Arini aku buat dessert kegemaran encik suami.. dia tak tau pun sbb aku selalu buat surprise masak tu ini..
Tapi kalau takde idea nak masak apa baru aku tanya pendapatan dia.. ehhh, pendapat dia.. hehe
Nama dessert ni water chestnut atau pun Tub Tim Grob .. selalu menu ni kita akan jumpa kat restoran makanan Thai dan jugak restoran Steamboat Johnny's..
Dessert ni sgt sedap.. dah la sedap, senang lak tu nak buatnya.. yg tak pernah try boleh la try..
Okey.. jom aku ajar step by step nak buat dessert ni..
Bahan2 yg di perlukan :
Ni watak utama.. sengkuang cina @ pun water chestnut.. tanpa beliau dessert ni takkan menjadi.. sengkuang ni comel2 je bentuknya..
Suka hati korang la nak guna berapa biji.. aku abiskan je semua.. leh buat stok kalo tetiba teringin nak makan..
~ nangka madu di hiris2 nipis
~ tepung ubi kayu
~ 200ml santan kotak
~ pewarna merah
~ 100ml air
~ secubit garam
~ gula secukup rasa
Cara2nya :
1. Sediakan bekas.. isi 2 sudu air + 2 penutup botol pewarna merah ke dalam bekas..
Kupas kulit sengkuang, basuh dan potong comel2 bentuk dadu.. masukkan ke dalam bekas berisi air berwarna merah tadi.. gaul rata sampai warna pada sengkuang sekata..
2. Dalam bekas lain, isi tepung ubi kayu (agak2 sendiri je utk salut sengkuang).. pastu masukkan sengkuang td ke dalam bekas berisi tepung.. sengkuang je tau.. air takmo..
Gaul2 @ goncang2kan sengkuang dgn tepung ubi biar bersalut keseluruhannya.. pepandai le korang nak buat camne pun kann.. asalkan semua bersalut.. mana2 yg melekat tu pisah2kan ye..
3. Masukkan dalam pengayak.. ayakkan lebihan tepung ubi ke dalam bekas.. kalau nak buat lebih tebal cuma renjis2kan sedikit air pada sengkuang td.. dan salut lg sekali dgn lebihan tepung ubi td kemudian ayak semula..
** aku salut sekali je.. malas nak 2 kali salut.. sekali pun dah okey dah hasilnya.. muehehhe
4. Didihkan air dlm periuk.. bila dah mendidih masukkan sengkuang dan tunggu sampai timbul..
5. Sengkuang yg dah timbul tandanya dah masak dah tu.. boleh la angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk yg betul2 sejuk.. suka hati la nak taruk ais ke tak.. janji sejuk.. tujuannya takmo sengkuang td melekat satu sama lain..
6. Part ni lupa nak snap.. muahahaha.. memula ambik periuk.. masukkan sekotak santan + 100ml air + secubit garam + gula secukup rasa.. ikut la kemanisan yg korang nak.. kalau ada daun pandan boleh la taruk..
7. Masak guna api kecik.. masak agak2 gula larut dan suhu santan suam2 je.. takyah le nak menggelegak pulak.. hehe.. settle.. tutup api.. sejukkan..
Cara menghidang :
Masukkan santan ke dalam mangkuk + hirisan nangka madu + sengkuang + ketulan ais.. siappppp.. !!!
Kalau suka kacang merah yg besar2 tu boleh jugak masukkan.. aku tak suka so tak masukkan..
Kalau nak buat style blended pun boleh.. memula masukkan santan + ais dalam pengisar.. kisar sebati.. tuang dlm bekas.. kemudian masukkan hirisan nangka dan sengkuang.. siapppp..!!!
Harap2 korang paham le penerangan aku.. tak paham aku cepuk kang.. kekeke..
** kalau ada lebihan sengkuang yg dah di masak td just masukkan dlm tupperware berisi air sejuk.. pastu simpan dlm peti ais..
*** kuah santan tu kalo tak cukup korang tambah le lagi kuantiti.. pandai2 sendiri ejas.. tak susah mana pun kannn.. hehhe..