Meh sambung citer redang.. sbnrnya aku nak apdet awal2 pg td lps hubby kuar gi keje.. tp tak jadi lak sbb aku kemaruk layan drama korea "My Love Patzzi".. saje nak layan balik drama tu.. ekekke..
Pastu lani baru terhegeh2 nak apdet.. pastu kelam kabut le nak siapkan anak2 pi sekolah.. hambekkkk..
Berbalik pada tajuk entry, kat redang tu hari kami stay kat hotel The Taaras.. kalau korang nak tau, hotel ni adalah hotel yg sama yg sblm ni di kenali dgn nama Berjaya Beach Resort.. Tp diorang dah tukar management katanya..
Tu yg jd nama lain pulak.. maksud The Taaras tu korang jgn tanya aku.. aku dah di bgtau sbnrnya apa maksud the taaras, tp sbb aku tak minat sgt sejarah2 ni makanya apa yg di bgtau tu just masuk telinga kanan kuar balik telinga kiri.. muehehhe..
Hotel ni jugaklah yg kami duduk masa pestaim bercuti kat redang.. hotel ni sbnrnya lebih utk yg sukakan privacy.. takde hiruk pikuk dgn ramai org.. relaksss je.. tak riuh2.. kalau korang yg sukakan suasana happening dan penuh dgn manusia, kat sini bkn tempatnya..
Mcm hubby aku, dia lebih suka pi bercuti kat tempat2 mcm ni.. kurang org kurang crowded.. dan mmg resort ni nak buat jenis yg privacy punya sbb diorang nak layan semua tetamu diorang mcm VIP.. kalau ramai2 sgt diorang takut tak terlayan..
So far masa kami kat sana mmg layanan adalah sgt tip top.. semua staff kat situ very2 friendly.. kita nak rehatkan minda kat situ mmg best... syok gileee..
Cuma nak rehatkan mata je bg aku kurang best.. byk beno sotong2 kering bersidai kat atas pasir tepi pantai tu.. huhhh.. kenyang betul mata di buatnya.. ish ish ish.. Astaghfirullahalazim..
Otw nak ke lobby hotel..
Kat lobby kami di sambut dgn minuman barli sejuk dan tuala suam utk lap2 muka yg berpeluh2 melayan karenah budak2 ni.. tp anak2 aku guna tuala tu utk lap mulut diorang yg comot makan eskrem.. ish ish ish.. abis kotor gile tuala tu.. ekekke
Masa ni hubby aku bz diskus dgn encik Hairi yg uruskan percutian kami ni.. pung pang pung pang diorang sembang dlm 15 minit gak kot.. pastu barulah kami di bawak ke bilik dgn menaiki buggy..
Memula pi hantar mak mertua dgn pak mertua aku dulu.. diorang punya bilik berdekatan dgn restoren dan pantai.. mmg request yg mcm tu sbb kang tak le penat diorang nak menapak tiap kali nak pi mkn..
Ni view nak ke bilik diorang.. tenanggg je..
Kami laki bini pun masuk sekali.. saje nak tgk2 deko kat dlm bilik ni.. anak2 aku lak masuk2 je terus buat onar.. lari sana sini.. yg apis lak siap tumpahkan eskrem kat lantai lg.. huhuhu..
Ruang tamu bilik ni.. 2 org budak tu tgh menjakun jap..
Buah2an kat bilik ni.. best bestttt.. cuma pisau je diorang tak sediakan.. takkan le nak kongkang mcm tu je kot buah2an tu.. kang tertanggal lak kang gigi palsu pak mertua aku.. sih ish ish..
Ni korang pun tau apa kan.. takyah le aku nak describe satu2.. takkan dapur masak lak kan.. hehehe..
"welcome back"
Okey.. puas hati.. selesa.. cuma satu je aku harap hotel ni dpt buat paip kat tempat nak membuang segala bhn kumuhan tu..
Kami terpaksa request gayung.. payah gile nak cebok air bila takde paip.. utk kita org2 muda ni kira gagah la sket kan.. tp utk keselesaan org tua mmg agak tak best la bila nak buang air tp takde paip kat sebelah.. terpaksa tadah air awal2 kat sinki sblm membuang.. sadisss..!!
Di sbbkan aku sibuk snap2 gmbr makanya org yg bwk buggy tu terpaksa menolong ica utk panjat buggy.. maknya sibuk jd mamarazi.. ekekke..
Actually ni adalah bilik yg sama yg kami duduk tu hari.. bilik ni best sbb view dia mmg best.. nmpk laut terbentang luas dr balkoni.. syok gileee.. tenangggg je rasa..
Dan bezanya kali ni katil katil di hias bunga2an.. walla.... besttttt... tp awat tak tabur bunga ros..?? mahal ekk.. ekekke..
Apapun thanks encik Hairi dan pihak resort atas kejutan ni.. sukeee sgt2.. pasni kalo kami dtg sini lg jgn lupa tabur bunga2 lg ye.. muehehhehe..
"welcome back"
Pun tulis welcome back jugak.. anak2 aku semua jakun gile tgk bunga2 ni atas katil.. siap warning sesama sendiri jgn ambik bunga memasing..
Yg kelakarnya bila memasing ngengada nak baring2 atas bunga tetiba semut hitam kuar dr bunga kemboja tu.. wakakkaka.. menjerit memasing sbb tetiba ada semut.. kah kah kahhhh..
Sgt2 cozy.. ain dgn apis je tido sini.. ica still menempel kat tgh2 kitorang laki bini.. selagi dia tak benti breasfeed selagi tulah dia tido ngan kitorang..
Ni jelah gmbr bilik yg aku snap.. nak snap byk2 malas sbb dah pernah letak kat blog sblm ni.. korang belek je entry NI balik kalo nak tgk view bilik kami ni.. malas nak ulang tayang semula..
Ok abis cite.. nanti aku sambung cite aktiviti lak ye.. nak pi hantar anak ke sekolah ni jap lagi.. tataaaa...
part paling best adalah bunga2 welcome back tu..... cam romantik jerk walipon bukan bunga ros.. hehe
ReplyDeletebestnya.. marbeles punya coti..
ReplyDeleteWow!! Welcome back... satu penghargaan tu ;-)
ReplyDelete