NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Saturday, November 15, 2008

DinneR @ One World HoteL..

Asalnya nak pi Ikano..Teringin nak mkn kat Manhattan Fish Market..Tup2 hubby ada calling from klien dia..So terus carik tmpt yg proper sket utk perbincangan..Tmpt yg paling dkt dgn rumah kami ialah One World Hotel..So situlah tmpt kami dinner td..mkn stlye buffet..

Ni dpn pintu masuk cafe tu..cantekk..!!

Kebetulan ada abgku dan adik pompuanku dr kampung dtg..Anak angkat mak pun dtg..So mmg langkah kanan la diorg..Hafiz dgn Ain pun seronok sbb ramai yg melayan..Senang sket tak pyh lenguh2 tgn aku dokong diorg..hihihi..

Hafiz mengantuk sbb dah berjaga 7 jam..



Hubby time ni baru abis bincang dgn klien..Kitorg dah ulang-alik byk kali kat kaunter mknn..Hubby baru nak start mkn..ekekekeke..mknn mmg sedap2 sume..semua jenis mknn ada..itali ada, chinese ada, sushi pun ada..strawberry coklat pun ada..sume sedap..rege not bad..xla semahal Shangri La..


Hafiz dgn abgku..Fauzi..


Ku mmg tak ada gmbr langsung time ni..terlupa suh diorg snap..hihihi..xpe..malas nak bergambar bila sibuk hadap mknn..eekkekeke..


Ain tgh mengunyah mknn..

Dr kiri : adik ppuanku, abgku dan anak angkat familyku..
Masrun @ayun..still bujang dan available..Pengarah LHDN tu..


Suka budak ni kene dokong..

Amboi..seriesnya anak dara mak ni..!!

Budak debab ni..


Kami beransur tepat jam 10.30 pm.. ekekkee.. x sia2kan masa langsung.. kamilah yg last kuar dr kafe tu..apapun One World Hotel mmg cantek la..deko dia mengagumkan..al jakun sikit sbb pestaim dtg situ wlpun dekat dgn umah..dek krn hubby ada meeting je tu..kalo tak kami pi Ikano je..hihihi..Okies..cite dah tamat..nak tidooo..bye2..!!

Friday, November 14, 2008

SuAmi dan IsTeRi..

Suami & isteri ingatlah…

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak
sehebat Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah..

Renugkanlah…..

PeRiNgaTaN Utk KauM LeLaKi

Dpt ni dr blog kawan..so tertarik dgn isinya ku pun paste kat sini juga..

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias ! rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax seda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan beda l semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ‘degil’ tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman

‘Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan’

Thursday, November 13, 2008

Jamuan..

Smlm terlebih rajin lak nk buat mkn2 kat umah..
tp jemput 6 org je kwn opis hubby..
stlh berhempas pulas bertarung di dapur,
dgn budak2 yg mengacau lg..
akhirnya tepat jam 8.50 mlm sume siap terhidang..
jamuan ringan tu kol 9 mlm..

Sume berjln lancar..
sume happy time mkn..
ku masak simple2 je..kuah lodeh..kari ayam..sambal kacang..
mee goreng dan nasi impit..
dessert aiskrim dgn buah2 je..
ku goreng kopok lekor tganu dan juga kentang..

sume beransur pulang jam 12 tgh mlm..
pastu sesi kemas semula..
tolak balik meja mkn ke tepi dinding..
kang sempit lak budak2 nk main..
kol 1 pg baru settle dan terus tidokan anak2..
budak2 ni xleh tido tanpa maknya..ish2...

**gambar xde sbb malu nak snap..sume laki2 kwn hubby tu..

Monday, November 10, 2008

Inilah Bakal Rumah Kami..

Alhamdulillah..setelah bermacam rintangan ( ecehh..) dan dugaan akhirnya kami dpt jugak memiliki rumah sendiri yg bkl kami duduki setelah siap kerja2 renovation..renovation pun lom bermula lg..hihihi...rasanya pas daku bersalin agaknya br leh dok umah ni..InsyaAllah..

