Friday, April 04, 2014

TeLoR SePaRuH MaSaK & CiKgU SuRuH

Pepagi sebelum hantar bebudak gi sekolah kafa aku kena sediakan sarapan untuk encik suami dulu..

Sempoi je sarapan dia.. telor separuh masak 4 biji.. dia punya sorang semua tu.. tapi kuning telor dia ambik sebiji je.. tak elok makan kuning telor berlebihan.. kolesterol tinggi wooo..

Menu bekfes sempoi tapi nak buatnya sentiasa berdebar debar.. mana taknya, nama telor separuh masak tapi kalau tersalah set masa boleh jd telor rebus sepenuhnya. . 

Pecah2 takmo kuar rupanya dah masak terus.. kahkahkah.. kalau tercepat masak lak jadi mentah.. haihhh.. suhu air pun kena panas bkn suam.. 

Tapi Alhamdulillah setakat ni dah jarang failed masak telor separuh masak ni.. telor yg di gunakan telor ayam kampung.. beli kat speedmart je.. saiz beso2 mcm telor omega.. aneh gak tu.. 

Biasanya telor ayam kampung kecik comel je.. ni kampung mana la ayam ni duduk kan sbb telor dia besar sama macam telor biasa tu..

Cara aku buat macam ni je.. :

Ambik periuk kecik.. penuhkan air agak2 telor tenggelam.. masak sampai menggelegak.. pastu tutup api.. 

Biarkan kejap dalam beberapa saat sampai air dalam periuk jadi macam gambar kat atas..


Pastu aku letak telor dalam sudip.. nampak tak macam gambar kat atas.. hehe.

Bukan apa, senang sebab nak masukkan serentak.. kalau masuk sebiji2 kang dah lari timing..


Set masa dalam 4 minit 30 saat..


Kita masukkan telor dalam periuk dengan sudip2nya sekali serentak dengan masa yg kita dah set.. maksudnya masukkan je telor timing pun gerak sama..

Pastu tutup periuk dengan penutup periuk.. abis je masa terus angkat.. rendam dalam mangkuk berisi air biasa.. siapppp.. 

Kalau guna telor yg bersaiz terlalu kecik kena kurangkan masa merebus.. dlm hal ni kena try and error.. try la sebijik dulu kan.. kalo dah konfiden berjaya baru leh buat banyak sekaligus..

Kalau korang tau mana nak beli mesin atau periuk khusus untuk masak telor camni bagitau aku ye.. 

Settle tajuk telor.. kikiki.. ni nak citer pasal anak aku si dede lak.. Alhamdulillah dede okey je kat sekolah.. tak nanges pun..

Macam biasalah tugasan aku malam2 hari mesti nak cek buku sekolah budak2 ni.. nak cek apa yang diorang belajar.. apa yang diorang tulis..

Tup2 aku jumpa ni dalam buku tulis sekolah kafa dede..

Tu diaaa.. 

Lori lembu dalam buku sekolah.. hahaha.. yang binatang sebelah kanan tu pulak dede kata nama dia " kambing jarum durian raja " .. kekekeke


Ni lak ketam.. ketampo gak budak ni kang.. hahaha


Apa punya menatang pun tatau la.. ikut kreativiti dia je..


Yang ni dia lukis tasbih.. he he he..

Benonye cikgu dia suruh lukis2 atau conteng2 kat buku lain.. tapi agaknya dia takde buku sebab tu dia conteng buku tulis dia..

Sabar jelah.. sekarang ni aku dah sediakan buku khas untuk dia menconteng.. yang kat atas ni aku suruh padam bersih2.. 




16 comments:

  1. honestly nak kata,onie selalu failed!hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Ila rasa ila pernah tgok.combine sekali dgn tempat bkr roti..lupa jenama apa..

    ReplyDelete
  3. Saya penah jumpa kat carefour ada jual

    ReplyDelete
  4. try gugel...."bekas masak telur"...rumah kak fiza pakai yg bekas kuning tu la....mmg gerenti cam kat kedai....senang sbb ada sukatan untuk air & telur....

    ReplyDelete
  5. haahaa.. Dede yang creative!
    thank you for the telur rebus tips..

    ReplyDelete
  6. hahahahhaa..kreatif sungguh anak teruna tu...tergelak sorg2 tengok gambar2 dia lukis tu..kahkahkah

    ReplyDelete
  7. kalo aiza biasa buat..rebus air n telur sampai menggelegak..ps tuh tutup api..then angkat..biasanya mmg sedang² elok je separuh masak tuh..

    ReplyDelete
  8. bli yg cosway tu.kaler kuning.buh air panas bia tenggelam telur ..nt tutup..air tu menitk2..sampai abih..elok je abih air tu menitik..masak elok la telur tuh..cam kt kopitiam tuh

    ReplyDelete
  9. anak kite conteng kat dinding, dah macam wall paper hihihiii..

    ReplyDelete
  10. betul bekas yg warna kuning tuh gna utk msk telur separuh masak.. penah tgk bekas tuh.. ok la dede lukis kat dlm buku..klu dinding, maunya pengsan..

    ReplyDelete
  11. Ni saya amik dari my.resepi.com


    1.Telur-separuh Untuk telur separuh masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 5 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais.

    2. Untuk telur 3/4 masak. Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 10 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.

    3. Untuk telur masak penuh(keras). Tanpa buka tudung periuk, biarkan telur dalam air panas selama 15 minit. Kemudian keluarkan dari periuk. Rendam pula telur ke dalam air yang mengandungi ketulan ais. Biar sehingga telur sejuk.

    ReplyDelete
  12. ana..kat cosway ade..bekas die kaler kuning.siap timer mcm oven..kite set je masa. Takyah pakai letrik ke ape.same masuk air panas gak dalam bekas tu..tutup set timer..nanti timer jalan sendiri sampaila 0 balik..senang2 nanti tengok2 katalog cosway..kekadang die ade..kekadang die tak offer..kena rajin tgk

    ReplyDelete
  13. kalau nk yg halfboil tu mesti tak jadi...

    ReplyDelete
  14. Ada kat kedai biasa warna kuning. X sampai rm10 pun bekas tu,senang tuang air panas ikut sukatan ,hbs je air turun confirm jadi

    ReplyDelete
  15. tukang mintak telur separuh masak si anak bujang tu le. si papa tak de pown.

    bila ibu terbuattelur rebut ke dia, hangin satu badan. selalu gitulah. jarang sangat nak menjadi.

    bila terjadinya telur rebus ayat cover line nya ialah "kita buat sambal telur yer.... hahahaha...

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum kak...
    nk cuba masak telur separuh masak tp tak tahu timing yg betul...
    baca akak punya entry ni boleh la cuba lepas ni...hehe...thanks for info..:)

    ReplyDelete