NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Friday, May 11, 2012

SeLeSai SuDaH..

Semalam tghari aku pegi balai polis tun hs lee lg sekali dan buat kali yg terakhir (harap2nya gitulah).. aku gi sana sbb nak ambik keputusan kes berhubung kes kemalangan tu hari..

Sebelum tu mcm biasalah aku pi hantar anak2 aku ke sekolah dulu.. takkan nak ponteng lg kannn.. lepas je aku hantar anak2 aku, aku dgn ica terus berdezup gi balai polis yg tempatnya sgt sesak tu..

Kali ni tak sesat dah cumanya aku still harapkan gps la bantu aku kannn.. kalo tanpa gps komfem aku sesat..!! huhuhu..


Dah sampai punnnn..

Parking kat tempat biasa.. sejam rm3.. snap guna hp je takkan nak kuarkan kamera lak.. malu lak aku kang pak polisi tengok.. kekekke..


Snap guna henpon gak.. pura2 mcm aku taip sms la konon2nya.. banyak woo polis merata2 kat kawasan ni.. tu psl aku segan nak snap guna kamera.. dah namanya balai polis kann tentulah banyak polis.. hehehe..

Masuk dalam pi ambik nombor jap kat kaunter.. pastu duduk sat tunggu giliran aku di panggil.. ramai pulak orang awam dalam ni..


Duduk sambil curi2 snap gmbr.. kihkihkih..


nombor giliran aku..

Walaupun selang satu nombor, tp aku still kena tunggu dlm 20 minit gak kot sbb diorang nak sediakan segala dokumen yg aku nak... takpe, aku relaks je kali ni.. takde nak rushing2 pun..


Suasana dlm balai.. banyak lak org yg buat aduan kemalangan..


Setelah 20 minit menunggu akhirnya dpt gak borang keputusan kes...

Opkos la aku menang dlm kes ni.. hehehhe.. apapun Alhamdulillah selesai sudah segala urusan.. moga di jauhkan la dr perkara2 seumpama ini lagi.. Amin..

Sok tengahari kete merah aku akan masuk workshop toyota.. selamat berspa ye kete.. mekap cantek2 kasi hilang itu kurap kat body belakang.. =).. So utk beberapa hari ni aku pakai kete encik suami jelah.. yihaaaa...!!!



Tuesday, May 08, 2012

ABP2011 - PeNyaMPaiAN HaDiaH

Ni cerita smlm.. tghari semalam aku ke Holiday Villa Subang utk hadir ke sesi penyampaian hadiah pada para pemenang kategori artis dan pembaca bertuah utk ABP2011..

Ecehhh.. bercerita mcm le aku ni artis khennnn... hehehe.. Ni citer pendek je ni.. citer panjang dan lagi gmbr2 akan menyusul pada entry berikutnya.. tu pun aku akan apdet bila ada masa.. skrg aku sgt bz..


Majlis di adakan sebelah petang.. aku angkut anak aku ica je.. yg lg dua org tu anak buah aku tolong jagakan kat umah..


Ni meja aku duduk..

Meja ni berhampiran pintu masuk dan bersebelahan dgn meja buffet hi-tea.. tu yang best tuuuu.. bila berhampiran pintu masuk opkos la akan nampak sape artis yg kuar masuk kann..

Dan lg satu senang nak ambik mknn banyak2 sbb dekat dgn meja buffet.. ekekeke.. makan ajelah yg aku ingat.. hehehe..


Aku duduk semeja dgn datuk sheila majid.. =)


Aku dan ica.. pakaian macam biasa yg aku pakai hari2 pi hantar anak sekolah tu.. kehkehkeh..


Alololooo icaaa.. pandai senyum ehh sekarangg..


Ni barisan pemenang kategori artis..

Masa ni aku menyibuk menyelit antara wartawan yg sibuk snap gmbr diorang.. aku rasa aku je yang bkn wartawan kat situ.. aku kategori pengacauwan.. kahkahkah..


Sempat tau aku kacau datuk siti nurhaliza dan ahkak ziana zain yg sedang sembang2 sambil mkn2 tu..

" Assalamualaikummm.. boleh kacau tak..? saya nak ambik gmbr akak2 boleh.."
" ehh bolehhhhh.. sila-sila..." kata datuk siti sambil senyum2.. ecehhhhh..
" maaf ye kak sbb kacau mkn lak.. hehehe.."

Pastu apa lg.. bergambar le.. ambik dlm 3-4 keping gitu.. pastu salam2 jap.. lupa lak nak salam laga2 pipi gitu.. kalo tak leh gak menjangkit kulit diorang yg licin bersih tu... haihhh laaa..

Lepas salam datuk siti tanya aku..

" pemenang ke..? dapat hadiah apa..?"
" dapat hadiah rantai.. tp nak jual nih.. akak nak beli tak..??"

Hahahaha.. selamba badak je aku tanya datuk siti macam tu.. mencuba nasib kot2 la dia nak beli kan sbb aku memang nak jual pun..

