Ramai yg dok emel aku, private mesej aku dan komen kat gmbr dlm fesbuk utk tahu lebih lanjut pasal percutian dan sebagainya..
Kat sini aku share sikit info ye.. yg mana2 nak buat rujukan sila la buat.. yg takmo buat rujukan pun takpe.. aku tak majuk pun lari nyorok celah dapur.. hehe..
Utk pengetahuan, percutian kami ni sempena anniversary perkahwinan kami yg ke 8 tahun.. kami plan lama gak tau, adalah dlm 5-6 bln perancangan..
Sebabnya percutian kali ni kami tak guna mana2 travel agency mcm tahun lepas.. lepas tu kami bz buat research nak stay kat mana dan berapa lama dan negara mana..
Macam tahun lepas kami tour europe utk 6 negara.. yg tu kami ikut travel agency .. kami gunakan perkhidmatan POTO travel..
Tapi masa tu kan anak2 kecik lagi (skrg pun kecik lagi.. kikiki), so memang agak letih jugaklah sbb nak handle budak bagai, lepas tu dgn isu kelaparan sbb anak2 tak reti nak mkn apa yg kita boleh makan contohnya megi, kebab atau nasi arab..
Bebudak ni taulah kan, gi jalan mana2 pun nasi dgn lauk yg diorang suka gak di cariknya.. so pengalaman bercuti tahun lalu buat aku lebih bijak menguruskan perancangan dgn lebih teratur dan teliti.. ecewahhh..
Kalau pegi berdua2an dgn suami mungkin takde hal sgt bab makan.. tapi kalau pegi jenjalan dgn anak2 kecik memang kena buat sesuatu agar percutian tak menjadi sesuatu yg horror atau pun memenatkan.. apa guna bercuti tapi tak enjoy dan hepi2 kan..
Percutian kami adalah bermula dari 4 Disember dan akan berakhir pada 21 Disember.. kami tak pegi banyak negara pun.. hanya pegi 2 buah negara iaitu Paris dan Switzerland.. percutian berkonsepkan relaks dan santai.. tak heran sgt nak shopping2 pun..
Even dah pernah pegi, tapi kami nak pegi lagi sekali sbb kami ada hala yg nak di tuju.. semuanya demi nak menggembirakan anak2.. yelah pasni anak2 dah bz sekolah.. yg sulong lak tahun depan dah masuk sekolah kebangsaan.. so takleh nak cuti sesuka hati lagi dah..
Ni info percutian kami :
4hb Disember : Kami bertolak dari KLIA dgn menaiki pesawat MAS.. flight MAS terus sampai ke Paris..
5 hb Disember : Sampai je airport kat Paris kami di jemput dgn transport yg di sediakan oleh pihak hotel..
Di Paris kami menginap kat hotel Shangri La..
Kami ambik connecting room sbb kat sana takleh nak tambah extra bed bagai, kena ambik bilik satu lg utk anak2.. setakat nak tambah babycot takde masalah..
Yang bagusnya menginap hotel shangri la ni ialah hotel diorang dekat aje dgn eiffel tower.. so nak berjalan kaki pun sekejapan dah sampai..
Cuma kalau berjalan dgn budak2 lambat sikit la sampai sbb jap2 benti nak melayan karenah.. bebudak ni taulah kann, ada je peel yg mencabar kesabaran.. hehehe
Kami menginap di Shangri La selama 5 hari 4 malam.. hari kedua kami merayap ke Disneyland Paris.. hari seterusnya jenjalan lepak eiffel tower..
Tiket ke Disneyland kami dah beli online siap2..
Jauh lebih murah.. korang boleh rujuk link yg aku bg ni utk info tentang pembelian tiket ke Disneyland Paris.. boleh jimat byk duit kat sini.. mekasih pada belog tersebut yg byk membantu
Di paris kami tak drive sendiri.. utk ke mana2 kami just booking mpv sekali dgn driver.. berapa rate nak kena bayar itu bergantung kepada selama mana korang nak pakai servis diorang dan jenis kete apa yg korang nak sewa..
Kat paris ni memang tak di galakkan drive sendiri sbb masalah utama kat sana adalah parking.. pastu dah la diorang jenis parking rapat2 bumper to bumper.. scary betul tgk..
Ni contohnya.. tengok la cara diorang parking.. kekeke..
Kalau kat malaysia buat macam tu lama dah makan tempeleng.. sbb tu aku tengok rata2 kete kat paris ni banyak kemek2 lekuk2..
Utk sewa kete lak kami carik kat website di bawah.. korang boleh rujuk situ dan pilih kete apa korang nak.. kat situ akan di bgtau siap2 rate yg perlu di bayar..
Ni jenis kete mpv yg kami sewa utk 2 hari saje.. hari pertama kami sewa 8 jam.. hari kedua kami sewa 4 jam aje..
Sesuai utk family sbb 7 seater pastu bonet luas utk beg kami yg byk dan besar gabak.. pastu dgn stroller lagi.. huhuhu..
