NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Friday, May 31, 2013

JeNjaLaN Ke PuLaU ReDaNg

Ni lak nak citer pasal percutian yg lepas.. percutian ni kami dah rancang sebulan awal kalau tak silap.. kami laki bini sibuk cek kalender bila tarikh start cuti sekolah panjang.. maklumlah bila anak dah sekolah rendah ni takleh cuti sesuka hati..
 
Bila dah tau ada cuti sekolah 2 minggu hujung bln 5 terus siap2 plan nak ke mana.. pastu wat kira2 dah berapa bulan aku peknen.. kang takleh nak naik flight kang naya je.. nanges kang sorang2 kat umah.. hahaha
 
Percutian kali ni kami dah niat nak angkut mak bapak masing2.. so aku ajak mak abah aku, hubby aku lak ajak parent dia.. seronok kot kalo cuti ramai2..  pastu di tambah lak dengan kengkawan hubby yang join sama dalam percutian ni lagiiii lah meriah sakan..
 
Bertolak ke pulau redang 24 may yg lalu.. hari pertama cuti sekolah terus pegi jenjalan tuuu.. tak sabo2 dah nak tunggu hari lain.. kikiki.. memasing dah apply cuti hari isnin berikutnya sbb percutian kali ni selama 4 hari 3 malam..
 
Kitorang ke redang kali ni naik flight air asia.. nak naik berjaya air masa tu tiket flight takde lak.. nak naik flight Mas lak timing penerbangan tak kena dgn waktu.. so naik jelah air asia..
 
Kitorang kurang gemar sikit naik air asia ni sbb kena menapak jauh tiap kali nak naik atau turun flight.. sian kat org tua kann.. so bila dah kena naik flight ni, perjalanan yg pendek dah jadi panjanggg..
 
Kalau naik flight berjaya air tak perlu naik byk kenderaan dah.. pas turun flight terus je naik transport yg pihak hotel sediakan.. tapi bila dah naik flight lain ni makanya kenalah naik kenderaan tu ini.. semputttt...
 
Turun je kat epot terengganu ( hape ke namanya ntah lupa lak.. kikiki), kami di jemput dgn van yg kami sewa.. kami sewa 2 van sbb ramai kannn.. memandangkan hari kami sampai tu hari Jumaat, so kami di asingkan siap2 yg laki2 naik van ni yg pompuan lak naik van satu lagi..
 
Kebetulan lak kami sampai kat epot terengganu dah kol 12.10 tengahari.. so memasing agak rushing nak kejar solat jumaat.. makanya kami berpecah la kejap.. yg lelaki pegi terus ke masjid utk solat jumaat.. yg pompuan pi gerai makan utk isi perut masing2..
 
Pastu kami dah janji akan berkumpul semula kat jeti merang selepas kaum lelaki solat jumaat dan makan siap2.. perjalanan dari epot ke jeti merang makan masa 40 minit jugak kot.. lenguh2 badan sbb riba ica yg tido sepanjang jalan..
 
Kat jeti merang dah ada bot yg menunggu kami.. bot tu kami memang sewa khas utk kami je.. tak campur dgn penumpang2 lain.. perjalanan pun di teruskan menaiki bot yg kami sewa.. masa ni apis buat peel sbb dia takut naik bot.. jenuh org lain pujuk.. last2 aku gak yg pujuk baru dia diam..
 
Lagi sekali lenguh badan dan senak perut aku sbb riba apis yg berat.. haihhh budak2 ni.. saje dera mak korang yg kecik ni kann.. perjalanan nak ke jeti pulau redang makan masa sejam.. lama gilerrrr.. aku harappp sangat masa ni aku tak mabuk laut..
 
Dalam bot aku duduk kat bahagian yg leh dapat angin.. kasi udara segar sikit.. hehehe.. lepas sejam perjalanan kami pun sampai kat jeti pulau redang.. aku tak ingat apa nama jeti tu.. aku ingat aku dah berjaya la kan sbb tak mabuk sepanjang perjalanan..
 