Sebab kalo dpt tukar jd cash leh kongsi hasil dgn adik beradik.. kalo rantai tu payah sikit sbb takkan nak bg sorang 4-5 butir lak kan...

Tapi datuk siti tak beli sebaliknya dia buat muka terkejut + blurrr.. dan terus dia ketawa menganggap aku bergurau semata-mata.. padahalllll.. aku serius ni nak jual ni.. grrrrr... hehehhe..


Ni la hadiah set barang kemas tajaan rafflesia tu..

Hadiah ni aku kasi kakak ipar aku bawak balik kampung dan pakai dulu sebelum aku berjaya mencari buyer.. melaram la kejap kannn.. pastu kot2 ada yg nak beli kang boleh la jual..

Sape2 rasa nak beli leh email aku ye.. =).. kalau nak tau harga barang kemas ni korang leh google hadiah bg pemenang tempat ketiga utk pembaca bertuah abp2011..


Monday, May 07, 2012

ReSePi : BiSkuT aLMoNd CLuSTeR

Dah berminggu aku cuti apdet rupanya.. mood malas plus sibuk sgt2 lately.. tp dlm sibuk2 tu aku sempat masak mcm2.. hehehe..

Ni aku apdet dulu antara resepi yg aku buat beberapa hari lepas.. aku gigih masak tu ini sbb umah aku ni sentiasa ada tetamu yg dtg mkn.. hehehe..

Resepi ni aku dah pernah share dlm blog ni.. ni aku sharekan lagi tp versi yg berbeza dan paling simple sbb tak cukup bhn2.. kikiki..


Kali ni aku buat menggunakan almond yg mcm kat atas ni.. make sure di sangai dulu/dibakar dlm oven dulu tau.. yg takde oven leh sangai atas kuali non stick tanpa minyak..

Resepi Almond Cluster

Bahan2 :

~ coklat masakan secukupnya (bergantung pada kuantiti almond)
~ 2 sudu besar nutella (takde pun takpe)
~ almond

Cara2 :

~ Cairkan coklat secara double boiler.. tambahkan nutella.. dah sebati sila alihkan..

~ tuang aje badam yg dah di sangai td ke dalam coklat masakan tersebut..

Utk lebih sedap, gunakan dark coklat dan milk coklat.. boleh di dapati kat kedai bakery.. Tp kalau takde korang guna jelah coklat masakan bar yg ada kat pasaraya tu je..


Ni hasilnya lepas di satukan..


Boleh di tuang dlm paper cup kalau nak nmpk kemas..


Guna paper cup yg kaler hitam/gelap2 sikit baru lah biskut tu nampak exclusive.. Boleh jugak kalau tak nak guna paper cup.. just sudukan letak atas dulang..




Pastu sejukkan dlm peti ais jap kasi coklat tu cepat sejuk.. takyah lama2, dlm seminit dua je dah keras dah coklat tu.. hehehhe..


Siap sedia utk di simpan dlm balang atau pun dlm perut.. muehehhehe..

Nak lg cantek, korang hias dgn coklat putih.. korang double boiler kan coklat putih tu, masukkan dlm piping bag, gunting hujung piping bag tu sikittt je, pastu lorekkan2 atas biskut td.. siappp..

Aku tak buat sbb takde coklat putih.. sedihhh.. terus kurang lawa biskut aku.. tp cayalah, biskut ni memanggg sedap..

Saturday, April 28, 2012

SuSaHNyA BiLa DaH XciDeNt Ni

Okey.. meh aku citer sambungan pasal xcident tu hari.. aku xcident 17hb april (selasa) jam 8 - 8.30 malam mcm tu.. asalnya mamat cina tu ckp kat aku dia mintak settle luar dan dia nak tanggung semua kos baik pulih kete aku.. katanya..!!

So di sbbkan dia kata dia nak tanggung segala mak nenek bil, aku pun hari berikutnya (rabu) pi sekolah hantar anak2 aku mcm biasa walaupun baru lps xcident.. alaaa, bumper je yg teruk kan, kete still boleh gerak lg.. maka ke sekolah lah kita..

Dah lps hantar anak2 pi sekolah, aku terus menuju ke sri gombak dgn ica.. aku pi bengkel kete yg encik hubby arahkan utk check berapa jumlah kos kerosakkan yg akan di bayar oleh mamat cina tu nanti..

Owner bengkel tu cakap total around RM1k.. tu semua utk keje2 ketuk balik bumper yg kemek dan touch up balik yg sopak2.. nak tukar bumper baru boleh aje, tp kos mahal sikit la kan.. kang ternganga mamat tu nak byr lak kang..

Tp aku tak tinggal kete terus la kan.. kalo tinggal kang camne aku nak balik umah lak.. aku gi situ hanya utk tau jumlah kasar bil baik pulih aje..

Lepas dah tau anggaran kasar bil, aku call mamat cina tu dan bgtau dia jumlah yg dia kene sediakan.. bila aku bgtau je jumlah yg dia kena tanggung terus terdiam mamat tu.. dia kata dia tak mampu nak bayar pulak..

