Ni lak nak citer pasal percutian yg lepas.. percutian ni kami dah rancang sebulan awal kalau tak silap.. kami laki bini sibuk cek kalender bila tarikh start cuti sekolah panjang.. maklumlah bila anak dah sekolah rendah ni takleh cuti sesuka hati..
Bila dah tau ada cuti sekolah 2 minggu hujung bln 5 terus siap2 plan nak ke mana.. pastu wat kira2 dah berapa bulan aku peknen.. kang takleh nak naik flight kang naya je.. nanges kang sorang2 kat umah.. hahaha
Percutian kali ni kami dah niat nak angkut mak bapak masing2.. so aku ajak mak abah aku, hubby aku lak ajak parent dia.. seronok kot kalo cuti ramai2.. pastu di tambah lak dengan kengkawan hubby yang join sama dalam percutian ni lagiiii lah meriah sakan..
Bertolak ke pulau redang 24 may yg lalu.. hari pertama cuti sekolah terus pegi jenjalan tuuu.. tak sabo2 dah nak tunggu hari lain.. kikiki.. memasing dah apply cuti hari isnin berikutnya sbb percutian kali ni selama 4 hari 3 malam..
Kitorang ke redang kali ni naik flight air asia.. nak naik berjaya air masa tu tiket flight takde lak.. nak naik flight Mas lak timing penerbangan tak kena dgn waktu.. so naik jelah air asia..
Kitorang kurang gemar sikit naik air asia ni sbb kena menapak jauh tiap kali nak naik atau turun flight.. sian kat org tua kann.. so bila dah kena naik flight ni, perjalanan yg pendek dah jadi panjanggg..
Kalau naik flight berjaya air tak perlu naik byk kenderaan dah.. pas turun flight terus je naik transport yg pihak hotel sediakan.. tapi bila dah naik flight lain ni makanya kenalah naik kenderaan tu ini.. semputttt...
Turun je kat epot terengganu ( hape ke namanya ntah lupa lak.. kikiki), kami di jemput dgn van yg kami sewa.. kami sewa 2 van sbb ramai kannn.. memandangkan hari kami sampai tu hari Jumaat, so kami di asingkan siap2 yg laki2 naik van ni yg pompuan lak naik van satu lagi..
Kebetulan lak kami sampai kat epot terengganu dah kol 12.10 tengahari.. so memasing agak rushing nak kejar solat jumaat.. makanya kami berpecah la kejap.. yg lelaki pegi terus ke masjid utk solat jumaat.. yg pompuan pi gerai makan utk isi perut masing2..
Pastu kami dah janji akan berkumpul semula kat jeti merang selepas kaum lelaki solat jumaat dan makan siap2.. perjalanan dari epot ke jeti merang makan masa 40 minit jugak kot.. lenguh2 badan sbb riba ica yg tido sepanjang jalan..
Kat jeti merang dah ada bot yg menunggu kami.. bot tu kami memang sewa khas utk kami je.. tak campur dgn penumpang2 lain.. perjalanan pun di teruskan menaiki bot yg kami sewa.. masa ni apis buat peel sbb dia takut naik bot.. jenuh org lain pujuk.. last2 aku gak yg pujuk baru dia diam..
Lagi sekali lenguh badan dan senak perut aku sbb riba apis yg berat.. haihhh budak2 ni.. saje dera mak korang yg kecik ni kann.. perjalanan nak ke jeti pulau redang makan masa sejam.. lama gilerrrr.. aku harappp sangat masa ni aku tak mabuk laut..
Dalam bot aku duduk kat bahagian yg leh dapat angin.. kasi udara segar sikit.. hehehe.. lepas sejam perjalanan kami pun sampai kat jeti pulau redang.. aku tak ingat apa nama jeti tu.. aku ingat aku dah berjaya la kan sbb tak mabuk sepanjang perjalanan..
Sekalinya bila dah turun dari bot aku terasa badan aku terhuyung hayang.. rasa pening macam nak tumbang.. perut pun rasa mual2 nak muntah.. nak bercakap pun rasa tak leh dah masa ni sbb kalo bercakap mau muntah terus ni kanggg..
Mujur ada wife kawan hubby hulur asam.. so cepat2 aku kunyah asam tu kasi hilang pening dan loya.. fuhhh.. tak jadi muntah.. tapi sepanjang masa aku tutup hidung aku taknak tercium bau asap diesel dari bot punya pasal.. aku benci bau asap diesel.. busukkk.. huhuhu..
Kat jeti pulau redang, dah ada van hotel yg menunggu kedatangan kitorang.. laju2 aku masuk dalam van tu... pasang ekon kuat2.. fuhhh legaaaa... sib baik tak muntah.. dah le ramai org kat jeti tu masa tu..