Sekalinya bila dah turun dari bot aku terasa badan aku terhuyung hayang.. rasa pening macam nak tumbang.. perut pun rasa mual2 nak muntah.. nak bercakap pun rasa tak leh dah masa ni sbb kalo bercakap mau muntah terus ni kanggg..
 
Mujur ada wife kawan hubby hulur asam.. so cepat2 aku kunyah asam tu kasi hilang pening dan loya.. fuhhh.. tak jadi muntah.. tapi sepanjang masa aku tutup hidung aku taknak tercium bau asap diesel dari bot punya pasal.. aku benci bau asap diesel.. busukkk..  huhuhu..
 
Kat jeti pulau redang, dah ada van hotel yg menunggu kedatangan kitorang.. laju2 aku masuk dalam van tu... pasang ekon kuat2.. fuhhh legaaaa... sib baik tak muntah.. dah le ramai org kat jeti tu masa tu..
 
Van pun bawak kitorang pegi ke hotel.. memandangkan bilik memang dah di siapkan awal2 so kami tak lama pun kat lobi hotel.. pung pang pung pang kejap dgn manager yg uruskan kitorang dan zass dah leh ambik kunci dan masuk bilik masing2.. tak sabarrr nak rehatkan badan.. letih giler sbb naik byk kenderaan..
 

Kami dok kat chalet kat tepi laut.. bestttt..
 
Yang tak best banyak sgt pemandangan yg boleh menyebabkan ketumbit.. org lelaki suka le kot part ni.. grrrrr.. rasa nak sedekah baju kelawar kat diorang je kasi tutup aurat tu sikit.. kekekke
 

Ni chalet mak abah aku.. betul2 ngadap laut..
 

Cantek kannn..
 
Lupa nak bagitau.. kami kalau ke pulau redang memang akan menginap kat hotel The Taaras Beach & Spa Resort je.. dah lebih 3 kali kami ke sini.. sbbnya kat sini tenanggggg sangat2.. tak secrowded kat hotel Laguna.. kat sini lebih privacy.. nak makan buffet pun tak serabut..
 
Aku tak suka kalo buffet berebut2 nak beratur lama2 nak ambik makanan.. tau2 jelahkan aku ni kan resaksa kuat makan.. muahahhaha..
 

Ni la restoren tempat makan.. sambil bekfes leh skodeng orang yg berenang2 kat pool tu.. org lain nak skodeng pi la skodeng.. laki aku kalo skodeng aku sekeh je kang.. miahahaha.. garang sungguh aku kann..


Ni chalet kami.. chalet kami berada di tingkat atas..
 
Kat tingkat atas ni ada 2 bilik.. bilik memang cantek tapi yg tak syoknya chalet depan laut ni takde connecting room.. huhuhu.. makanya berpisah la kami laki bini sepanjang percutian tu.. yg hubby aku tido dgn apis, aku lak tido dgn ain dan ica..
 
Dah macam orang gaduh laki bini lak kan tido bilik asing2.. nangesss.. tak dapat feeling ala2 honeymoon.. cisss.. hahahha.. nak ambik sebilik je tak muat katil lak.. nak tambah extra bed je sesak lak bilik kang.. tu yg terpaksa ambik je 2 bilik side by side..
 
Kalau nak ambik barang2 terpaksa ketuk pintu bilik masing2.. anak2 aku lak bukan main suka lagi berlari sana sini.. jap2 masuk bilik bapak dia.. jap2 lari masuk bilik aku lak..  rimas pulak diorang dok main bukak tutup pintu.. tersepit kang baru tau..
 

Ni view dari beranda chalet kitorang..
 
Ada buaian jaring lagi.. tapi paham2 jelah kalo ada buaian jaring ni, bkn kitorang je yg akan naik malah ikan2 duyung ikan2 kering pun turut berbuai sekali dgn pakaian tak cukup benang..
 
Dan2 tu jugak aku halau laki dgn anak2 aku masuk bilik suruh dok dendiam je.. jgn coba2 nak lihat pemandangan sebegitu rupa ye.. cepuk kang.. kahkahkah..
 



Subhanallah.. indah kan ciptaan Allah..

