yg ada kann.. kot2 la lagi best dari yg aku punya ni.. tapi aku just nak share style aku pulak.. mcm biasa, style aku mesti yg simple punya.. hehehe..
Meh kita lihat bahan2nya pulak.. gigih aku snap satu persatu guna iphone je.. so kualiti gmbr biasa2 jelah ye..
Bahan2 yg di perlukan ( utk 4-6 orang mkn ) :
Bahan utama mestilah beras !!
~ 6 pot beras wangi atau beras biasa ( basuh dan toskan ** aku basuh dan biar je dlm periuk nasi yg aku nak gunakan tu )
~ kalau guna beras basmathi sila rendam beras tu dlm 15-20 minit.. dlm resepi ni aku guna beras wangi jasmine aje..
3 sudu besar marjerin/buttercup
2 biji bawang merah besar size sederhana di hiris nipis
3 ulas bawang putih di hiris nipis
2cm halia di hiris ( aku hiris jd 3 keping je)
3 ulas bawang putih di hiris nipis
2cm halia di hiris ( aku hiris jd 3 keping je)
2 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga & kayu manis
2 biji buah tomato di buang bijinya dan di potong dadu
2-3 helai daun pandan di ikat/di simpul
Last sekali 6 pot air .. guna pot sukatan beras tadi.. lupa lak aku nak snap gmbr.. huhu
Selesai penerangan tentang bahan2.. meh lihat cara memasak pulak.. :
Dalam periuk lain, sila masukkan butter dan minyak sapi.. masak atas api sederhana..
Kemudian masukkan bahan2 hirisan td serta bunga lawang/kayu manis/buah pelaga.. tumis sampai bawang layu sedikit..
Kemudian masukkan pula buah tomato yg di dadu dan daun pandan.. gaul2 dan biar seketika sampai tomato tu layu2 sikit..
Lepas tu masukkan pula sos tomato.. kacau lagi..
Masukkan pula susu.. kacau rata..
Masukkan air..
Masukkan 2 ketul kiub pati ayam atau pun garam.. kalau tawar pandai2 la ejas ye.. takyah nak tggu menggelegak sgt.. bila dah secukup rasa sila tutup je api..
Lepas tu tuang aje ke dalam periuk nasi yg berisi beras td.. gaul rata dan masak nasi mcm biasa..
Kalau suka bawang goreng boleh la taburkan.. kalau tak suka tak payah.. masa nak gembur2kan nasi tu sila guna garfu ye sbb nak kasi struktur nasi tu nampak lawa sikit..
Pastu kalo nak sauk dlm pinggan barulah guna senduk.. kalau guna garfu gak sampai bila nak penuh pinggan tu kangg.. hehehhe..