Aku pun cakap laaaaaaaaaaaa.. macam tu pulakkkkk.. kata boleh aje bayar berapa yg kena pun kannn.. tu pun sib baik aku tak mintak tukar bumper baru.. aku pun tanya la berapa yg dia sanggup bayar.. dia cakap dlm rm300 je.. itu pun dah kira mahal gak tu katanya.. huhuhu.. nanges...

Terus call hubby ngadu2 jap lepas dapat jawapan mamat cina tu.. hubby aku cakap kalau mamat tu bayar separuh dari kos baik pulih tu pun kira okeylah.. yang lain kitorang bayar sendiri.. tp bila aku bgtau mamat cina tu dia cakap dia tak mampu..

Aku nak buat macam mana kann, dah dia betul2 tak mampu sbb dia kata kete dia sendiri kena dlm rm5k.. aku memang kesian jugak kat dia.. tulah, sape suruh langgar belakang kete aku kan.. len kali bawak le hati2 sikit.. lorong perlahan pun nak bawak laju2.. haihhh..

Bila dah jadi mcm ni sape yg susah, aku pun susah gak.. last2 dia cakap dia suruh aku pi buat report polis aje utk claim dia punya insurans.. cehhhh.. masa xcident tu bkn main lagi ko cakap nak settle luar.. sudahnyeeee... huhuhu..

Dia cakap kalo report polis aku leh mintak ganti bumper baru terus.. lg puas hati.. yeeee.. memang le puas hati.. masalahnya aku tak berpengalaman nak pi report polis molis ni.. pastu pulak, balai polis yg aku kena pi buat report tu harammm aku tak tau jalannya..

Cakap kat hubby yg aku tak dapat nak ambik budak2 sbb macam tak sempat je nak pi balai polis kalo tunggu budak2 abis kelas.. sebabnya masa tu dah nak kol 4 petang.. pastu pulak aku cuma ada masa 4 jam je lg sebelum kol 8 malam sbb report tentang sesuatu kemalangan kena di buat dalam masa 24 jam..!!

Dah le aku tak tau jalan lak tu.. gps memang la ada.. cuma yg jd masalahnya skrg ni gps aku tak leh nak cas sbb pengecas dlm kete tu rosak lak.. time2 gini lah nak rosak punnnn.. tp aku gi sana guna gps gak tu pun berbekalkan bateri yg tinggal berapa persen je lg.. huhuhu..

Budak2 sekolah hubby yg ambik dan bawak ke opis.. hubby tak dpt nak teman aku pi balai polis sbb dia bz sgt masa ni.. aku cuma bawak ica dan adik pompuan aku sbg teman aku pi balai.. ica lak kejap2 melalak sbb dia sgt bosan terikat kat belakang sorang2..

Jalan petang tu agak jammed teruk.. satu di sbbkan hujan ribut yg lebat sampaikan jalan raya pun leh banjir macam sungai, byk kete yg tersadai sbb arus air dlm dan deras.. mujur aku dok lane paling kanan..

Pastu jalan masuk kl bertambah jammed di sbbkan kemalangan maut.. aku betul2 nampak mayat tu sebelah aku masa melalui jalan tempat kemalangan tu.. huhuhu.. sedih + seram sejuk pun ada.. masa makin pantas berlalu.. tp aku masih tak sampai2 lg kat balai polis yg di tuju..

Dalam hati tak henti2 doa agar gps aku tak mati sblm sampai balai polis.. kalau la gps aku mati, mcm mana aku nak pi sana kan.. kiranya hilang arah tujuan la kan.. huhu..


Sekalinya lagi 8km dah nak sampai tetiba gps aku gelap...

Halamakkkkk... bateri kong la pulak.. aku cuba gak on balik tp pastu terpadam balik.. menggelabah terus aku tau.. maunya tak menggelabah.. dah le jalan masa ni banyak susur keluar sana sini.. mana satu aku nak ikut pun aku tak tau..

Aku jalannn je ikut signboard yg arah ke kl.. aku memang serius tak tau kat mana balai polis tu.. balai polis yg aku kena pegi ialah balai polis tun h.s lee... yg aku tau org kata tempatnya terceruk kat celah2 bgnn area chowkit, area2 pasar seni katanya.. huhuhu, mana lah aku tau kann..

Makanya jalan punya jalan punya jalan jelah.. call hubby cakap gps mati dan aku total lost dah masa ni.. tak tau nak tuju mana sbb aku asyik berpusing2 sekitar jalan bukit bintang, hubby pun terus bg direction suruh ikut google maps.. okey.. masih ada cara lg rupanya..


Dari gambaran google maps ni nampak macam mudah je kan.. tp bg aku yg jarang guna dan jarang masuk kawasan kl yg sesak2 ni memang sgt susah lorr..