Jom tengok bilik kitorang pulak.. aku snap gambar bilik aku je sbb bilik aku dgn hubby sama je susunannya..
 
 
Tanda2 yg kami ni pengunjung setia hotel ni.. hehehe.. mekasihhh..
 
Anak2 aku sakan tgk bunga2 atas katil ni.. terus memasing panjat katil main kelopak bunga tu dan tabur2 kat kepala masing2 sambil sebut " kawennnn.. kawennnn".. ewahhhh mana belajar camtu haaa..
 

Ada sofa bed di situ..
 

Tingkap utk menskodeng.. kahkahkah..
 

Pintu nak ke bilik air.. sebelah ruang tamu je..
 

Bilik air yg luas.. lagi best kalo ada paip kat toilet bowl tu.. huhuhu
 


Wardrobe..
 
 
Ruang tamu..
 

Veranda bilik..
 
Memang tenangg je sepanjang percutian kat sini.. syok sangat.. anak aku siap request nak dok sini 14 hari.. manyak cekadak korangg, mahal kot nak dok sampai 14 hari.. ish3x.. dok 4 hari pun dah sunburn kulit ni, kalo dah lama2 kang harus org tak kenal aku kang.. kikiki..
 
Okey.. nanti aku sambung lagi citer kat redang ni ye.. tak banyak pun nak citer sbb aku sangat pemalas nak snap gambar sepanjang masa kat sana..
 

DeMaM NaK DaPaT aDiK

Wah wahhh kemain lama lagi aku tak apdet ehh.. hehehe.. syok cuti sekolah ni sbb leh berehat puas2.. nak kuar merayap pun malas sbb dah hari2 memandu je kejenye kannn..

Jenjalan bersama family dah terlaksana pun di awal2 cuti sekolah.. kitorang gi pulau redang je.. sebab pulau redang adalah sgt besttt walaupun dah berkali2 pegi.. 

Citer kat pulau redang nanti aku apdet kalau aku rajin ye sbb aku sgt pemalas la peknen kali ni.. ish3x..

Ni aku nak citer pasal ica.. budak ni 2hb jun nanti genaplah 4 tahun.. dah nak jd kakak dah tak lama lagi.. 4 bln je lagi.. kejap betul peknen rasanya.. tup2 kang dah atas katil bersalin tunggu nak teran.. kikiki..


Ica malam td tidonya lambat sgt2.. dah la tido lambat, kuat mencekik di tengah malam lak tu.. 

Kena standby biskut feveret dia selalu kat tepi katil.. dia ni malam2 memang kejenye mengunyahhh aje..

Tapi tgh pagi td tetiba dia merengek2.. dia ni biasanya kalo dah tido memang lena sakan.. takde nak merengek2 melainkan demam.. 

Masa dia merengek2 tu aku tak bgn pun jenguk dia kat katil dia.. padahal katil dia sebelah katil aku tido je.. kikiki..

Boleh lak aku sambung tido sambil tarik selimut.. buruk betul perangai maknya.. hahhah.. ni acaner nak berjaga malam pasni bila dah ada anak kecik..

Aku ingatkan dia merengek2 jap je.. tup2 dia merengek2 lagi.. aku tgk jam masa tu baru kol 3 pg.. dgn mata separa celik aku tanya

 " naper caaa.. tido laaa.. "

Hahaha.. mengong tul aku kan.. ngantuk punya pasal sbb marathon layan drama Teduhan Kasih secara online.. hehehe..

Bila ica tak benti2 merengek baru aku bangun gi cek ica nape dia camtu.. lorrr dahi dia panas rupanya.. cek badan lak.. panas gak.. demam rupanya..

Sian ica.. terus aku angkat dia dari katil dia dan tidokan kat tengah2 antara aku dgn hubby.. kasi minum air dulu pastu kasi ubat.. 

Cool fever takde jadinya aku tampal koyok jelah kat kiri kanan dahi dia.. lap2 badan dia sikit kasi kurangkan panas.. pastu baru ica leh tido lena..