Sblm ni ada sebijik umah yg mmg menarik pd pandangan kami..tp sbb title umah tu strata dan ada lain2 mslh yg perlu di tangani so kami wat keputusan utk cancel je beli umah tu..mungkin bkn jodoh kami dgn umah tu..Tp Alhamdulillah..pencarian kami berhasil..

Rumah ni terletak di Sunway Alam Suria..bersebelahan dgn Cahaya SPK..dan rumah ni dah siap serta dpt CF..skrg dlm proses tunggu kunci smpai ke tgn kami dan slps tu brlah kerja2 renovation akan di mulakan..rumah ni type semi detached..ada 5 bilik 3 bilik air..dan corner lot..rege biarlah rahsia..hihihi..kang ada yg kata riak lak..tidak sama sekali..sbb aku bkn begitu..

Kerja2 pemerhatian sdg di jlnkan..hihihi..

Ni bhgian corner rumah..

Ni dpn rumah...

Rumput2 kering yg menyemak pandangan..

Dpn pintu masuk..
Dpn tu Cahaya SPK..umah kak eynda..hihi.. Taman permainan yg berhampiran dgn rumah kami..
View dpn rumah kami ..
Hafiz dgn pakciknya..abgku yg sulong.. Suka beno budak ni.. Hafiz dan Ain..Pemandangan dr bilik master bedroom..Sudut tangga yg perlu di ubah suai..mcm sempit la.. Uikk..nmpk lak perut hubbyku..ekekkeke.. Rumput2 ni hampir nak masuk dlm bilik ke-4 umah ni..Sinki dlm master toilet bedroom .. Ruang tamu dan dapur.. Sempit kan tangga ni..

Abis dah gambar..tah hape2 kan gambo yg ku ambik..biasalah..tak bertauliah..ekekkeke..gambar ni baru lg di ambik..jumaat td 7 hb kami gi tgk umah ni..saje tgk2 dan check2 kalo ada apa2 kerosakkan or keretakkan..pastu terus bertolak ke cherating..mkn angin..



Penat..

Masih penat nak update blog..
Br balik dr cuti2..
Hubby tetiba ajak bercuti tanpa planning awal..
Booking hotel pg dan ptg bertolak..
Penat sgt sbb kelam kabut packing baju utk 4 org..
Tp best sgt2 dpt kuar dr kawasan umah..
Terapi minda sket..
Anak2 pun seronok..
Nanti daku update sket demi sket ekk..

Thursday, November 06, 2008

MaRi MemBaca..

Ni sesi di mana ain sibuk nak ajar adik dia baca buku..Tp si adik sibuk tgk iklan tv.. suka beno kalo iklan syampu..


Sempat lg si adik pandang kamera.. ekekke.. yang kakak tgh pilih muka surat yg menarik..

Sambung balik tgk iklan.. hihihi.. rasanya mmg budak2 suka tgk iklan kot.. lg2 yg ada nyanyi2..

Khusyuknya dia.. mainan mmg sepah la keliling tu.. selagi depa main maleh ku nak kemas.. buat penat je..

Kakak sibuk tunjuk dan sebut gambar kat buku tu..yg adik buat tak paham je.. ekkekekeke..

CuaCa HaRi Ini..

Ginilah cuaca hari ini..
Hujan lebat wooo..
Asal tghari je nak masuk zohor mesti mendung..
Pastu hujan lebat selebat2nya..


Syok je tido bila tgk cuaca camni..
Tp xkan nak tido kot..awal tu..hihihi..
Anak2 pun bz main2 kat ruang tamu..
Kalo dah main tentu bersepah le rumah..


Yang xsyoknye bila hujan lebat mulalah tv hilang siaran..
So, ku lyn forum sekejap2...pastu main sekali dgn budak2 ni..
Masak lunch dan settle..

DiaLoG..

Babak Pertama :

Setiap pg ketika ain bgn tidur...


Ain : Mak..abah mana ?? Laptop je ada, abah xde..

Aku : Abah gi keje..nanti mlm abah balik la..

Ain : Abah ni asyik xde kat umah je..gi keje pastu balik umah cantek (umah yg kami duduk ni),tido pastu gi keje balik..

Aku :(cuma ketawa je bila dia ckp camtu..petah tul budak ni bercakap)



Babak Kedua :

Ketika hafiz bgn pg nanges nak susu..