Kl jgn buat main2 woo.. silap jalan terus harung jemmmm.. dan itu yg aku dapat.. aku tersalah masuk jalan.. aku termasuk jalan p.ramlee kot yg berhampiran kl tower dan bangunan kfc tu.. mak aihhhh.. bapak gile jem.. jem tak bergerak okeyyy..!!

Ica melalak tak benti2.. mujur ada adik pompuan aku yg leh layan ica.. dia riba ica jap sbb budak tu dah penat sorang2 dok belakang.. tambahan lak dia kelaparan masa ni.. dlm kete lak takde bekalan makanan selain gula2.. so sumbat ica mkn gula2 jelah.. huhuhu.. sian ica..

Sabar mengharung jalan yg penuh sesak.. sebenarnya hilang sabar gak benonye.. patutnya dah lama sampai kalau gps tu masih hidup lg.. sbb gps mati aku melilau2 sekitar kl berjam-jam.. dari kol 4 ptg aku bertolak dr damansara, dah hampir kol 7 malam aku masih tak sampai2 destinasi lg.. huhuhu.. gile tak gile kannn..

Pastu aku berdepan lg dgn satu masalah besar.. dlm tengah tersangkut kat traffic jammed tu, aku rasa sgt2 nak terkucil.. sebenarnya dah stgh jam gak aku menahan sbb cuaca sejuk gara2 hujan kan.. pastu jalan jammed lak, stesyen minyak pun tak kelihatan.. kete lak bergerak sikittt je.. benti paling lama.. kete bergerak 2km/j je tau.. camne nak sampai kalo mcm tu.. laju lg org berjalan..

Makin lama aku makin tak mampu nak tahan rasa nak buang air kecik.. kalo buang air besar boleh lg kalo nak tahan.. ni tahan kencing sampai senak perut aku .. aku ckp le kat adik aku camne nih.. huhuhu.. tandas pun tak nampak.. jalan tak bergerak2.. last2 aku terpaksa pinjam pampers spare yg aku bawak utk ica.. pampers mamypoko.. hahahha..

Malas aku nak citer detail.. paham2 jelah kan kalo dah terpaksa pakai pampers ica tu.. darurat okeyyy..!! huhuhu.. memang pengalaman yg aku takkan dpt lupakan lah.. sob sob sob.. perjalanan mencari balai polis masih di teruskan sbb tempoh 24 jam dah nak abis..

Sekalinya lg sekali aku di uji.. hp aku mati lak.. bateri abissss... uwaaaaaaaaaa... aku hilang arah lg sekali.. hp adik aku takde google maps pulak.. maka aku sekali lg berpusing2 dlm kl tu.. merayap sampai menara maybank, pastu pusing punya pusing boleh pulak termasuk ke bangunan parlimen.. bapak jauh aku tersesat.. pusing balik tuju ke kl..

Jam dah kol 8 lebih dah masa ni.. dah abis tempoh 24 jam.. tp aku tetap tak putus asa.. aku ada sms kat hubby sblm bateri hp aku mati.. aku bgtau kat hubby yg aku masih sesat.. rupanya mesej tu tak sampai pun kat hubby.. huhuhu..

Mujur tergerak hati aku suruh adik aku sms hubby lg sekali bgtau kami masih sesat.. terus hubby call hp adik aku.. hubby aku mengucap panjang sbb dia mati2 ingat aku dah selamat sampai kat balai polis buat laporan.. rupanya masih sesat.. syukur sgt2 sbb ada adik aku dan hp dia masih leh di gunakan.. kalau tak memang aku bertambah hilang arah.. dah la kelaparan..

Last2 hubby aku suruh aku tunggu kat satu tempat yg dia boleh carik aku dan guide aku pi balai polis.. hubby aku ni kannnn, cubalah dr petang tu buat mcm tu kan senang.. takdelah aku ni sesat barat.. uwaaaa...

Aku pun tunggu encik suami kat dpn the mall.. aku benti depan bus stop.. 15 minit kemudian encik suami sampai dgn di temani kwn dia.. anak aku yg lg 2 org tu pun ada sekali.. ica menjerit kesukaan dpt jumpa kakak dia.. dia punya suka mcm la setahun berpisah.. padahalll.. hehehe..

Aku suruh hubby aku drive kete aku sbb aku dah keletihan memandu dlm jem.. kete hubby kawan dia pandu.. kami bergerak sama2 gi ke balai polis.. kwn hubby tunjuk jalan.. last2 sampai gak ke destinasi yg di tuju.. zass aku terus masuk dlm kawasan balai polis tu sorang2 sementara hubby aku pi cari parking.. kawasan situ memang susah carik parking.. sesak gile..

Aku yg pestaim gi balai tu terpinga2 nak buat camne dan masuk mana.. pi jap kat pondok pengawal.. tanya polis yg jaga kat situ kat mana nak buat report.. dia punya jawapan mcm nak taknak je.. aku tanya elok2 tu jawab la baik2 dan berhemah sikit kan.. grrrr..

