Saturday, March 03, 2012

KeMaS LaMaN

Hari minggu ni kami tak ke mana pun.. dok umah jee.. aku kalau dah dok umah mcm biasalah, mandikan budak2, sediakan sarapan, bersarapan, kuarkan bhn2 mentah yg nak di masak, masak2, hidangkan mknn, lunch, kemas dapur, rehat kejap..

Pastu kang adaa je mende nak di buat.. yelahkan, bebudak ni jap2 buat sepah.. haihhh.. sementara tu kat luar lak ada 2 org gardener yg hubby upah utk bersihkan laman, cantas pokok yg dah semak dan mesin rumput..

Aku mmg tak mampu nak buat le.. nak abiskan masa kat luar rumah dgn mencabut rumput2 liar mmg tak dpt le.. penat memasak pun lom hilang lg ni tau.. hehehe.. Gardener yg bersihkan umah kami ni mmg dah biasa dah buat keje ni.. diorang memang cekap..

Diorang buat keje mmg teliti dan buat kita puas hati sgt2 dgn hasil keje diorang.. diorang ni kalau cabut rumput liar yg mmg terbaik.. sampaikan rumput2 kecik yg tersorok kat celah2 batu pun dia cabut... kalau aku la kann, aku lg sorokkan rumput tu celah2 batu.. kahkahkah.. dasarrr..


Ni diorang baru lps mesin.. masih dlm proses kumpul sisa2 rumput yg berselerak..




Aku tak reti nak bentukkan pokok buloh jd bulat mcm tu.. tgn aku tak berseni.. hehehe


Ni kat bahagian luar lak.. rumput yg lepas di mesin mmg akan jd sebegitu rupanya.. mmg akan sopak2 sket..kang lg 2 minggu barulah sedap mata memandang.. diorang dah tabur baja siap2..


Intai salah sorang gardener yg cabut rumput2 liar yg masih tersembunyi..


Puas hati betul.. memang kemas diorang buat.. terbaikkk..


Masa aku tgh karang entry ni diorang tgh siram pokok2 dan rumput2..

Tu jelah aktiviti arini.. esok tatau.. takde plan nak pi mana2 pun lg.. rasanya dok umah je kot cuci baju dan gosok baju..


4 comments:

  1. Laman luas mmg la kena upah orang..laman sekangkang semut akk ni pun tak daya nak bersihkan Ana..terbiar jer..tinggal pasu dengan tanah keras..kihkihkih

    ReplyDelete
  2. cantik laman rmh Ana, akk suke... bilalah laman akk blh jd cam laman rmh Ana nih..

    ReplyDelete
  3. Laman besar boleh lah berlari lari heheh :D ni memang tak larat nak buat soranngg :)

    ReplyDelete