Ain : Adik jgn nanges..nanti abah dtg ambik kita ye..pastu jln2..nak takk..??

Hafiz :(Terus benti nanges dan bercakap guna bahasa dia) Dede dede dede..

Ain : Kakak nyanyi utk adik ye...( terus nyanyi tepuk amai2 sampai habis)



Babak Ketiga :

Ketika kat area parking smlm masa nak gi kedai..hujan masa tu..


Ain : Mak..teponkan abah..nak ckp dgn abah..

Aku : Yelah..tp ain ckp dgn abah je ye..mak dgr je..

Ain : Ok..

Aku dail no hubby dan pasang loudspeaker..

Ain : Hello..abahhh..hari hujan..camne nak gi kedai..mak nak beli ikan, ayam dgn sayur..nanti ain demam kene hujan..

Hubby : Hujan ke..cakap kat mak tak payah pegi kedai..balik je..nanti tak hujan baru gi kedai balik ye..

Ain : Ok..babai abah..nanti abah balik ye..Muahhhs..(smbil buat flying kiss)

Hubby : Ok..Muahss..



Babak Empat :

Waktu lps maghrib dan aku tgh siapkan dinner..


Ain : Mak nak tepon abah..nak ckp dgn abah..

Aku : Ok..(aku dailkan dan psg loudspeaker mcm biasa)

Ain : Hello..abahhh..

Hubby : Ye..ain buat apa..

Ain : Abah balik cpt..ain nak makan sama2 dgn abah..ain lapar...ain nak mkn dgn abah..

Hubby : Kalau ain lapar ain mkn dulu..abah balik kejap lg ye..

Ain : Tak nak..ain nak mkn dgn abah..

Hubby : Ok..abah balik skrg ye..tunggu tau..

Wednesday, November 05, 2008

Aktiviti Ptg..






Asalnya tghari td dah kuar..
sampai je kat area parking br tau hujan lebat..hihi..
Tak kuar jauh pun..nak gi kedai dpn2 tu je..
Nak beli barang basah jap..kehabisan stok..
So utk tidak menghampakan budak dua org yg excited ni,
ku bawak pusing2 dlm parking je..
Bkn pusing2 naik kete..tp pusing2 guna stroller je..
Kang kalau terus balik umah ada yg melalak pulak..

Jenuh tau aku tolak budak berdua ni..
Dr level satu smpailah level 3..pastu nak naik level 4 br guna lif
Sampai je rumah sib baik xde yg meragam..
Ptg kol 5.30 pm kami pergi lg sekali ke kedai..
Hujan pun dah benti masa tu..
Byk ku beli smpai xtau nak sumbat kat mana dlm stroller tu..
Yelah..stroller tu pun dah penuh dgn budak 2 org ni..

Setelah sejam berada di luar br kami smpai umah..
Mandi2kan budak pastu ku terus masak..
Tunggu hubby balik utk dinner sama2..
Menu simple je arini..ikan kembung goreng berlada, sayur bayam dan sambal tumbuk..
Tp suka sgt tgk hubby berselera sungguh..
Sbb sume sambal belaka..hihihi..

LapTop MeRaGaM...

Sejak semalam laptop aku meragam..
bila on je laptop mmg xleh view langsung la menu2 kat desktop tu..
puas ku godek2 belakang laptop tu..
mcm2 skru ku bukak pastu pasang balik..ekekeke..
xreti pun sbnrnya..laptop ku di serang virus..
so ptg td kol 5 pm br ok..
gila boring tahap cipan xdpt online...huhuhu..
tp dah ok dah skrg..hehehhe..Alhamdulillah..

Monday, November 03, 2008

AnaK - AnaK Ku..

Bgn tido je mesti main2 dulu b4 mandi..

budak hensem cover kehenseman..hihihi..

Ain rajin lyn adik dia..tp kdg2 je le..

sememeh je kan budak 2 org ni..

Ni lah keadaan rumahku hari2..kejap je teratur..pastuu..!!!

Ni Budak tukang sepah..hihihi..

Takde apa nak cite..gambar pun dah cukup menceritakan segalanya..malas nak edit gambar bg bercantum2..biarlah ekk sebijik2 pun..hihihi..penuh page blog haku..ekekekeke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...