Terus aku masuk dlm bangunan tempat buat report.. lg sekali aku terpinga2 nak buat camne.. time ni ada satu polis ni berdiri kat satu sudut.. aku tanya dia camne ehh nak buat report kemalangan.. alhamdulillah, beliau sudi bantu aku.. pas tulis maklumat kat borang report, terus ambik nombor dan tggu giliran..


Ko tengok jam tu dah pukul berapa.. dah kol 9:04 minit kannn.. huhuhu.. mampos akuu kena sound nih..!!

Masa ni tetiba hubby aku dtg teman aku buat laporan.. sambil2 menanti giliran tiba kami berdua sembang2.. hubby aku cakap macam manalah boleh sesat mcm tu sekali kann.. 4 jam lebih aku sesat..

Kalau nak ikutkan dah boleh sampai johor dah mcm tu kata hubby aku.. cehhh.. macam le aku ni pakar jalan dlm kl ni.. kan keje aku cuma hari2 gi sekolah - giant - jusco - rumah.. tu pasal aku sesat.. kalau la pengecas dlm kete tu tak rosak komfem aku tak sesat sbb gps masih leh di gunakan.. huhuhu..

Sampai je giliran terus buat laporan.. encik hubby tolong taip kat komputer sbb dia menaip lg laju dr aku.. hihihi.. lps siap laporan berkomputer, terus di arahkan naik tingkat 1 bilik C utk jumpa sarjan berkaitan..

Masa ni pun hubby aku teman sekali.. bila ngadap je sarjan tu aku dah tau sarjan ni macam garang.. dia tanya kenapa aku lewat buat laporan dr waktu 24 jam yg di tetapkan.. dia cakap aku boleh di kenakan saman rm300 sbb kesalahan lewat melaporkan.. pulakkk..

Terus aku merayu mintak jgn le saman aku sbb aku tak tau pun leh kena saman kalo lewat.. aku dah bersusah payah okey nak sampai kat tempat ni utk buat laporan elok je nak saman aku kan.. mcm2 yg aku hadapi tau tak.. huhu.. mujur sarjan tu tak jadi saman.. dia bg chance la kiranya kan.. heheh..

Ada perdebatan sket masa ni dgn sarjan sbb dia tak terima alasan aku sibuk.. sbb malas nak berdebat panjang lebar dan penat tak hilang2 lg.. aku terima jelah sarjan tu punya penerangan.. yelah.. aku salah..

Geram pun ada gak masa ni sbb kesalahan org lain buat org lain mcm aku ni jadi susah.. takpelah, ni ujian buat aku.. redha jelah.. Pesan aku kat korang, kalau hadapi kemalangan dan apabila org yg melanggar korang tu mintak settle luar, korang jgn layan... teruskan je buat report polis.. senang..

Jgn jd mcm aku yg terima bulat2 ckp mamat tu sedangkan dia dah pi buat report dulu rupanya dr aku.. cehhhh.. hampeh betul..


Ni borang report yg aku tulis..

Okey.. masa ni dgn konfidennye aku letak plat mamat tu BGM.. lepas settle mengadap sarjan tu terus turun bawah lak utk uruskan ambik gambar kete..

Haaa yg ni aku nak komplen sikit.. tolonggggg lah layan orang dgn berhemah sikit ye pada yg tukang ambik gambar tu.. aku punyalah senyum dan tanya baik2.. yg ko bercakap mcm nak marah org tu kenapa.. aku bukannya penjenayah pun.. tak manis sgtkah senyuman aku nih..

Kalau taknak balas senyuman pun tp bg muka yg mesra alam sket pun apa salahnya.. ni buat muka mencuka dan jawab pun garang2 watpe kann.. tau la ko penat tp please la jaga adab sikit kan.. terus aku pun buat muka meluat.. malas nak senyum dgn org2 cenggini..

Settle je ambik gambar terus berambus balik.. balik opis hubby dulu sbb nak hantar kwn hubby yg temankan kitorang td.. pastu baru balik umah.. hubby aku bawak balik apis, aku bawak anak2 aku yg lain sbb aku nak pi singgah kedai mknn jap tapau mknn.. lapar sgt masa ni..

Malam tu aku tak leh nak tido sbb seakan2 mcm ada tak kena je dgn laporan polis tu.. terus aku check2 balik apa yg tak kena.. rupa2nya aku tersalah bg nombor plat kete mamat cina tu.. ahhh sudahhhhh...

Terus aku call balai polis tu even masa tu dah kol 1 pg.. diorang ckp aku kena buat laporan baru.. hurmmm, nak taknak aku kena buat report baru..

Pg hari khamis tu aku pi balai polis dlm kol 11 pg dr umah.. kali ni gps dah cas awal2 dah sbb maklumlah dlm kete aku kan takleh nak cas.. anak2 aku terpaksa tinggal kat umah sbb diorang demam panas la pulak.. mungkin sbb terkena hujan smlm kot.. mujur ada adik pompuan aku tu tolong jagakan kat umah..

