Ni aktiviti ica setiap pagi.. bukan sedang beryoga tau.. tp dia pi tgk ikan2.. setiap hari bila ada masa2 terluang dia akan kuar lepak kat situ..
Masa ni aku tatau lagi yang ica kena chicken pox.. aku tau pun bila ica ckp rasa sakit kat leher dia.. dlm hati pikir ni mesti alasan nak ponteng sekolah ni..
So aku tak ambik siyes pun apa dia ckp.. hahaha.. sampai time dia nak mandi aku pun suruh la bukak baju taruk dalam bakul.. time bukak baju tu ica jerit sebut sakit..
Maybe baju tu terkena tempat yang dia kata sakit tu la kot.. aku pun suruh la ica tunjuk tang mana sakitnya..
Terus nampak ada 2 biji gelembung air.. uikkkkk.. Apakah ini.. bila aku sentuh gelembung tu ica nak nanges tahan sakit..
Pelik ni.. masa ni aku tak pikir pun yang tu tanda chicken pox.. yg aku ingat masa ni aku nak ambik jarum pastu cucuk kat gelembung tu.. hahaha.. Sib baik aku tak buat tau.. baru cadang je..
Pastu ada lagi gelembung air kat atas bibir... Aikkk.. takkan kena pemyakit hfmd lak.. cek tapak tangan dengan kaki takde lak..
Last2 aku snap gambar gelembung dan tanya kawan kat wasap.. kawan cakap macam tanda chicken pox je tu.. haaa start dari situ la baru otak aku terfikir yang itu mungkin chicken pox..
Belek2 si bayi gak kot2 ada tanda yang sama sebab diorang berdua sangat rapat bersama.. Alhamdulillah setakat ni takde tanda2 si bayi kena jangkitan..
Aku x bawak ica gi klinik pun.. sebab mesti dapat ubat sapu yang sama.. Masa ni ica terbaring ngadu2 sakit kepala.. tu mesti nak demam tu..
Aku suruh ica baring2 jap kat situ sambil tengok tv sebab aku nak pi tidokan si bayi jap.. last2 aku pun tertido sekali masa tidokan bayi.. hahaha.. sian ica, lama dia tunggu aku..
Aku pun cek suhu badan dia.. suhu dia tinggi dah masa ni.. terus cepat2 kasi ubat..
Ni ubat yang aku sapu kat ica.. air kelapa pun dah beli untuk minum dan sapu2 kat badan dia..
Tetiba aku jadi blurr lak nak watpe bila berhadapan sakit ni.. haha.. yang pasti banyak kali aku pesan kat ica jangan rapat2 dengan nureen dan dede.. pastu duduk kat sofa yg di sediakan je.. jangan campur2 baju dlm bakul.. jangan tu jangan ni.. pening jap.. hahaha
Hari ni dah hari kedua ica kena.. bintik2 kat badan dah makin nak bertambah.. makan pun aku suruh berpantang.. harap2 dia dengar la kata.. dan harap2 tak berjangkit kat 2 orang tu.. yang lain semua dah kena dah..