Pasal makan2 di paris lak, kami tak banyak makan kat luar.. hanya sekali je makan kat luar dan satu kali lagi kami tapau kebab..
Ni holiday villa yg kami pegi utk dinner.. sekali je mkn kat situ..
Mknn dia okey lah.. mahal tu sudah tentu.. aku rasa sedap lagi masak sendiri kot.. hehe.. kalau tiap kali nak mkn pegi situ mau kopak gak.. sebab tu aku lebih suka masak sendiri even dok kat hotel sekali pun..
Ni baru sikit yg aku tunjuk.. ada lagi byk stok bahan mentah dan makanan yg aku angkut demi mengelakkan anak2 kelaparan.. hehhe.. berat giler beg kitorang tau.. tapi takpe, berbaloi hape..
Di sebabkan kat paris kami dok kat hotel, so aku dah standby siap2 bawak multi cooker.. senang sikit nak main masak2.. periuk nasik yg size paling kecik pun aku bawak.. pastu non stick pan pun aku bawak gak utk kegunaan kat apartment.. kikiki.. gigih kan aku..
** kredit to owner gmbr.. aku google je gmbr ni..
Ni sebijik mcm yg aku pakai utk main masak2 kat hotel shangri la.. brand pensonic.. rege dlm rm129 kot.. lebih kurang gitulah sbb tak ingat sgt.. Memang senang giler keje masak memasak guna mende alah ni..
Selepas 5 hari kat Paris, kami meneruskan destinasi percutian seterusnya ke Switzerland.. kami ke sana menaiki ketapi laju atau lebih di kenali dgn TGV..
Ni train station Paris Gare De Lyon
Train ni akan terus menuju ke train station Zurich HBF.. Perjalanan ke zurich mengambil masa selama 4 jam..
Masa ni memang kena kuatkan stamina sbb segala brg/bagasi kita kena angkat dan angkut sendiri masuk dlm train.. Ya Allah, memang struggle giler ahh dgn urus bebudak lagi..
Seat kami sebenarnya di tgh2 tapi kami sengaja pindah duduk berdekatan dgn pintu nak keluar sbb senang sikit..
Utk pengetahuan nombor seat dah di tentukan tau sebenarnya, tapi atas budi bicara kita boleh request utk bertukar tempat duduk.. InsyaAllah diorang paham sbb kita bawak budak2..
Ni makanan yg di hidangkan dlm train.. kalau was-was baik jgn makan.. aku dgn anak2 mkn je coklat dan koko krunch yg aku bawak utk bekal sepanjang perjalanan..
Anak2 aku siap membuta lagi sepanjang perjalanan..
Sampai je kat train station Zurich, agent kete sewa dah pun menunggu kami siap2 kat station tersebut.. di Swiss kami ambik keputusan utk drive sendiri.. eh jap, bkn kami, tapi encik suami aje.. kikiki..
Lesen antarabangsa adalah di perlukan ye tuan2 dan puan2.. jgn nak tunjuk lesen malaysia pulak kat sana.. kekeke.. pastu pemanduan adalah di sebelah kiri.. sungguh aku tak pandai.. jgn harap la aku nak bawak kete..
Kat sini kami sewa kete sepanjang kami berada kat Swiss.. senang sikit nak ke mana2.. gps pun di sediakan dlm kete yg kita sewa.. carseat pun diorang leh pinjamkan.. terpulanglah korang nak sewa kete apa ye.. aku share linknya sahaja..
Sewa kete di europe jauh lebih murah sebenarnya.. kat malaysia memang takkan dapat harga mcm diorang bagi.. kat dlm website tu korang boleh sewa kete apa je yg korang nak pastu ada banyak destinasi yg korang pilih..
Di Switzerland kami dok kat Engelberg.. pestaim kami dok kat situ.. tak pernah tau pun dan tu pun semua kami buat research sendiri kat website.. Engelberg ni berdekatan dgn Mount Titlis.. memang dekat sgt2..
View kat Engelberg Subhanallah.. cantek sangat2.. memang takkan di lupakan la sampai bila2.. korang boleh rujuk entry Villa Engelberg yg sebelum ni..
Ni la Villa yg kami duduk..
Kami stay kat villa sini selama 6 hari 5 malam.. makanan tak di sediakan... bahan mentah sila carik kat kedai berhampiran.. rate jugak mungkin berbeza ikut musim.. aku agak jelah kannn.. hehehe..
Tempat parking di sediakan.. yg kete belah kanan tu org yg sama2 menginap dgn kami.. tapi dok lain2 villa la.. takkan nak sevilla dgn kami lak.. lempang gak org tu kang..
Villa kat sini sgt lengkap dgn kemudahan.. nak masak2 boleh, nak membasuh boleh, nak main salji lagilahhh boleh.. kalau kat malaysia kita panggil homestay..
Alamat Villa :
Villa Alphaven Apartment A,
Zelglistrasse 44, 6390 Engelberg.
Phone number : +41(0) 416 380 300
Villa ni ada byk type tau.. yg kami duduk tu sesuai utk family room.. kat sini ada type Apartment A (yg kami duduk), Apartment B, C , D..