Lega sikit sbb gps ada.. harap2 tak sesat lg lah kan.. tp kan gps ni memang buat aku geram laaa.. ada ke patut gps tu bawak aku jenjalan pusing2 depan sunway piramid lak.. huwarggghhh.. geram gile.. merayau2 aku sekitar puchong lepas tu.. mana punya jalan daaa gps ni bg.. geram aku..

Sejam stgh gak le baru aku sampai ke balai polis.. hampeh betul gps ni tau.. mujur sampai gak sblm waktu urusan kat balai polis tu tamat sbb aku nak ambik surat laporan terus masa tu..

Kali ni aku dah terer sikit cara2 buat laporan.. aku terus cakap aku nak buat pembetulan nombor plat org yg melanggar tu.. sbnrnya bukan BGM.. yg sebenarnya BGN.. salah satu huruf aje pun.. tp kalo tak betulkan aku tak dpt nak claim insurans kang..


Selepas pembetulan.. huhuhu..

Aku ingat lepas buat pembetulan kat kaunter tu terus la dpt surat laporan kan.. rupa2nya aku kena jugak pi mengadap sarjan yg sama.. mujur mood sarjan siang tu elok.. boleh pulak dia sembang2 gelak2 dgn aku.. hehehe.. nasib baik tak kena bebel.. hilang sket sakit hati pada anggota yg kerek2.. =p

Settle je jumpa sarjan aku boleh tggu giliran utk ambik surat salinan laporan polis.. sembang2 jap dgn yg tukang bagi salinan laporan tu.. pas dpt salinan terus je balik dgn senang hati sbb boleh terus berjumpa dgn org insurans utk tunjuk surat laporan polis tu..

Sekalinya kannnnn, org tu salah print laporan.. dia bg aku laporan asal yg salah, laporan yg aku buat mula2 tu lah.. aku perasan pun lepas org insurans tu komfemkan dgn aku betul ke kete yg melanggar tu plat dia BGM bla bla bla.. aikkk.. bkn ke aku dah betulkan laporan.. tak pasal2 aku kena pi balai polis lg sekali esoknya..

Maknanya 3 hari berturut2 la aku kena pi balai polis.. hiarghhhhh... pasang khemah jelah kot kat situ senang kan.. takyah ulang alih betulkan laporan.. huhuhu..


Dan hari jumaat aku pegi lg.. sob sob sob..

Kali ni urusan cepat sikit sbb ambik surat laporan aje kann.. pastu terus balik umah jap ambik anak2 yg demam.. bawak diorang sekali pi jumpa org insurans kete..

Settle je serah borang tu ini terus balik umah.. letih gile 3 hari berturut2 uruskan hal kete.. tp sampai sekarang kete lom pulih lg sbb tggu stok bumper baru sampai..

Haihh.. payah betul rupanya ehh.. takpe, pasni dah tau dah apa yg nak di buat kalau berdepan dgn situasi mcm ni.. sorry la kalau panjang lebar lak citer kali ni.. hehehhe


Wednesday, April 25, 2012

UpiN & iPiN ThE MuSiCaL

Teater yg sangat2 anak2 aku tunggu2.. dan ni adalah pestaim aku bawak anak2 aku tengok teater dan pestaim jugak kami ke istana budaya.. pegi ke sana tanpa hubby..

Asalnya memang nak snap banyak gambar sebagai memori.. tapi tulah.. gara2 eksiden terus terbantut mood nak snap gambar banyak.. down terus.. haihh.. tp dalam down2 pun masih boleh gelak ketawa layan teater dengan anak2.. besttt..


Sape2 yang belum pegi masih boleh pegi sbb masih ada masa sehingga 7 mei.. bawak la anak2 pi sana wehh..

Memang budak2 akan rasa seronok.. cuma khabarnya 28 April ni pementasan di tangguhkan gara2 perhimpunan Bersih..



Pestaim aku dengan anak2 jejakkan kaki kat istana budaya.. memang takde mood la nak snap gmbr bagai.. kepala hotak masa ni tengah tension giler.. hehehhe


Tiket kami.. 4 tiket semuanya, tp ni je yg sempat di snap..

Utk makluman, harga tiket bermula dr RM33.. paling mahal RM453.. utk lebih lanjut korang leh rujuk kat link TICKET2U


Kami ambik seat yg rege RM86.. tu harga termasuk tax..


Apa2 hal bergambar dulu sebelum masuk.. snap guna hp je.. apesal ntah aku malas betul nak kuar kamera masa ni..


Anak2 aku semua berbaju lengan panjang sbb kat dalam tu sejuk sgt nanti.. tak tau le kalau korang rasa panas lak.. tp bg aku lama2 makin sejuk lak dok dlm tu..


Bergambar kat dlm sebelum tayangan bermula.. anak2 aku sgt teruja okey.. sibuk tanya mana upin dgn ipin.. bila upin ipin nak kuar.. haihhh.. penat nak jawab..

Ramai gak org masa ni walaupun hari bekerja.. seat aku ni selang 4 baris je dr pentas.. kalo utk ketinggian macam aku ni sesuai la kot, tp utk anak2 aku mcm kesian lak sbb diorang terpaksa panjangkan leher utk dongak2 jenguk apa yg ada kat pentas..