Van pun bawak kitorang pegi ke hotel.. memandangkan bilik memang dah di siapkan awal2 so kami tak lama pun kat lobi hotel.. pung pang pung pang kejap dgn manager yg uruskan kitorang dan zass dah leh ambik kunci dan masuk bilik masing2.. tak sabarrr nak rehatkan badan.. letih giler sbb naik byk kenderaan..
Kami dok kat chalet kat tepi laut.. bestttt..
Yang tak best banyak sgt pemandangan yg boleh menyebabkan ketumbit.. org lelaki suka le kot part ni.. grrrrr.. rasa nak sedekah baju kelawar kat diorang je kasi tutup aurat tu sikit.. kekekke
Ni chalet mak abah aku.. betul2 ngadap laut..
Cantek kannn..
Lupa nak bagitau.. kami kalau ke pulau redang memang akan menginap kat hotel The Taaras Beach & Spa Resort je.. dah lebih 3 kali kami ke sini.. sbbnya kat sini tenanggggg sangat2.. tak secrowded kat hotel Laguna.. kat sini lebih privacy.. nak makan buffet pun tak serabut..
Aku tak suka kalo buffet berebut2 nak beratur lama2 nak ambik makanan.. tau2 jelahkan aku ni kan resaksa kuat makan.. muahahhaha..
Ni la restoren tempat makan.. sambil bekfes leh skodeng orang yg berenang2 kat pool tu.. org lain nak skodeng pi la skodeng.. laki aku kalo skodeng aku sekeh je kang.. miahahaha.. garang sungguh aku kann..
Ni chalet kami.. chalet kami berada di tingkat atas..
Kat tingkat atas ni ada 2 bilik.. bilik memang cantek tapi yg tak syoknya chalet depan laut ni takde connecting room.. huhuhu.. makanya berpisah la kami laki bini sepanjang percutian tu.. yg hubby aku tido dgn apis, aku lak tido dgn ain dan ica..
Dah macam orang gaduh laki bini lak kan tido bilik asing2.. nangesss.. tak dapat feeling ala2 honeymoon.. cisss.. hahahha.. nak ambik sebilik je tak muat katil lak.. nak tambah extra bed je sesak lak bilik kang.. tu yg terpaksa ambik je 2 bilik side by side..
Kalau nak ambik barang2 terpaksa ketuk pintu bilik masing2.. anak2 aku lak bukan main suka lagi berlari sana sini.. jap2 masuk bilik bapak dia.. jap2 lari masuk bilik aku lak.. rimas pulak diorang dok main bukak tutup pintu.. tersepit kang baru tau..
Ni view dari beranda chalet kitorang..
Ada buaian jaring lagi.. tapi paham2 jelah kalo ada buaian jaring ni, bkn kitorang je yg akan naik malah ikan2 duyung ikan2 kering pun turut berbuai sekali dgn pakaian tak cukup benang..
Dan2 tu jugak aku halau laki dgn anak2 aku masuk bilik suruh dok dendiam je.. jgn coba2 nak lihat pemandangan sebegitu rupa ye.. cepuk kang.. kahkahkah..
Subhanallah.. indah kan ciptaan Allah..
Jom tengok bilik kitorang pulak.. aku snap gambar bilik aku je sbb bilik aku dgn hubby sama je susunannya..
Tanda2 yg kami ni pengunjung setia hotel ni.. hehehe.. mekasihhh..
Anak2 aku sakan tgk bunga2 atas katil ni.. terus memasing panjat katil main kelopak bunga tu dan tabur2 kat kepala masing2 sambil sebut " kawennnn.. kawennnn".. ewahhhh mana belajar camtu haaa..
Ada sofa bed di situ..
Tingkap utk menskodeng.. kahkahkah..
Pintu nak ke bilik air.. sebelah ruang tamu je..
Bilik air yg luas.. lagi best kalo ada paip kat toilet bowl tu.. huhuhu
Wardrobe..
Ruang tamu..
Veranda bilik..
Memang tenangg je sepanjang percutian kat sini.. syok sangat.. anak aku siap request nak dok sini 14 hari.. manyak cekadak korangg, mahal kot nak dok sampai 14 hari.. ish3x.. dok 4 hari pun dah sunburn kulit ni, kalo dah lama2 kang harus org tak kenal aku kang.. kikiki..
Okey.. nanti aku sambung lagi citer kat redang ni ye.. tak banyak pun nak citer sbb aku sangat pemalas nak snap gambar sepanjang masa kat sana..