Korang boleh rujuk kat website yg aku bg kat bawah ni utk info pasal penginapan di Engelberg.. siyes sgt cantek pemandangan kat situ..
Kalau dah namanya dok apartment, dah tentu peralatan memasak jugak di sediakan kan.. so better kena bawak sabun Taharah siap2 utk tujuan samak peralatan yg nak di gunakan..
Nak samak mudah aje, hanya baca niat pastu basahkan sabun taharah dgn sedikit air dan sapukan buih2 sabun tersebut dgn rata pada peralatan yg kita nak gunakan..
Kemudian bilas dgn air mutlak (air paip mengalir) sebanyak 6 kali.. lebih pun takpe.. kat kotak sabun tu pun ada penerangan cara2 nak samak..
Destinasi percutian kami seterusnya masih di Swiss jugak.. kali ni kami stay kat Interlaken.. nanti aku apdet entry pasal tu pulak ye..
Perjalanan dari Engelberg ke Interlaken mengambil masa sejam lebih jugak kot.. drive sendiri guna kete sewa yg sama..
Sepanjang perjalanan kami di sajikan dgn pemandangan yg sangat2 indah.. rasa seronok dan tenanggg aje sepanjang perjalanan..
Kat Interlaken ni kami duduk kat tgh2 town.. sangat2 convenient sbb depan hotel ada kedai grocery.. so agak mudah aku kuar sendirian utk beli bahan2 basah yg di perlukan.. farmasi pun dekat..
View adalah sungai.. tapi kalau nak compare engelberg dgn interlaken, engelberg still the best la.. ewahhh.. speaking la pulakkk.. kahkahkah.. salji pun tak seindah kat engelberg..
Ni la villa yg kami duduk.. namanya Riverhouse..
Alamat :
Riverside Apartment, Hotel Bellevue
Marktgasse 59, 3800 Interlaken, West Switzerland
Phone Number : +41(0) 338 224 431
Ni kat bahagian dalamnya.. takyah nak panjat tangga tinggi2 mcm kat engelberg.. fuhhhh..
Kami akan menginap kat sini selama 5 hari 4 malam sebelum meneruskan destinasi terakhir kami..
Tak lama lagi dah kena balik Malaysia dah utk mulakan rutin mcm biasa.. huhuhu.. kejapnye lah percutian ni terasa.. tup2 je dah nak balik.. uwaaaa..
17 comments:
Salam ana..
seronok betul akak baca cerita ana..memang setiap hari akak akan tertunggu2 n3 terbaru ana bercerita tentang percutian ni. Cara ana bercerita memang seronok...penerangan yang diberi pun jelas..senang untuk rujukan sesiapa yg.nak pegi bercuti pulak lepas ni...
Akak ni tumpang cuci mata sajalah, nak pegi tu sana tu....hanya Allah yg.mengetahui bilanya...he..he..
memang best cereta percutian Ana.. akak seronok tumpang baca je
lepas ni share lah pulak budget nya ye... kalau boleh la
Fuh..bestnya bercuti camtu. Mampu pandang n baca je la
salam...info yg sgt2 berguna terutama tentang tiket ke disneyland tu....mmg ditunggu2 la...he he he....tks ana...
Ya Allah...
Saya kagum dengan akak yg dlm2 bz bcoti pon bleh lagi nk mnaip sepanjang2 tidak utk n3 ni.. Kagum sgguh. Haha.
Take care kak ana.
Semoga happy and selamat bercuti.
oh...mmg percutian terancang betul. Siap bawa alat samak. info terbaik! dan penceritaan yg memuaskan... kalau cikgu ajaq, kira faham terus zass leh masuk exam....
bestnya baca travel log akak...
share lagi ye
best..best..info yang teramat lengkap... mana nak tau tup2 ada rezeki..boleh rujuk sini...errr info utk jln dlm malayasia tak de ke..hehe... jangan marah...melawak je ana.
assalammualaikum..saya silent reader akak sblm ni..saya minat sgt dengan penulisan akak..smga akak n family selamat balik mlaysia..:)
thanks ana for sharing..info yg sangat jelas dan senang difahami..heheheh...mana la tau suatu hari nanti rezeki saya ngan famili dapat pegi paris boleh guna info ana ni..
Tq Ana for sharing the info.. Memang berguna pada siapa yang nak bercuti ke Paris.. Sungguh lengkap.. Bestnya baca travelog percutian Ana kali ni... Hope Ana dan family dalam keadaan sihat..
best best..
harini duk baca blog akak..
hehehehehe
best..
duduk opis bosan,ni la keje
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
salam,
nice sharing..
seronok baca pengalaman sis..
kalau nak bercuti lagi, bolehlah bercuti dengan libur.my .. pakej mereka murah dan best
boleh check dekat www.libur.my
Bestnye Swiss.
Teringin sangat nak pergi, Insya Allah dalam plan.
<3 <3
Tq for entry.
meroyan jap baca post percutian akak nih.. best best. boleh mintak ilmu nk pergi jalan2 kt akk lepas ni =)
Post a Comment