Setengah jam kemudian badan ica dah start berpeluh tanda suhu dah turun.. lega dah masa ni.. aku pun sambung la membuta semula.. hehehe


Siang hari ica masih aktif bila ubat tu masih berkesan..

Tapi start kol 2 ptg td dia dah lembik balik.. dia kata kaki dia sejukkk.. nak pakai selimut.. so aku taulah tu tanda2 badan dia dah start nak panas balik..


Terus aku ajak dia lepak bilik bawah.. lani aku tengah jaga dia.. tu yg tetiba terapdet belog tu.. hehehe..

Okey.. stop dulu sbb aku nak lap2 badan ica dan kasi ubat jap.. kang sambung membebel lagi ye..

** Alhamdulillah aku dah sihat 90%.. batuk dah jarang2 dah.. rusuk pun dah tak berapa sakit dah kalau tetiba batuk..

Mekasih pada kengkawan yg sentiasa bertanyakan khabar dan mendoakan aku.. ♥♥♥






Wednesday, May 08, 2013

LoRi HaNtu

Ni nak citer pasal lori hantu.. bukanlah maksudnya lori tu ada hantu.. tapi aku panggil lori tu lori hantu sbb lori tu selalu bawak melulu di atas jalan raya..


** gmbr ihsan google.. 

Selalu sangat lori2 camni terpelantingkan batu tau.. aku kalo nampak lori camni dekat lorong bersebelahan atau pun di depan aku,  aku akan cepat2 pintas sbb bahaya kalo dekat2..

Kang tau2 je kang ada benda terpelanting depan cermin kita kang.. pernah dulu cermin kete myvi aku dulu retak gara2 lori ni terpelantingkan batu.. huhuhu..

Dan insiden terbaru tengahari tadi sewaktu aku dalam perjalanan nak hantar anak ke sekolah, tetiba lori hantu dari arah bertentangan masuk lorong aku dan hampir2 nak bertembung dgn kete aku..

Berderau darah aku masa tu.. hanya Allah je yg tau perasaan aku masa tu.. aku sempat high beam dan mujur lori tu sempat mengelak dan masuk lorong dia semula..

Aku rasa pemandu lori tu tersalah budget kot, mungkin dia fikir yg tu lorong yg betul padahal ko dah masuk jalan bertentangan.. 

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku.. aku dah terfikirkan anak2 je dah masa ni.. 

Buat kawan2 yg kejenye hari2 memandu macam aku, berhati2lah di jalan raya.. kekadang kesilapan/kecuaian pemandu lain tapi org lain yg terima padah..

Pesanan buat diri sendiri gak ni.. ohye, Alhamdulillah aku dah semakin sembuh.. batuk2 pun dah tak sekerap dulu.. cuma rusuk masih sakit lagi la kan.. hehe..

Okey.. jumpa lg di entry akan dtg.. 




Friday, May 03, 2013

BeRpaNtaNg..

** sedapnyeee wehh.. mkn kat the curve hari selasa tu hari..

Tapi sayang aku takleh mkn byk2 sbb doktor pesan kalau boleh elakkan dulu mkn buah2an jenis citrus mcm ni sbb akan menyebabkan kahak menjadi byk semula..

So aku jamah2 jelah.. selebihnya anak buah aku yg abiskan.. huhhh.. takpelah, demi kesihatan.. huk huk huk..

Selama berpantang minum sejuk2 ni aku selalunya order air cappuccino panas je.. tak pun order caramel latte.. fuhhh.. syok betul minum panas2.. hehehe..

Aku kuat minum kopi sejak peknen ni.. susu utk org peknen je aku masih tak leh nak telan lagi.. susu pun doktor suruh elakkan dulu time proses2 nak sihat semula ni.. soya je di bolehkan.. 

Tapi kekadang kopi yg campur susu aku bedal gak sekali sekala.. kihkihkih.. degil.. cepuk je.. 

*** sekian sahaja entry pendek. . 




PeRKeMbaNgaN aKu YaNg TeRkiNi

Salam jumaat semua.. benonye dah lama nak apdet tapi apakandaya aku fokus pada kesihatan beberapa hari ni..

