NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Friday, June 01, 2012

MaKe OveR LaMaN LaGi

Cuti sekolah ni aku sibuk sikit.. sibuk siapkan tempahan biskut almond cluster yg aku buat kecil2an kat perumahan aku tinggal.. nak buat besar2an tak boleh sbb aku takde assistant melainkan anak2 aku je..

Mimpi le kalo nak harap budak kecik 3 org tu nak tolong aku.. tolong menyibuk boleh la kan.. kekekke..

Ohye, laman umah kami di make over lagi.. kali ni kami nekad nak cabut pokok buluh yg selama ni di tanam di dalam laman umah...

Cantek tu memang la cantek kannn.. tapi bila dia punya tunas makin tinggi, makin semak lak aku tengoknye.. bercabang2.. terus jadi tensyen..

Dah jadi satu hal lak nak cantas beliau tetiap bulan.. kalo tak cantas makin meninggi lak melebihi bumbung umah.. bkn main lagi ko ek buluh oittt.. tak baik meninggi diri tau.. ish ish ish..


Ni la hasilnya selepas pokok buluh tu di cabut.. terangggg sket kawasan situ.. kalo tak redupp ajelah sbb pokok buluh tu kan rimbunnn..

Masa proses pokok tu di cabut aku tak sempat nak snap sbb aku merayap pi kedai kot masa tu.. tau2 je dah togel dah laman tu.. hehehe..


Keliling tu kami tanam dgn pokok yg sama kat luar pagar..

Eh japp, bkn kami yg tanam, tukang kebun upahan yg tanam.. kami bg arahan aje.. kehkehkeh.. semuanya encik suami serahkan kat aku..

Dia suruh aku bg idea nak tanam apa kat situ.. aku lak jenis malas nak susah2 pikir terus mintak pokok yg sama je mcm kat luar umah.. settle.. hahahha


Rumput pun kami tukar balik kepada rumput philippine (filipina)..

Ni dah kali ketiga kot tukar rumput.. memula dulu rumput filipina.. pastu tukar lak kepada rumput mutiara.. pastu tukar balik rumput filipina..


Semua rumput baru di tanam semalam, tu yg bertompok2 taik unta lg tu..


Hero2 hindustan sedang membersihkan laman umah yg penuh dgn kesan tanah merah dan pasir.. errr aku tak pasti lak yg diorang ni single or available.. kuikuikui..


Cuci bersih2 ye bhaiyaaa....


Tinggi le bil air bln depan ni kang.. nasib baik bkn selalu..


Pokok buluh yg di cabut tu kami tak buang.. sebaliknya tanam kat laman sebelah umah kami.. korang dok situ dendiam yee..


Kitorang tanam jambu batu gak kat area situ..


Dah berputik pun.. sok dah boleh petik kot.. kahkahkah..


Pokok rambutan pun kami tanam.. ni di kira wakaf ni sbb di tanam bkn kat dlm kawasan umah.. takpe.. kongsi dgn jiran tetangga kannn..


Tu diaa.. pokok pelam pun ada.. cepat laaa berbuah pelam oittt.. dah masuk tahun kedua aku tunggu tauu..

Okeylah.. tu je nak citer.. kang citer lain aku apdet lain masa ye.. gile pemalas aku sekarang nak apdet blog.. haihhh laaa..


4 comments:

Nor Suhada said...

If berbuah lebat tu bestnya

rostina76 said...

Wah bagusnya kalau jadi jiran Ana, dapat merasa buah-buahan tempatan free. Btw mmg bagus idea u tu drp dibiarkan kosong kawasan tu. Lagipun bila ada pokok tu later in the future redup & sejuk sikit rumah2 disekitar situ.

*∽ IZAN ∽* said...

wah bestnya ada space nak tanam pokok buahan lagii!!! esok2 pokok dah besar anak pun dah besar leh lepak2 kat 'dusun' buah2an tuh kann ;)

Unknown said...

kak ana, nak tanye, antara rumput filipina dgn mutiara mana 1 yang ok, and easy maintenance?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...