Atas permintaan Kak Nis @ aiza.. Ana letak resepi sambal tumbuk yg menjadi feveret hubby kat blog ni.. So pada sape2 yg nak try boleh try..amatlah mudah dan ringkas menyediakannya..
Bhn2 :
~ ikan bilis semangkuk kecil or brp byk yg anda suka
~ cili merah dlm 3 biji.. di potong serong..
~ cili api dlm 20 biji or ikut kepedasan yg anda nak
~ bwg merah 3 ulas (belah 2 je)
~ bwg putih 2 ulas
~ limau kasturi di belah 2 utk hiasan..
~ sedikit belacan (kalau xsuka xyah letak)
Cara Masak :
~ goreng ikan bilis dahulu..angkat dan tos kan..
~ kemudian goreng pulak cili api, cili merah, bwg merah & putih smpai layu
( make sure masa goreng bhn2 ni tutup kuali sbb minyak meletup2..)
kang muka kena minyak kang..hihihi..dah layu sila angkat
~ akhir sekali goreng belacan td sekejap..
~ tumbuk semua bhn2 yg di goreng td..bermula dgn ikan bilis dan seterusnya..
~ tumbuk smpai agak2 spt yg korg suka..saya suka yg kasar2 je, x lumat sgt
~ dah siap hias dgn limau kasturi..perah limau time nak mkn je ye..
2 comments:
thanks ana :-)..rasanya pernah rasa, mak kak dulu ada buat memang sedap. Boleh lah nak buat utk hb nanti.
terima kasih sudi berkongsi, jemput baca yaa makanan tambahan untuk ibu mengandung , create website malaysia , tanda-tanda covid
Post a Comment