Maklumlah seat mendatar.. kalau dok belakang2 sket okey kot sebab seat tu tinggi sket.. tp sepanjang teater tu berlangsung, aku suruh anak2 aku panjat kusi je.. asal tak halang pemandangan org belakang sudah..

Sebarang rakaman gmbr menggunakan hp atau kamera adalah di larang sama sekali semasa teater sedang berlangsung ye.. hanya pihak media je di benarkan.. tu pasal aku takde byk gmbr.. hehehhe..

Persembahan di mulakan dgn nyanyian dr maskot2 watak dlm citer upin ipin dgn semua pelakon yg terlibat.. masa ni jenuh aku nak ingat setiap karektor bg setiap maskot.. watak upin ipin tu aku dah tau, cuma watak kawan2 upin ipin yg lain tu je jenuh nak ingat.. hehhe..

Aku paling suka watak abg salleh atau pun abg sally.. comelnye pelakon diaaaaaaaaa... mcm betul2 real abg sally laa... hahhaha.. cute giler muka beliau..

Suara dan muka setiap watak boleh di katakan semuanya sama cuma anak2 aku tak boleh terima watak upin ipin tu sbb muka diorang lain katanya dr yg diorang tgk selama ni.. hahahha.. sabar jelah..

Jenuh aku terangkan yg tulah upin ipinnya.. hahahha.. lama kelamaan baru diorang leh biasakan dgn watak upin ipin yg real..

Persembahan memang byk dgn nyanyian.. babak cerita yg paling aku suka ialah bila doktor gigi dtg sekolah.. sebijik okey suara doktor tu mcm dlm citer upin ipin..

Ada satu babak citer yg mana agak suspen sket bg budak2 sbb babak tu buat anak aku si ica menggeletar dan nak menanges.. sgt kuat dia menggeletar okey.. dia peluk aku kuat2 masa ni..

Dalam babak tu byk maskot labah2 dgn bunyi yg agak seram.. lg menambah ketakutan ica ialah bila watak labah2 tu turun pentas pegi kat setiap ceruk penonton utk carik upin ipin and the geng yg lari..

Mau tak menjerit si ica bila salah sekor labah2 tu menuju kat seat aku.. aku peluk ica kuat2 dan sorok dia dalam tudung aku.. ekekkek.. memang menggeletar abis la ica... penonton2 pun menjerit2 masa ni sbb tetiba ada labah2 turun dr syiling atas.. hahhahaha.. sabarrrr jelah..

Mujur ica tak meragam nak balik ke hape ke kan sbb pastu babak cerita terus ceria dan hepi2.. hehehhe.. di sbbkan labah2 tu menakutkan ica, setiap kali watak labah2 kuar pentas ica mesti jerit " taknak labah-labahhhh.. ica takuttttt..."

Teater berlangsung hampir 2 jam kalau tak salah.. ohye, sape2 nak masuk sini pakaian kenalah kemas.. selipar di larang rasanya utk org dewasa.. anak2 aku pakaikan sandal lepas lak.. apa2 maklumat atau info korang klik jelah kat link yg aku kasi tu ye..


Habis je teater kami terus keluar.. pi toilet dulu sebelum balik..

Lepas gi toilet anak2 aku bising2 nak beli tu ini sbb kat ruang legar dlm tu byk booth2 yg jual barangan upin ipin.. rambang mata bebudak ni..

Aku layankan jelah tp aku arahkan beli satu je.. takmo beli macam2.. aku masa ni sibuk nak balik je sbb dah kol 11 malam kan.. dgn jiwa kacau lg masa ni.. hehehhe..

Dan anak2 aku nasib baik menurut perintah walaupun pada mulanya mcm2 le yg diorang mintak aku belikan.. haipppp.. kalau ada apak korang takpe le.. hehehhe..


Ni le yg anak2 aku beli sorang satu.. set alat tulis.. ica pun beli gak..

Murah je set ni.. dlm rm18 rasanya... oklah tu kan.. ada gak ole2 yg anak2 aku boleh bawak balik.. sblm balik anak2 aku ckp leh tak nak dtg tgk upin ipin lg.. ewahhhhh... tggu mood mak korang dah okey ye..

Selagi kete lom nampak cun macam asal, mood mak korang takkan rasa best.. hahhaha.. So korang apa lg, pi la bawak anak2 tgk upin ipin.. ada had umur rasanya.. bawah 2 thn di larang masuk..

Okey.. tu je nak citer.. seminggu tak apdet sbb nak pulihkan semangat.. hahaha.. kang nanti aku citer pasal kete aku lak..

Ada kesinambungan dr kejadian tu yg buat aku lg tensyen.. grrrrr.. tu psl aku tak sempat2 nak apdet blog tu..


