Ni entry pendek je ni tau sbb mengah lagi baru balik dari hantar anak gi sekolah.. macam biasalah nureen mana boleh tinggal.. kenalah merempit bersama2 dgn dia..
Budak kecik ni tiap kali ikut hantar kakak abg dia gi sekolah memang kena dok blkg.. dok depan sian lak kena panas matahari..
Sebelum kuar umah adakalanya aku sempat nyusukan dia dulu.. adakalanya tak sempat kalau kelam kabut sgt.. mujur sekolah bebudak ni dah dekat..
Perjalanan nak gi skul bebudak ni hanya makan masa 10 ke 15 minit je jaraknya.. tu pun ikut pada kelancaran trafik la..
Nureen mcm biasalah.. beberapa minit pertama je dia okey dok diam2.. pastu dah start bunyik2 tanda mintak di angkat dan nak menyusu..
Tapi nak buat camne.. kalau aku tgh drive mmg aku teruskan je.. tunggu dah sampai destinasi baru aku angkat dia dan nyusukan siap2 sebelum sambung balik perjalanan..
Bila letak balik kat carseat dia dah menanges balik.. mcm2 cara aku buat nak tarik perhatian dia kasi tak nanges..
Jap2 tepuk tangan sambil nyanyi lagu tah hape2.. sumbang lak tu nyanyian.. kekeke.. pastu goncang2 menan bagai.. ketuk2 bumbung kete..
Org kete sebelah menyebelah kalo tgk mesti dia kata aku sawan agaknya.. wakakaka.. yelah, aku dok dpn sorang2. . Si bayi dok blkg.. org pun tak pasan ada bayi kat blkg tu..
Lepas je hantar ica gi sekolah tadi aku merempit jap ke seksyen 7 nak tapau nasi ayam penyet wong solo.. so dah sah2 kena drive jauh sikit dan makan masa 25 minit nak sampai umah..
Lepas settle je beli nasi ayam penyet aku terus cecepat merempit nak balik sbb nureen dah bg signal nak melalak.. huhuhu
Elok je masuk highway nureen pun meraung sakan sbb nak tido.. padahal dah nyusu siap2 dah tu masa tggu order siap..
Dia kalo menanges bikin jiwa aku tak keruan nak bawak kete.. terus dok lane kanan dan high beam setiap kete yg lemau supaya ketepi.. kasi laluan kat aku wehhh..
Memang dlm hati nak cepat sampai umah sbb nak golek2 atas tilam tidokan dia.. setakat ni nureen masih lom biasa tido dlm carseat.. kalo kat pangkuan aku je dia mau tido. .
Masalahnya aku kan bwk kete.. mana leh pangku dia sambil mandu.. huhuhu.. sambil mandu sambil sblh tgn lg goncang menan.. tp tak berjaya gak kasi dia diam..
Meraung sekuat hati yg boleh.. air mata tu dah mcm air paip menjejeh2..
Aku paling tension bila terpaksa menunggu lampu trafik light lama sgt dlm keadaan anak dah tak keruan..
Pulak tu td kena tggu 240 saat baru bertukar lampu hijau.. uwaaaa.. anak dah meraung sakan kat blkg.. terpandang kete sebelah kiri dok tgk2 aku.. lelaki.. tersengih2.. org nepal aku rasa.
Dari tak pakai spek mata terus pakai spek mata hitam.. cehhh.. tak koserrr aku tauu.. elok je trafik light bertukar hijau mamat nepal td pintas kete aku.. ok fine la sbb aku jangkakan ko nak bawak laju la kan..
Sekalinya ko bawak selow takat 60kmj.. agak2 arrr.. lane kanan kottt.. aku dah la nak cepat.. aku nak potong dia tak kasi ruang.. nmpk dari side mirror kete dia, dia dok tersengih2.. ingat lawakkkk.. ingat kelakarrr..
Aku nak cepat weh anak melalak merah2 dah muka.. aku high beam ko taknak ketepi ye.. terus aku hon 2 ke 3 kali.. haaa baru ko nak ke tepi yeee.. memain eh dgn aku... grrrr.. jgn risau ye kengkawan sbb aku nmpk dia bkn mcm penjenayah pun.. lebih kepada mcm nak mengorat je..
Aku sambung pecut balik.. mana kete yg bagus dia automatik akan ke tepi bila nmpk kete lain tgh laju kan.. haa part tu bagus la.. pastu tup2 depan aku ada satu kete waja ni bawak perlahan.. lane kat tgh kosong kot.. aku nak cepat ni weiii..
Aku high beam lg kasi isyarat suruh ke tepi.. tp dia tak ke tepi gak.. eiii tak tgk cermin blkg ke hape dia ni.. naik high beam lg byk kali.. haaaa baru ke tepi..
Pastu dgn hati yg geram aku nekad la nak pandang muka pemandu yg tak kasi aku laluan memotong tu kan.. tup2 terpandang logo yg sgt2 aku kenal kat pintu bahagian pemandu..
Alamakkkk.. polisssss... hahahhahayukkkkk.. camne aku leh tak terpikir yg tu kete polis.. dan2 aku terus tekan lampu hazard light kengkonon sedang kecemasan.. wakakakkaka
Niat nak pandang muka pemandu kete waja tu terus hilang begitu saja.. makanya sepanjang perjalanan aku pasang lampu hazard light semata2 nak coverline.. bila kete polis tu dah hilang dari pandangan baru aku matikan.. kahkahkah..
Sampai umah terus angkut nureen masuk bilik dan tidokan dia.. haaa ni tgh tidokan dia la ni baru dpt apdet.. kekkeke.. adoiyaiii.. lawak sungguh lak rasanya.. sib baik kete polis td tak kejar aku balik..
Ehhh tadi kata entry pendek je.. ni dah panjang lebar la pulak.. kekeke.. oklah nak pi makan ayam penyet yg tapau td.. tataaa. .