NoThiNg SpeCiaL aBouT Me... JuSt aLwaYs SmiLe... (^_^)

jom kita jadi kawan2

Monday, February 02, 2015

KeBeNgoNgaN aPaKaH iNi..

Tahun ni ain jadi pengawas sekolah.. memula aku macam takmo terima bila dapat offer pelantikan pengawas tu.. 

Yelah kan, pengawas kena sampai lebih awal ke sekolah.. pastu kang risau lak kena balik lewat.. tapi ain beriya2 jugak nak jadi pengawas so tunaikan jelahh.. pengalaman baru untuk dia..

So aku pun tandatangan jelah surat mengatakan setuju untuk terima jawatan tu.. bila dah terima kenalah isi borang untuk pembelian uniform pengawas lak.. borang tu kena hantar sebelum cuti sekolah bermula tahun lepas..

Harga leh tahan gak.. kebanyakkannya kena beli melalui sekolah sebab diorang yang buatkan uniform tu.. so kenalah tanda kat borang tu apa yang nak di beli dan bape helai yang nak di beli..

Maka bermulalah sesi kebengongan masa menanda.. hahaha.. aku tersalah paham pasal " sehelai kain panjang merah hati dan sehelai kain kurung merah hati"

Berkali2 aku baca senarai yang nak di beli (rujuk gambar di atas) sebab aku sangat la konfius.. agaknya otak aku masa tu belum berhubung sangat sebab bz dengan persiapan nak bercuti hujung tahun lepas tu kann..

Dan sel2 otak aku masa tu menterjemahkan kain panjang merah tu adalah kain.. dan kain kurung merah hati tu adalah bajunya.. so aku membayangkan mende tu adalah sepasang iaitu baju dan kain..

Maka dengan konfidennya aku pi tanda kain panjang merah hati 4 helai.. kain kurung yang aku sangkakan baju kurung tu 4 helai..

Dan minggu lepas pakaian yang di order pun dapat.. punyalah excited anak aku ni bila uniform pengawas dah ada.. barulah nampak pengawasannya kannn.. selama ni pakai kasut hitam je nak menandakan yang dia tu pengawas..


Ain pun suruh aku cek semua yang aku order tu ada ke tak.. maka bermulalah sesi mengecheck.. semua tu cikgu bagi dalam bungkusan plastik.. 

Aku pun kuarkan la satu persatu.. memula jumpa kain.. kuarkan lagi, kain.. kuarkan lagi.. kainn.. ok masa ni tak pelik lagi sebab aku kan order 4 helai kain.. pastu kuarkan lagi still kain.. 

Kuarkan lapisan yang ke 5 lak.. kain lagi.. aikkkk.. masa ni dah start jerit nama ain dahh.. cek lagi lapisan seterusnya, still kain gak.. kuarkan baki lagi seterusnya.. kain lagi.. aikkkkk.. kenapa semuanya kain ni???? Mana bajuuu.. ?????

Terus aku jerit " kakakkkkkkkk... sok pi pulangkan balik kat cikgu cakap kenapa semua ni kain.. mak mana ada beli 8 helai kain.. mak beli 4 jelah.. cikgu kakak salah ni.. pi cakap sok tau "

Pastu mulalah membebel pung pang pung pang.. sambil tu ambik balik kertas yang ada tulis pakaian pengawas yang di order.. baca lagi sekali part kain kurung tu.. dan masa ni lah baru aku sedar yang aku salah paham.. huhuhu

Terus cakap dengan ain mak salah.. hahahah.. mak salah paham rupanya.. dan terus gelak kuat2 masa ni sebab kelakar kenapa aku tak paham2 maksud kain kurung tu.. terang2 dia tulis kain dan bukannya baju kurung.. Kekeke

Ain pun gelak jugak sebab dia kata masa cikgu kasi barang2 ni kat dia cikgu siap tanya " mak kamu memang suka beli kain banyak2 ke?" Wakakakaka..

Giler bengong beli kain pengawas sampai 8 helai.. jakun jadi pengawas namanya tu.. kekeke.. buat rugi duit je.. dah la mahal woo selai.. sob sob sob..


Ni la budak yang jadi pengawas tahun ni.. hari2 kena ada sejam or sejam setengah awal kat sekolah.. Abaikan kasut tu ye.. tu bukan kasut pengawas.. 

Moralnya di sini nak buat sesuatu keputusan biarlah waktu sel2 otak sedang berhubung.. miahhaha..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...