Bukanlah bermaksud sblm ni tak fokus pada kesihatan.. cumanya kali ni aku kena lebih teratur mkn ubat dan buat nebulizer on time sbb sblm ni aku buat bila sempat je..

Utk pengetahuan, aku dah kuar wad hari jumaat mggu lepas.. kuar pun dah ptg2 gitu sbb tunggu encik suami selesai solat jumaat..

Ikutkan keadaan sebenarnya aku masih tak di benarkan keluar spital.. tapi aku yg berkeras nak kuar gak sbb naluri seorang ibu yg nak tengok anaknya tido dgn selesa..

Sebenarnya hari khamis tu lagi aku dah merayu2 kat doktor dgn nurse supaya boleh la dischargekan aku hari khamis tu jugak..

Tapi doktor cakap NO..!! Hahahambekkk.. redha jelah kena tahan satu hari lagi.. ketiga2 anak aku memang tak bersekolah la sepanjang teman aku kat spital.. 

Encik suami pun sama tak gi keje sbb temankan aku punya pasal.. heheh.. mekasih ye abg dan anak2 yg sentiasa di sisi..

Ohye, sepanjang dok spital aku memang di jaga baik oleh nurse2 kat situ.. selesa sikit sbb nurse semua pompuan je yg handle kan..

Cuma kena standby tudung gak la tepi katil sbb yg tukang hantar makanan adalah lelaki dan doktor yg handle sakit aku jugak adalah lelaki.. 

Tapi doktor hanya buat lawatan kat wad aku sekali je sehari.. paling banyak 2 kali je.. so yg kuar masuk wad aku 98% adalah pompuan.. 


Menu bekfes hari rabu..

Tentang makanan kat spital lak pada aku tak berapa nak membuka selera aku.. kekadang menu nampak menarik tapi bila rasa errr tak tau nak cakap... 

Mcm tak puas nak mkn gitu.. dah makan tapi still lapo balik.. acaner tu.. hehehe.. dasar orang kuat melantak memang camni la kot.. kikiki


Utk hari pertama warded (rabu), menu satu hari tu diorang dah pilihkan siap2.. cehhh, apesal tak tanya aku dulu..

Diorang just bg form menu utk aku pilih makanan yg aku nak pada hari berikutnya je.. 


Sila pilih ye menu bekfes.. 


Menu lunch dan dinner.. minum ptg pun diorang ada sediakan cumanya kita takde di bagi pilihan la kan.. diorang akan bg menu minum ptg siap2..


Anak2 aku di hari pertama setelah tido satu malam..

Bebudak ni mula2 mmg nampak seronok la kan sbb nanti leh mandi rendam dlm tub mandi.. hahaha.. alaaa tu pun sehari sekali je.. malas aku nak layan byk kali..

Kang asyik berendam je kang mau ada yg selsema kang.. rutin anak2 aku sepanjang dok spital adalah bermain, buat bising, bergaduh, makan, membuta dan last2 komplen kat aku bila nak bwk diorang gi playground kat spital ni..

Eh ehhhh.. ingat kita dok spital ni pi berpicnic ke hape.. mak korang ni nak berehat pun mcm tak berapa nak rehat benonye.. sibuk layan karenah budak2 3 org ni..

Dah le kol 5.20 pagi nurse dah dtg masuk bilik sbb nak cek tekanan darah pastu kena buat nebulizer... terkebil2 aku bgn tido sambil sedut asap nebulizer.. hehe.. ngantuk benonye..

Pastu ingat nak sambung tido balik lepas buat nebulizer,  baru nak terlelap nurse dtg bilik lagi.. hahha.. okeylah bangun jelah terus.. solat subuh pastu tunggu org spital dtg hantar sarapan..

Pas sarapan aku berehat2 jap atas katil sambil perhati anak2 aku yg tido kat lantai bawah beralaskan toto.. siannyaaa la hai.  Mesti sakit2 badan tido camtu..