Wednesday, April 18, 2012

KeReTa Ku KeNa LaNggaR

Ni cerita malam td.. kejadian berlaku lebih kurang jam 8 malam.. masa ni aku ontheway gi ke Istana Budaya utk bawak anak2 pi tgk teater upin dan ipin.. dlm keadaan yg baru lps hujan masa tu, jalan agak licin.. dan aku berada di lorong kiri sekali dr 3 lorong..

Jalan jammed masa tu dan pergerakkan pun slow aje dlm 30-40km/j.. ntah macam mana ntah kete aku dah benti masa tu sbb kete depan pun benti gak pasal jammed, tetiba bammmmm.. aku terus tersengguk ke depan..

Hambekkkk.. kete aku kena hentam dr belakang rupanya.. tergamam jap.. pandang anak2 kat belakang semua okey.. masing2 tak tau yg kete kena langgar, yg diorang tau cuma cakap cepatla makkk, nak tengok upin ipin ni..

Memandangkan kete kena langgar, takkan nak teruskan perjalanan lak kan.. terus aku on hazard light dan bergerak lg ke depan cari tempat yg sesuai utk benti.. agak2 la kan nak benti kat lorong kiri tu.. mau kena maki dgn pengguna jalan lain kang sbb bikin lg havoc dan jammed..

Mujur kat depan tu dalam 100 meter lebih kurang ada kedai perabot.. so benti parking dpn kedai tu jap.. org yg langgar tu pun benti gak..

Elok je aku kuar kete mamat chinese tu berkali2 cakap sorry2 saya salah.. sorry saya salah.. aku angguk aje dan terus gi tgk keadaan kete aku..

Dalam keadaan yg tak berapa nak terang kat situ dan bercahayakan lampu2 kete yg lalu lalang, aku check2 kete aku.. nampak mcm calar2 aje..

Apapun langkah pertama yg di buat masa ni ialah mintak ic dia.. salin nombor ic dia jap.. pastu mintak business kad dia pulak.. check2 ada nombor hp dia ke tak.. kalau ada ok.. pastu mamat chinese ni merayu mintak settle luar aje.. dia cakap dia leh tlg bayar total baik pulih kete..

Hmmm.. terus aku call encik suami.. mau tak terkejut encik suami bila dapat tau kete eksiden.. pulak tu dah nak hampir sampai pun kat istana budaya masa ni.. lg 5km je kot.. huhuhu..


Mamat chinese tu sedang kena tarbiyah dgn encik hubby.. hehehe

Pung pang pung pang diorang menyembang, yg aku dengar mamat chinese ni cakap dia yg salah dia yg langgar.. good..

Senang cite la kalo camtu kan.. takdelah laki aku anggap sbb kecuaian aku.. lorong kiri tu wehh.. kan lorong perlahan je tu.. lain la lorong kanan, ada gak boleh buat andaian aku bawak laju ke tak kan..

Lepas settle diorang bercakap kat tepon, aku tanya mamat chinese tu balik apa encik suami aku cakap.. encik suami aku cakap minta dia tanggung semua total bil kat bengkel kang.. dan dia pun setuju..

Asalnya mamat chinese ni ajak pi bengkel yg dia biasa buat.. tp sorry la, encik hubby dah ada tempat bengkel yg dia suka.. tak kose dia nak pi bengkel lain yg dia lom tau kualiti hasil baik pulih tu kang..


Keadaan kete aku.. snap dlm keadaan yg samar2.. nampak mcm tak berapa serius je kan..


Nampak je macam tak serius..

Bila check betul2 baru tau bumper tu berlekuk2.. sopak2 kete aku.. hubby kata ni mau kena ketuk dan cat ni.. tak pun tukar bumper baru je terus kalau nak nampak lawa balik.. haihhh..


Dan ni lak kete mamat chinese tu.. mujur kete dia jenis kelisa.. kalau mpv mau lg kemekkk kete aku.. huhuhu..

Aku snap guna hp je masa ni.. gmbr2 lain tu aku snap guna kamera biasa.. kamera memang sentiasa ada dlm beg kan.. mesti hairan kot mamat chinese tu sbb siap ada kamera bagai.. kehkehkeh..

Cuma nak ambik gmbr kerosakkan kete dia je tak sampai hati guna kamera.. pakai hp je snap, baru nampak tak ketara..


Ni snap pg2 td..


berpanau2 berkurap2 kete..


berlekuk2..


Tengah pilih waktu sesuai utk hantar bengkel ni..

Apapun plan malam td utk tengok teater upin ipin tetap di teruskan.. anak2 sangat terhibur.. yg tu nanti aku cerita.. hubby tak dapat pegi sbb dia terlampau sibuk kat opis..

Lgpun dah janji dgn anak2 dr bln lepas lg nak bawak pi tengok upin ipin kan.. tu yg tunaikan gak tu.. hari weekend komfem penuh kot..

Apapun syukur Alhamdulillah anak2 takde apa2.. tak panik pun masa alami kejadian malam td sbb dah pernah lalui perkara mcm tu masa bawak myvi dulu kan.. mujur kos perubatan kete ni di tanggung mamat chinese tu.. legaaa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...