Pas makan standart la kan ngantuk balik.. macam tak cukup tido je rasanya.. so tarik la selimut siap2.. cari feel nak tido sbb aku bkn jenis yg pejam mata terus tertido.. 

Elok je aku dah dapat feel dan hampirrr je nak bermimpi tup2 kena kejut lagi dgn nurse suruh makan ubat lak.. huhuhu.. terbantut mimpi nak masuk.. terus segar mata tu balik..

Bila nurse dah kuar aku sambung tarik selimut balik.. try gak nak tido semula, akhirnya dapat gak tido.. tapi tak lama mana pun dpt tido.. 

Ada lah kurang sejam gitu sbb kena kejut dgn nurse lg sbb nak kena buat physio.. pastu doktor nak dtg lak buat check up.. **nangesss sbb tak cukup tido.. hahaha

Sepanjang 3 hari kat wad bacaan tekanan darah aku tak berapa bagus.. semuanya rendah.. sehari 3 kali bacaan tekanan darah di ambik tapi semuanya rendah..

Aikkk.. pelik gak tu.. sedangkan anak2 aku asyik buat aku naik darah je sbb berlari2 dlm wad sambil wat bising.. mulut pot pet pot pet suruh diorang behave sbb ni kan spital..

Sepatutnya tekanan darah adalah tinggi lah kan.. hahahha.. maybe sbb tido tak cukup kot.. maunya tak cukup tido sbb nurse kuar masuk bilik start kol 5.20 pagi sampailah 12.30 malam.. pastu baru leh tido.. kikiki


** kedai kat lobi spital

Sepanjang kat spital aku takdelah dok diam2 dlm bilik je.. aku merayap gak jenjalan kat lobi bawah tu dgn hubby dan anak2.. bosan kot kalo dok baring dan ngadap tv je.. 

Dah la citer kat tv tu membosankan.. astro lak dok kuar citer yg bosan2 je lak tu.. dok ulang citer yg samaaa je.. stress aku tengok.. huhuhu


Pastu kami anak beranak lepak minum2 makan2 kat sini.. tapi sebelum nak merayap aku kenalah mention dulu kat nurse2 sbb taknak diorang tercarik2 aku kat wad lak.. hehehe


Kek2 di coffee beans.. tak beli pun sbb tekak tak lalu nak makan kek..


Ni antara menu2 yg di hidangkan sepanjang dok kat spital.. tak semua menu aku snap sbb kekadang lupa je.. dah mencekik baru teringat..


Nasi arab lak memang menu wajib order setiap hari.. ni bkn menu spital tau.. ni menu yg kami order dari restoren luar..

Tak kenyang mkn makanan spital ni.. lagipun memang kena order gak menu luar sbb kang anak2 dgn laki aku nak mkn apa lak kang..

Memanglah kat lobi bwh ada kafe bagai, tapi aku dah pernah tapau dah mknn kat kafe bawah tu.. bg aku rasa makanan2 kat situ " indah khabar dari rupa".. 

Harap diorang perbaiki lagi mutu masakan.. ecewahhhh.. bkn aku je yg rasakan begitu sbb aku tgk org yg makan kat situ akan suap 2-3 kali pastu terus tolak makanan tu ke tepi..


So ni jelah penyelamat anak2 aku dari kelaparan.. nasi arab yg sangat best di makan bersama2.. portion nasi dia banyakk.. ayam pun besar.. satu bekas ni boleh mkn utk 2 org dewasa..

Restoren nasi arab ni terletak di hadapan bangunan spital ni je.. so diorang boleh delivery sampai ke dalam wad aku.. anak2 aku pun suka mkn nasi arab..


Ni lak menu minum ptg.. 

Biskut tu aku tak abis mkn sbb bila aku mkn biskut kering tu batuk aku makin menjadi2.. sakit rusuk aku yg dah memang sakit sbb menahan batuk.. 


Ni lg menu dlm wad.. eskrem mmg aku tak mkn ye.. dah dia bg aku terima jelah.. anak aku je yg bedal.. hehehe



Kek tersangat sedap pada tekak aku.. sap sap soii je licinnn..

Ohye, hari jumaat pg tu encik suami ada urusan kat umah.. so dia kena balik jap.. lagi pun hari jumaat kan, alang2 dia balik umah dia kata leh dia solat jumaat kat area umah je..

Aku lak cadangkan supaya encik suami angkut dulu apis dgn ain balik umah.. kesian aku tengok diorang kebosanan setelah 3 hari teman aku kat spital.. 

Pastu aku cadang biarlah ain pegi sekolah jumaat tu.. aku taknak ain cuti sekolah lama2.. kang tertinggal pelajaran kang..

Makanya pagi jumaat tu diorang pun gerak balik dulu.. ain pun dapat gi sekolah.. tinggal aku dgn ica je lagi kat spital..


Ica lena sungguh dapat tido kat katil aku.. selesa sikit sbb tak le sakit2 badan kan tido atas lantai.. dah la sejuk..

Tu sbb aku tak sanggup dok spital lama2.. kesian kat diorang.. kang kalau diorang lak sakit aku gak yg susah hati..

Bagi aku cukuplah 3 hari je aku di beri rawatan kat sini.. walaupun sekejap je tapi Alhamdulillah ada improve sikit la kesihatan aku..

Tulang rusuk aku yg sakit memang ambik masa utk sembuh.. katanya paling kurang 6 minggu di perlukan utk rusuk tu pulih sendiri..

Sementara ica tido aku pun packing2 semua barang yg nak di bawak balik.. kemas siap2.. tak sabar nak balik umah..



Nurse tetap ulang alik masuk bilik bg rawatan mcm biasa.. last day tu memang aku malas nak curi2 masa tido siang sbb aku risaukan ain yg bersiap gi sekolah tanpa aku..

Yelahkan, selama ni aku yg siapkan dia.. kali ni aku mintak bantuan anak buah aku yg pompuan dan adik lelaki aku utk handle ain.. 

Mekasih jugak pada kak eynda yg tolong hantar ain ke sekolah dan hantar ain balik.. untung dapat sahabat yg prihatin..


Ica yg dah mandi dan hepi sbb spend masa dgn aku je.. mujur tak hantar dia balik dulu sbb dia ni memang manja dgn aku.. mana leh pisah lama2..

Di pendek kan citer, aku di benarkan discharge kol 1 tengahari selepas doktor selesai wat check up kat aku.. tapi aku takleh balik lagi sbb kena tunggu encik suami dtg ambik.. lambat sikit la kan sbb dia solat jumaat dulu..

Dalam kol 4 ptg baru semuanya settle termasuk urusan pembayaran.. terus cepat2 balik umah sbb taknak harung jammed dgn org yg balik dari keje..

Sampai je umah terus fikir nak mengemas aje.. ish3x.. tapi terus cancel sbb aku nak berehat je dulu.. kang sia2 je rawatan kat spital kalau aku tak jaga kesihatan semula..


Ni surat yg ain bg kat aku bila dia balik je dari sekolah ptg tu.. baru berpisah setengah hari dia dah rindu..

Terharu sbb ain memang rajinnn sgt bg aku surat2 macam ni dan dia memang suka luahkan apa yg dia rasa melalui kertas..

Utk yg tanya khabar aku (ecewahhh perasann.. kikiki), Alhamdulillah batuk aku dah semakin kurang.. bila batuk berkurangan, tekanan pada tulang rusuk pun berkurangan.. tu yg penting..

Pastu pemakanan memang aku jaga.. hari2 minum air panas kosong.. sesekali je minum air manis.. tu pun kopi je yg aku suka.. ais dgn mknn sejuk2 penyebab batuk memanggg aku elakkan..

Mekasih jugak pada kwn2 yg rajin bg nasihat dan pendapat kat aku.. walaupun berkawan di alam maya tapi kita tetap caring satu sama lain.. siap ada yg dtg melawat kat spital lagi tu.. terharu.. huhuhu..

Okeylah.. melampau panjang lak aku membebel dalam entry ni.. sebelum korang main skip2 je baca sbb bosan baik aku benti membebel.. kekeke.. okey semua.. tataaa




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...